• » Last Update Was 3 months ago With : Ayah..

Saturday, June 23, 2007

~INTRO DARI AKU

Pasai blog @hatitupai nih

Sejak Form One aku mula belajaq mengarang. Sesapa yang pernah sekelas dengan aku mesti pernah baca siri-siri cerita bangang yang aku dah bukukan. Bila aku kemas-kemas bembarang, mesti jumpa balik buku-buku tu. Baca mesti terasa bodow yang amat. Ya la, penulisan budak 13 tahun.. Sampai tingkatan 5 pun aku masih dengan hobi ni. Mungkin bila matriks di Langkawi aku stop sebab banyak distractions (boys..hehe). Lepas abis matrix baru aku trai refresh balik minat ni, bila aku start buat zine (atau majalah fotostat DIY).

So tahun 2001 lahirlah satu zine yang dibagik nama CONTAGIOUS. Zine ni hasil kerjasama aku dan kawan aku Khairil Azuar. Cabaran jugak sebab nak buat majalah tak sama dengan nak buat artikel. Hey, everybody can write, but more efforts kena bagi kalau nak mengedit majalah, tul tak? CONTAGIOUS keluar 2 isu dan slow sebab Azuar pi sambung stadi.

Setahun pastu kot aku sambung CONTAGIOUS dalam bentuk newsletter saja. Senang dan tak payah nak kumpoi bahan artikel sangat. Masuk isu ke 7 aku mula tebalkan balik zine ni dengan nama CONFIDENTIAL. Latest isu CONF ialah sampai nombot 11 lepas tu piap..

Semua zine aku dijual waktu di gig samada di Penang, Melaka, KL, Taiping ataupun diborong oleh kawan-kawan dari negeri lain, and ada jugak aku jual secopy secopy ja by post yang diorder oleh pengikut-pengikut CONTAGIOUS/CONFIDENTIAL.

Sekarang ni punya la baloq aku nak edit zine. Nak buat artikel tu no prob. Kat pc belambak2 tapi semua sekerat jalan. Entah apa nak jadi.

Aku tergerak ati nak buat blog ni sebab dok rasa kebelakangan ni aku dah boleh luang masa online. So ingat nak compile balik mana-mana artikel yang pernah aku publish (yang mana aku boleh recover balik la) dan tulih yang baru. Lagipun untuk buat CONFIDENTIAL isu 12+, aku dah tak dak kesabaran macam dulu...

Mungkin ada yang kata aku ni syok sendiri la apa la.. Well sapa tak riak dengan blog sendiri kan. Haha BIAQ PI!

tupaikaran a.k.a. keyos_CT


Thursday, June 07, 2007

~LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG...

...Atau lihat dari dalam tempurung.. Yang mana satu engkau pilih?

Aku rasa semua orang pilih nak tengok dunia dari mata burung. Tapi ramai manusia yang dah memang terpaksa atau keadaan semulajadi hanya tengok dunia dari dalam tempurung. Contohnya aku. Aku nak bebas sebebasnya kumpul pengalaman macam ahli-ahli fikir lain (walaupun aku bukan ahli fikir). Tapi bak kata orang jauh berjalan luas pengalaman. Masalahnya bolehka manusia nak terbang bebas kalau diikat dengan kekurangan modal dan komitmen yang tak boleh diabaikan demi untuk 'melihat dunia dari mata burung' tu.

Alah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Tapi aku bukan nak tak nak lagi, tapi tak berdaya! Hehe. Kalau modal setakat dua tiga ratus, jangan dunia hendak diduga. Nak jalan pi KL pun tiga pat ratus gak, kalau nak selesa la. Tapi kalau jenis nomad yang tak tentu makan pakai n MANDI, tambang bas saja cukupla. Heh.

Bila agaknya nak tengok dunia?
.


Saturday, June 02, 2007

~START MOTIVASI DIRI

Ptg baru balik dari umah A^^^, sebab kensel nak ikot dia p kenduri B^^ kat SP. Balik sini ingatkan sebab nak pi kenduri Az^^^, pun terlepas jugak. Salah aku lagi ka? The very painful thing is, tentu aku akan start tension. Tapi aku gagahkan jugak baca buku pinjam dari sy^^^^, buku motivasi tulisan Dr. Tuah. Cam pelaq coz bahasa yang dia gunakan dalam buku dia menjengkelkan aku, sebab kalau orang besa yang tak pernah baca tulisan dengan gaya bahasa yang dia guna, mesti amaze dan angkat Dr Tuah tu melambung2 sebagai motivator berjaya, sedangkan aku dah lama gunakan gaya bahasa sama macam dia gunakan dalam zine2 aku of coz tak ada specialnya Dr Tuah, apatah lagi pendekatan psycology yang dia guna tu bahan mainan aku hari-hari bila mengkritik benda.

Sungguh. Jadi peringkat seterusnya aku pk aku kena motivate diri aku sendiri. Aku langsung tak terpengaruh dengan buku Dr Tuah tapi sebab dapat boost dari ^^^. Sekarang langkah utama untuk aku motivate diri aku ialah :

ANGGAP AKU SEKARANG ORANG LAIN YANG MENASIHATI SESEORANG YANG BERMASALAH, maka apa yang patut aku nasihatkan?

Sesetengah manusia akan terbeban bila terpaksa menasihati orang lain sebab dia tak pandai menasihati orang <--- alasan tipikal. So, dengan berpandukan kenyataan utama di atas tadi, cara terbaik aku menasihati orang ialah dengan MELETAKKAN DIRI DI TEMPAT ORANG YANG BERMASALAH. Jadi, apa yang perlu dinasihati ialah BENDA YANG INGIN KITA DENGAR bukannya benda yang muak kita dengar dalam setiap nasihat, yakni nasihat yang common. So kenalah aku BERTINDAK KREATIF untuk menasihati diri aku sendiri benda yang aku teringin nak dengar. Hah, macam OKS (orang kurang siuman) ja aku ni merumit dengan teori2 aku ni. Tapi, untuk bertindak kreatif aku kenala keluarkan nasihat baru untuk diri aku sekarang yang bersesuaian dengan kekecewaan aku sekarang. Start nasihat :
Pai, selalunya orang akan berkata, gagal sekali bukan gagal selamanya, so cuba lagi. Impaknya kita akan berusaha lagi, tapi usaha untuk gagal dan kecewa lagi, sebab pa? Sebab kita cuba lagi benda yang dah pun gagal. Misalnya hari ni gerai ayaq kita tak berjaya juai satu minuman pun. Esok dengan harapan 'cuba lagi' kita bukak lagi gerai kat situ. Kemungkinan besaq memang tak dak sapa nak beli ayaq lagi, so, kecewa lagi….

Instead of 'cuba lagi' tu kita cuba benda yang sama, kita cuba lagi dengan pendekatan alternatif. Kegagalan tak sepatutnya memblock kekreatipan kita. So, esoknya kita bukak gerai makan atau gerai rojak atau kita tukaq lokasi. Percubaan kali kedua walaupun dasarnya sama, kita tukar pulak matlamat.

Kalau pada asalnya kita bermatlamat nak bagi ada sale jugak untuk gerai ayaq tu da tentu hari2 seterusnya kita akan 'cuba lagi' juai ayaq semata-mata teringin tengok ada sale. Penukaran matlamat akan membuahkan hasil pada usaha kalau kita set target pulak MESTI meniaga. So, dah tentu meniaga tu dah tak terhad kepada gerai ayaq saja, macam2 jenih berniaga pun ada jugak kan.

So 2pai, dalam situasi hang sekarang, ----deleted----
.