• » Last Update Was 2 months ago With : Ayah..

Friday, May 29, 2009

~JANGAN DIPAKSA PAKSA

Benda yang aku benci buat masa sekarang : MLM dan sekutu2nya. Punya belambak2 la sana sini nak advertise, nak ceramah, nak promot.. Semak perut la! Aku tergolong dalam kelompok individu rilex : walaupun tak kaya tapi tak gemar menagih perhatian dan duit orang lain. Hahah. Beggars!

Satu lagi penah tak hangpa baca headlines jenih ni : "RAHSIA JADI KAYA" or "RAHSIA RM50K SEBULAN" dan hamjadah2 len lg. Come on.. rahsia? Wtf. Pengeluar2 headlines camni hidop depa penoh spamming, publisiti murahan, pengacau keamanan dan privasi, penyemak peti surat, pengotor dinding, hidop berpura2, obsesif, cakap besaq taknak jatuh.. Paling celaka ialah dengan cara meng-add kita (kat tagged/twitter etc) pastu nah... rupanya nak cari potential customers ja.. Murahnya maruah depa..ngeh3.

Stop la, stop.. ujarku kepada diri sendiri. Aku benci spam, benci headlines promosi dan sebagainya. Kalu iklan direct tak kona2 berpiramid tu leh la terima lg. Tapi takyah la.. buang masa promot apapa kat aku. Aku bukan ada duit pun nak dibazir2. Pangge la aku dangkal or bangang pun aku tak heran. Aku idop ni suami aku sapot sbg tanggungjawab dia, so watpa hgpa2 yg kaki advertise ni nak idop atas duit aku plak? Wakakaka..

P/S Ketiadaan mood utk berblog memaksaku menyepi. Cewah


Monday, May 25, 2009

~RACUN DAN PENAWAQ KAT UMAH

Hari ni malas nak taip pjg2. Nak tempek gambaq ja cam blog org len, buleh? Ngeh3. Mana yg tak kenal, kenal2kan lah.. budak kat bawah ni nama dia Bibip. Still single, belum berpunya. (Klik utk besaqkan gambaq = popup)

Dengan bola feveret dia.


Tayang muscle.


Suka tengok tivi.


Seksi tak posing camni.. aww


Wat muka harap kesian lepas semakkan umah.


Curi minum milo aku lg nih.


OK please, aku takleh nak explain apa tujuan Bibip posing camni k.



Bibip nak bintang banyak2.


Saturday, May 23, 2009

~KENAPA DIA, BUKAN AKU ?

At some points in our life, soklan tu mesti terdetik dalam ati hgpa kalu takpun sekali, mungkin lima namblaih kali.. Tapi slalunya soklan tu keluaq taim hgpa dalam keadaan frustrated yang amat sangat bila something yg dirasakan hgpa deserve dapat, tapi dapat kat orang len.

Aku tak sentuh dari konteks love semata2 la.. Kadang2 dalam enviroment kerja pun, misalnya pangkat or kenaikan gaji or kepercayaan menghandle tugas yang sepatutnya milik hangpa, well, tak sampai kat hangpa.

Sapa yang tak dak impian dan harapan, rite? Dan semua yg kita nak mesti best2 sedap2 je.. Yang tak bes tak dak hingin punya tp yg tu la dok dapat pun. Slalu bila jadi camni, hangpa rasa hgpalah orang 'paling-malang-di-dunia' waktu tu, seolah2 dunia berkomplot untuk sabotaj kebahagiaan hangpa.. Heh.. bahasa sastera plak.

Well, ini yang dikatakan takdir yg ditentukan untuk semua orang. Tak semua orang leh dapat apa yg dia nak. Kadang benda yg ada kat kita (yang kita xnak), diimpikan oleh orang len. Camtulah manusia tak pernah puaih ati.

Pasan tak, soklan "Kenapa dia, bukan aku" tu keluaq bila kita nak saja. Tapi bila yg kita tak nak, mesti keluaq ayat ni plak : "Kenapa aku? Why me?" Well, why not. Hhehhe.

Ok, kalu leff.. Please consider yang ada insan yg dijadikan tuhan untuk kita minati, bukan untuk kita miliki.. Huhu.. Baca balik la entri Catatan Jiwa Luka yang aku dedicate untuk menyabarkan ati kita sama-sama ni.



Wednesday, May 20, 2009

~TANPA...

Nama
Pangkat
Rupa

hangpa akan sama dengan aku..
hanya pecacai dan badot murahan..

baik dunia nyata atau alam cyber
hangpa hanyalah tempat adu masalah
atau tempat untuk diserap ilmu
serap masa
mungkin gak duit kadang2

ni bukan sajak
aku tensen arini
tp hgpa takkan tau sbb hgpa tak kan tanya kabare aku
jauh lagi nak jd tempat aku luah prasaan
mungkin sat ja..
pastu hgpa la yg lebih tensen di dunia ni
banding ngan aku penganggur terhormat

huu ye la
aku takdak masalah
takdak pulak sedih
gumbira ja cam nak lompat tinggi2 melekat kat siling ni

lagipown
memang fakof la blog2 emo camni
gambaq pun kurang
followers lg le heheh
dah tu tak 'glemer' cam hidop hgpa
ari2 lepak
ari2 gathering
makan2
enjoi2
launch buku
launch drama
lalala
P/S : ari2 deting ;p

fakof again,
sbb da tengahari.. masa utk aku tidoq
utk yg teringin nak sebut ayat :
"Best kan kalau tak keja cam hang"
mai aku tunjai ngan penampaq jepun dulu kat muka
pastu katalah...

Memang best takdak keja
Takdak pelajaran
Takdak hotak
Takdak nama
Takdak pangkat
Takdak rupa
Takdak sahabat (kecuali Atiq+Mazyun)
Takdak reta
Takdak duit
cam aku
mueheheh ;p
Btoi ni..takdak tipu!



Monday, May 18, 2009

~CONFIDENTIAL #9 [2003]


CONFIDENTIAL #9
Published : SEPT 2003
Harga : RM 2 by hand; RM2+50sen stem by post
M/S : 40 page kalau termasuk dan 36 page kalau terkeluar kulit. Haha

Tajuk2 penuh dalam isu ini :

§ Feedbacks dari AHMAD AZANOR (Wanting Zine), Azri Badrishah (16 WARHEADS ZINE), Neopunk 010101.
§ SIAPA MENCABUL SIAPA MELAMPAU
§ HAK SIAPA TERJAGA HAK SIAPA TERKORBAN
§ DILEMA SEKEPING HATI
§ MANIPULATE THE F***ING SYSTEM!
§ S.H.A.R.P. BUKAN SATU MOVEMENT! (by WANTING ZINE)
§ UTAMAKAN KELUARAN TEMPATAN
§ ANTI SYSTEM? Think again.
§ TIPS TAK BERAPA BES:- MACAMANA NAK KAYA
§ TANYA KHABAR :- SEXSIO
§ WHAT'S YOUR PROBLEM?
§ ORANG MUDA VS. ORANG TUA
§ ME-LAYU DI AMBANG KEHANCURAN
§ RM 150
§ PEMBERONTAK MUDA
§ KAJI DIRI KITA SEDALAMNYA
§ TOO MUCH TV WILL KILL YA!
§ SENJATA SADDAM YANG TERSEMBUNYI
§ TANPA KESEDARAN, APALAH MELAYU NAK JADI..
§ MACAMANA PERNIAGAAN MELAYU NAK MAJU...
§ PENDAPAT DEPA
§ SQUAT CITY
§ GO TO HELL FOR MAINSTREAM MUSIC MAGAZINES!!
§ KITA YANG BERPERANG SESAMA SENDIRI
§ ELEMEN NEGATIF MEDIA MASSA
§ HAKIKAT SATU GENERASI
§ PEJUANG MP = HIPOKRIT (by WANTING ZINE)
§ HIPOKRASI MPs
§ MENCARI KEPUASAN DALAM SISTEM
§ OI! OI! OI! (by Fatin, Langkawi)
§ KUIZ: SEJAUH MANA HANGPA KENAI THE EXPLOITED?
§ WOMEN IN UK PUNK 1976-1979
§ 80'S BRIT PUNK KILLERS!
§ ZINES REVIEW

Isu ni pun sama 80% hasil tulisan aku dan yang paling aku commit gila2 ialah artikel Mencari Kepuasan Dalam Sistem tu : 3 page A5, setiap satu 3 kolum dengan font arial saiz 6.. Skang nak tulis balik camni? Apa dah jadi dengan otak aku ni.. Mungkin terlalu baca blog orang2 Malaysia yang takdak paedah kot so aku bertambah goblog.. Haha kiasan membunuh jiwa ;)



~GAME DAN AKU

Tengah sakit2 ati ni teringat pulak ngan game lama.. Sekitar tahun 2004, Pakdin ngan aku dah mula addicted ke kedai game Cosmic (dekat Bukit Jambul, Penang) dan kamilah kapel yg paling kera sumbang sebab tak kenal sesapa kat situ. Memula kami menjajah game Photohunt, lepas tu game Word Dojo. Penuh highscore kat situ ngan nama DEAN N CT, memang sape takleh celen punya la wakakaka.. Bukan nak cakap besaq beb tapi kenyataan :)

Photo Hunt

Dah boring kat BJ (sbb ari2 nama kami saja) kami kacau Prangin, Komtar, sampaikan kalu kedai Cosmic BJ tu tutup ja, da mula tak senang duduk. Perabih duit?? Haa, tau tak dengan modai token LIMA KUPANG atau SINGGIT, kami leh lepak sampai 2-3 jam utk penuhkan highscore (ada la tektiknya heh).

Word Dojo

Lepas mesin2 touchscreen diangkut (kedai renovate), barulah kami cuba test mesin len plak, dan sasarannya Tekken. Memang noob sesangat sampailah dah mula kenal ramai member/kaki tekken kat kedai tu, dah buleh buli players len dan mula sakit ati ngan players2 busuk kat situ (or mana2 kedai yg ada mesin tekken la).

Tekken

Skang??? Huk3 sedih gila.. Travian saja siang malam.. Bila laaaa leh dapat men tekken balik ni.. Rindu.. Dan tentu aku plak kena buli nanti..


Travian

Berapa taikbintang nak bagi? ;p





~TIPS WEB/BLOG 5 : PEMBUNUH MINAT

Ada banyak faktor yang buleh membunuh minat pelawat ke web/blog hangpa, dan salah satunya kesilapan pilih warna dan fonts.

Kali ni marilah kita renungi (cewahh) pemilihan fonts dan wana yg seswai utk blog hangpa. So far setiap template ada tema dia. Cam @hatitupai, aku pilih fonts Verdana+Trebuchet dan wana hitam/kelabu/oren, termasuk ngan widget2 skali.

Elakkan fonts yang fancy seperti Comic Sans, melainkan page hgpa didedikasikan untuk kanak2. Ingatlah tak semua browser ada fonts yg hangpa ada, so gunakan yg basic. Web browser akan menggantikan fonts yg hampir sama ngan dlm komputer pelawat hgpa, tapi mungkin resultnya jadi caca marba.

Wana plak mesti sekata, kalau background gelap, fonts mestilah cerah, dan sebaliknya. Saiz pun xyah la besar sangat dan takyah halus. Macam kita melawat web/blog orang len, kalau mata nak kena kecik sebab nak baca tulisan, fedap la. Satu lagi jangan terlalu banyak kaler maler untuk fonts. Tetapkan satu warna dan saiz saja untuk tajuk entri dan satu warna default untuk entri.

Ada skrip2 external yg akan menjahannamkan background hangpa, so kalu ni berlaku, buang saja skrip/widget tu.

Background bergambar / tidak?
Ada masanya bila gambar yg digunakan sebagai latar belakang tu, saiz dia besaq. Resultnya? Page lambat loading, pelawat bosan dan blah. Jadi pilih gambaq kecik saja yg disusun berulang2 (repeat) ataupun cuma warna background saja. Ni penting bila page hangpa discroll, fonts kelihatan 'timbul' dan menyerlah berbanding background.

Walau camna pun, tips ni cuma sebagai pointer ja. Bukannya wajib kena polo. Bila lagi hangpa nak tunjukkan kekretipan kalau bukan kat blog kan ;)
Berapa bintang leh dapat arini? Hehe


Saturday, May 16, 2009

~TIPS WEB/BLOG 4 : PENJADUALAN

Apa caranya untuk mengkonsistenkan publishing blog hangpa? Mudah saja.

Ok, kalau hgpa rajin polo blog sesapa pun mesti letih kalau sehari ada dlm 16 entry baru dia post, dan katakan setiap satu mengecewakan. Kalau sehari kecewa sekali takpa lg kan.. hehe

So untuk mengecewakan pelawat hgpa sekali sehari instead of namblaih kali sehari, lalala, gunakan cara penjadualan. Cuma post 1 atau 2 entry hari ni dan tangguhkan selebihnya esok, lusa, tulat dan seterusnya. Untuk blogspot, sebelum hangpa tekan PUBLISH POST, tekan Post Options. Di situ akan ada 'Post date and time' so hgpa set untuk entry tu publish esok atau pada tarikh yg hangpa nak. Formatnya MM/DD/YY ok! Pastu baru tekan PUBLISH POST.


^^Gambarajah menunjukkan kat mana nak set. ^^


^^Ni plak lepas dah set, kat listing hgpa leh tau dah entry tadi dah berjaya dijadualkan. ^^


Gunalah cara ni kalau hgpa yakin akan ada hari yg menghalang hgpa online. So sebusy mana pun, blog hgpa tetap gerak. Be careful though, bila terlalu byk komen dari pelawat yg tidak dijawab, kecik ati depa.. Kah3




Thursday, May 14, 2009

~GAYA DAN MUTU

Tidak. Ni bukan pasai Gaya kawan sekelas tingkatan dua, juga bukan pasai Muthu kwn Pakdin, penjual/pengedar piring itam.

I'm talking about gaya dan mutu ejaan atau struktur ayat di alam maya oleh anak-anak muda kita. Heh. Memang aku dah tua, so what who cares. Kengkadang tu, aduu cam nak muntah ijau pun ada bila baca betapa "kreatip"nya untuk kelihatan/kedengaran kiut, as example :

"Rindu kat awak lew. Huhu. Tak titon ag kew". Tu contoh saja, mungkin ada ejaan yg lagi 'kreatip' dari tu yg tak mampu aku nak baca.

Waktu aku sangkut ngan porem Topix dulu, ada la sorang forumer ni, budak pompuan, skola lagi, mak aih.. kalu taip tu, kita yang baca ni rasa cam dah gugur gigi depan blakang ngan graham2 skali. Tu nasib bek dagu pun tak tercabut kalu nak lisankan apa dia taip.

Ayat peberet aku dlm zine2 CONFIDENTIAL: Kalau adik aku dah lama terperosok bawah meja kena terajang. Hurgh!

Ye memang aku kurang gemar dengan bahasa2 bayi ni. Dari time buat zine dulu pun lebih senang guna 'hangpa-aku' dan selesa dengan ke'utara'an yg dianggap kasaq oleh pembaca2 sekitar selatan (siap dapat surat layang lagi komen aku ni kasaq. Hagham toi). Tuih. Kasaq masaq. Janji rilek, takyah nak trying too hard to ekspresikan diri dengan ejaan ala ala merengek.

Hangpa real life adakah seorang yang kaki merengek / mempunyai masalah lisan yg menyebabkan sebutan dan intonasi hangpa kedengaran manja? Kalu tak, ubahlah dari sekarang. Huahuahua. Kitew tak ske arr penin2 nak bace ayt wak due tige kali.. Ngeh3

Jangan biasakan diri dengan ejaan2 SMS sambil kontrol kiut. Ada la tempat, masa dan orangnya kalau kita nak bermanja2 pun. In public? Definitely a no-no. Tapi kalu da jenih 'saye-suke-kete-wane-jingge, muke-saye-ade-jerawat-uhuhuh', adoih.. harap elakkan berjumpa dengan aku.

Senyum :)

P/S Kdg2 best eja2 lagu tu tapi agak2 la.



~RECOVER YOUR PC DATA

Saje tajuk omputeh tp isi bm. Ngengada.

Pernah tak hgpa alami kejadian di mana pc hgpa tetiba wat pasal, maksudnya 2nd harddisk xleh connect ka apa ka, bla bla bla.

Satu ja yg diworry taim tu ialah : data2 n maklumat tersimpan. Kalau format pc, abislah semua data, tambah plak kalu penting utk kerja hgpa skang.

Begitu jugak ngan pendrive. Aku nak citer ni satu software yg aku guna utk recover harddisk lama aku. Nak format kalu putih mata la.

Aku guna Runtime Software (GetDataBack) pastu (kena tunggu gak la software tu scan) wah-la! Bila2 aku nak je aku leh grab data dari situ. Tak payah susah2 nak pomet dah. Sakit ati kalu nk p antaq repair.

Hgpa kena gak ada software ni utk bekalan kecemasan. Heheh. Rasanya kalu donlod kat situ cuma demo je, tp leh la try. Bila hgpa p kedai cd komputer, jgn lupa tanya software ni. Penting!



Wednesday, May 13, 2009

~AKU TAK GEMARKAN LIPAN



Benci? Takleh kata camni, sebab lipan pun makhluk ciptaan Tuhan..

Tapi aku memang tak gemar dengan sikap lipan² berkongsi rumah dengan aku! Duit sewa pun tak bayaq, lepak dalam celah2 lantai bilik ayaq (org utara kata pancoq), taim aku nak mandi taim tu la nak sua muka gedik2 panjat dindin la, hambat kaki aku la grrrrrrr

Penah sekali tengah aku sonot berchatting ada lipan itam lari masuk bawah meja komputer, sampai skang xjumpa. Ntah kat mana dia bersarang. Orang kata kalau kita nampak sekoq, tentu ada lg sekoq partner dia kat2 situ.. Waaa.. dlm bilik tidoq ni!!

Kalu nak guna kabaid, asid, klorox ngan tahapa lg, adalah dikhuatiri keluarga2 lipan akan berlari keluar dari sarang timbul berselerak seluruh rumah. Leh bygkan tak beribu2 ekoq? Tu anak2 dia jgn lupa. Kena geget kalu...

Sungguh nightmare aku dok umah ni. Tak kira ngan masalah maggot yg berleluasa lg (termasuk "hantu" di luar tingkap).

Kalu aku bani ngan serangga2 ni xdak masalah. Tapi aku segan sikit la. Maklumlah pemalew =)



Tuesday, May 12, 2009

~TIPS WEB/BLOG 3 : Widgets Pt. 2

Sambung dari entry lepas..

4) Feedjit
Aku suka benda ni sebab buleh tengok dari mana pelawat sampai dan lokasi depa. Seperti chatbox, menda alah ni pun external gak, so kalu nak pasang kat sidebar, letak la kat ujung2 or bawah2, jadi benda yg penting (entry posts hangpa) akan loading dulu sebelum widget ni.

5) Archives
Apabila pelawat smpai kat page hangpa, peratusan entri yg dia baca ialah yg kat depan atau page sebelumnya (depends berapa byk siksaan scrolling hgpa bebankan kat bahu depa ehhee). So mudahkan saja pencarian depa dengan menyenaraikan tajuk2 lama sebelum ni. Unless hangpa ada stalker yang rajin tekan [older posts] sampai la habis, cara ni cara default yang termudah skali.

Cuma remember ni, sapa yg taknak blognya dibaca 100% kan? Tapi kita sendiri mau ke baca blog orang lain 100%? Tak. Visitor hanya mau search dan baca apa yg dia nak saja.

Kesimpulannya
Kalau kita nak show off apa yg kita minat / gambar2 kita yg nak dikongsi maka simplekan cara hgpa display widget sidebar hangpa. Kalau rasa tak membawak apapa paedah utk visitor, remove aje lah dan ganti dengan yg basic2 saja.

Sentiasa update sidebar at least nisbah 1 : 10 kali berbanding ngan posting hgpa.

*Utk blog @hatitupai ni pun aku try buang mana yg menyemak, tapi byk lg yg semak ni. Sungguh ketam mengajar anak tul aku ni kan.

Seperti biasa, klik bintang lepas ni. Hangpa tak rugi apa aih =)


Monday, May 11, 2009

~TIPS WEB/BLOG 2 : Widgets Pt. 1

Untuk Pt. 2 klik sini
Harini aku nak berleter sensorang lg (as usual, duh) tentang pemilihan widgets dan kepentingannya untuk blog hangpa, khususnya yg pilih platform blogspot. Kalau wordpress ke apa press lg ke, err.. harap maaf nombor yang anda dail belum diberi perkhidmatan.

Untuk menyenangkan penjelasan kita gunakan sidebar blog @hatitupai ni faham. Jangan melawan cakap aku.

1) Follower
Paling penting dan paling default untuk semua. Dari sini lah hangpa leh tengok samada blog hangpa berjaya menambat hati atau pun sekadar syok sendiri, cam aku. Kalau ada blog yg kita tengok followernya ramai, hgpa jgn rendah diri, itu hanya tanda orang tu dah lama dan ada ramai kawan2. Untuk hgpa yg baru mula cam aku, sabar je la sabariah.

Jangan abaikan follower hangpa. Cuba lawat blog dia (kalu ada) untuk dua tiga kali sebelum buat linking. Tapi, memandangkan kita ni ego, tentu saja kita nak tengok link kita ada di page depa sebelum kita linkkan blog depa kan? Apapa pun, sabar.

2) Blog List
Kalau hangpa da follow mana-mana blog tu, letaklah sikit effort untuk update list hangpa. Macam no 1. di atas, pemilik blog yg hangpa follow akan 'menyiasat' kesungguhan hangpa follow dan linking. Kalau hgpa tak mengalah untuk mempromot blog depa, jangan harap depa nak promot peminat depa plak. Melainkan hangpa follow secara senyap (anonymous).

Seelok2 cara promot dan linking ialah meletakkan blog yg sering diupdate di atas beserta tajuk entri terakhir blog tersebut. Dengan cara ni, apabila pemilik blog yg hgpa polo tu dpt tau hgpa tolong bawak trafik ke blognya, mesti besaq ati depa dan mesti nak tolong hangpa balik. Hehe. Bagi keutamaan kepada blog2 yang sering diupdate saja dengan memilih utk display 5 or 10 blog yg hangpa polo, selainnya perlu diexpand kalau pelawat nak tengok. Come on, long lists are boring, don't you think so ;)

Contoh aku setting untuk display 5 blog kengkawan yg baru diupdate dengan title entri terakhir

3) Chatbox
Fungsi chatbox ialah menyenangkan pelawat tinggal mesej kat hgpa kalau depa tengok ada entry post yg depa takde idea nak bg feedback (komen). Aku gunakan shoutmix sbb aku da phm skit camne nak customize chatbox utk sama tema (kaler) ngan template terkini. Hangpa pun leh guna cbox atau tahapa lg.

Kelebihan chatbox :- Senang post, senang reply
Kelemahan chatbox :- Sebab senang post la kena tahan bijik mata tengok pelawat yg menyepam promot links depa kat chatbox hangpa. Keji tul.
Plus, chatbox ialah widget external, so menatang ni akan topup masa page hangpa loading.

Sekian utk kali ni. Part 2 sambung mlm ni. Skang aku da nak tidoq. Bangun nanti aku nak tengok bintang kat bawah ni separa penuh hangpa tekan.



Sunday, May 10, 2009

~TIPS WEB/BLOG

Aku bajar DIY wat website sekitar tahun 1999/00 (waktu di kolej) tp waktu tu sekadar suka suki nak layan syok sendiri. Lepas tu aku tumpu kat editing zine potostet sj, sampailah baru ni aku mula nak aktif dan blajar meng(go)blogkan diri.

So ni ada byk tips aku kumpul kutip and nak share, so kalau ada apapa yg tak puaih ati, habaq! K ;)

Loading page
Truthfully, sapa yg nak tunggu satu2 page tu habis loading? Walaupun website tu best tahap gaban sekalipun, kalau pelawat dah boring nak tunggu, memang cerahlah harapan hgpa utk kehilangan pembaca. Bayangkan kekecewaan hangpa tunggu smp habis load, alih2 web tu web hampas yg tak kena dengan citarasa hangpa. Geram kan?

So untuk blog ni, kita takleh expect pelawat nak habiskan masa belek satu persatu entry, tambah plak yg personal takde kena mengena dengan hidup diorang, hatta tak memberi apapa kebaikan pun. Apa yg hangpa boleh wat, ialah minimakan teks serta gambar2 yg boleh menyebabkan page hangpa lambat loading.

*Untuk blog @hatitupai ni, aku masih degil nak letak widget2 external cthnya chatbox tu, youtube video, twitter, latest comments dan feedjit walaupun aku tau ni culprit yg melambatkan page aku loading (kat pc aku la). Lalala.

Kurangkan keperluan pelawat untuk scrolling
Web yg terbaik ialah web yg tak menyusahkan pelawat. Jemu tak hangpa kalau tengok kat mana2 blog dan terpaksa scroll lama2 smpai bawah (dlm hati- tak abis lagi ke), besar kemungkinan byk entri hangpa tidak dibaca - hanya discroll, wakakaka. Slalu kita boleh tengok benda camni kat web/blog yg "cara2 nak buat duit online", ataupun blogstarz?? Ngeh3

Jadi untuk blogspot, seeloknya2 letak semaksimum 5 entri sahaja di setiap muka, dan sebaik2nya kurang dari tu untuk meminimakan masa page hangpa loading dan kebosanan pelawat menunggu.

Cara2nya :
Ke dashboard
Pilih Settings
Pilih Formatting
Dan set Show ke berapa byk entry akan display di setiap page

Contoh settings untuk @hatitupai.

Sekian untuk kali ni, jumpa lg esok kalu aku rajin. Salam :)

Ok ke post ni? So bayar la upah aku dengan mengklik berapa bintang utk entry kali ni.



Saturday, May 09, 2009

~GEJALA TAK TAU NAK KOMEN

Rasa bukan aku ja yg mengalami gejala nih. Ramai lagi kaki2 usyar blog yang datang melawat sekadar usya tapi tak dak idea nak komen bagi support kat empunya blog.

Seperti hangpa, aku pun ada blog2 yang aku dok polo tetiap hari tp byk kali aku cuma p tengok saja tanpa tinggal sebarang komen. Ada tu ada la jugak nhehhee. Kadang2 aku usyar blog orang lain yg aku promot, harapannya setelah sekian waktu dptlah jugak dipromotkan, tp huaa. Paham2 je ;p

Gejala tak tau nak komen ni jugak, kalau kita tengok, paling banyak pun komen2 yang tak berkaitan mesti kena layan (amek ati), paling tensen jenis komen utk promot link depa. Isk.

Hangpa tak pasan ke aku ada buat eksperimen sehari dua ni? Bila aku tulis entri dlm BI, akhirnya aku sorang je yg bersembang. Hhehe.. Takleh jadi ni. Kena buang link komen pasni nampak gayanya.

Meanwhile, link itu masih ada utk template nih.

Gambarajah 5.4 menunjukkan kat mana hgpa kena tekan. hehehee

Have a nice life then. lalala


Friday, May 08, 2009

~WHEN MORNING COMES...

(As appeared in CONFIDENTIAL #8, 2002/03)


When morning comes
We are still sleeping
We are still dreaming
We hear birds chirping
We just find them annoying

When morning comes
We all wake up rushing
We all busy preparing
We all going working
And cursing when driving

When morning comes
The party is ending
We are still smoking, drinking and vomiting
We are feeling a little pening
Then we never remember anything

When morning comes
We never watch sun rising
We never enjoy calm feeling
The trees and grass are worth looking
Inspirations to keep us thinking...

So when tomorrow morning comes
What will you be doing?

-keyos_CT-


Thursday, May 07, 2009

~TREASURES OF TUTANKHAMUN



In 1922 the discovery of the virtually intact tomb of Tutankhamun became probably the best known and most spectacular archaeological find anywhere in the world.

The small tomb contained hundreds of objects (now housed in the Egyptian Museum in Cairo), many richly decorated and covered in gold, that would be needed by the king in his afterlife.

[To view photos of the treasures click here]

NATIONAL GEOGRAPHIC VIDEO "Tut's Treasures"


Wednesday, May 06, 2009

~SECOND BLOG - DONE

Yesterday I posted about considering a second blog, so here it is. This one is titled VIDEO OF THE DAY, obviously collections on videos. The target : sharing videos I find interesting, and need some feedbacks from you.

I have already scheduled to publish one entry per day, which means 1 video will appear daily no matter if I am busy or offline, unlike this dead blog.

So enjoy. Oh, please leave some comments and rate the stars.


~WHAT ANNOYS YOU IN YM?

These probably the things that annoy you everytime you log into Yahoo Messenger.

- You are invisible, yet somehow other contact in your list knows that and greets you.

- You are somewhat forbidden to chat with other friends by some particular person in your list, yet s/he's happily chatting with his/her friends.

- You are forced to reply quickly in every conversation, yet you got delayed replies. Very OBVIOUS.

- Your friend is invisible, but greets you. Seems like s/he does not want to be disturbed, yet you are being disturb by him/her.

- Continuous chat without an opportunity for you to end it without hurting his/her feelings.

- A new contact added you, and you accepted, thinking that person might be someone you know. Ends up having to GUESS this and that before the particular person reveals him/herself. (Sometimes not)

- Contacts that see you as someone that will sure REPLY and spend time chatting with them. Yes, you have no life and no chores to do other than entertaining them.

- Buzz-happy friends. No more proper greetings, just buzz buzz buzz..

- Yes, there is a "BUSY" option available, maybe you are the only person in this world to be aware of what it means. Ngeh3..

- SPAMMING. Need i say more?

I advise you all out there, at least change your visibility to "AVAILABLE" before you disturb any of your online friends. Learn some ethics!!!


~SECOND BLOG

I'm thinking of a second blog. But think of this problem : i don't have too much friends, nobody would want to connect to me coz i'm not interesting, so no one will visit my blog, like this @hatitupai, therefore even if i run some ads hoping to earn money, that will not happen. And since i cant earn anything, the chances for me to start my $$$ collections for my medical bills are none.

Cannot blame anyone though, i follow peoples' blogs yet my own blog are far too much boring to gain followers. Sad.

What's with this whining anyway? [capital L]

Do you think I should give it another try? Or unplug everything and sleep forever with this backpain.


Friday, May 01, 2009

~CONFIDENTIAL #8 [2002/03]


CONFIDENTIAL #8
Published: 2002/2003
Harga : RM 4 by hand; RM4+50sen stem by post
M/S : 40 page kalau termasuk dan 36 page kalau terkeluar kulit. Haha

Tajuk2 penuh dalam isu ini :
§ JANGAN PUTARBELIT ERTI PUNK!
§ SCENE REPORT - RAUB, PAHANG by HILMI (FOR ALL ZINE)
§ NORTHERN RIOT LATEST NEWS
§ UNTUK ORANG ANTI-RACIST + ANTI MALAY POWER
§ KEAJAIBAN DUNIA PUNK
§ TIPS TAK BERAPA BES.. Ketika pokai melanda
§ NAZI SYMPATHY TAK WUJUD!
§ SEJARAH VESPA
§ INTERVIEW DENGAN G.A.S from PENANG
§ PENDAPAT DEPA
§ p3<@H U/\/\^H § REVIEW 4 BUKU PUNK § GIRLS BE CAREFUL § POEMS dari aku dan SYUKUR CHAOTIC MESS ZINE § WHEN MORNING COMES..
§ TAHUN BARU DAN ANAK MELAYU
§ JOE HAWKINS
§ GELOMBANG MESTRI
§ UNDERGROUND = RM
§ LEPAS GERAM KAT PISPANGS
§ CHAOS PUNXZ MANGSA FESYEN?
§ FEEDBACKS DARI UJANG CHAOS KP, AHMAD AZANOR from WANTING ZINE
§ INTERVIEW DENGAN ???
§ @10tion EDITORS!
§ SUBURBIA, CLOCKWORK OREN + PEREMPUAN
§ FOR THE SAKE OF COMMUNICATION
§ LIRIX BAND MINUS (S'pore)
§ PEACE, RACIST AND ME
§ SIMPLE TAB - Boria Punk Rock Pulau Pinang
§ ZINES REVIEW
§ TIPS KOMPUTER
§ SEKADAR STORI - POLIS**L
§ KITA MEMANG DOK LENA...
§ STOP DRINKING!
§ LOVE OUR CATS!
§ KUEHTIENS EN ANSES
§ MAHATHIR MP?
§ AKSI ANTI PERKAUMAN
§ SILLY THING TO DO ON YER FREE TIME..
§ NAK KAYA CEPAT
§ TAK KENAL MAKA..
§ ABC NO RIO
§ INI HAL YANG REMEH
§ PROMOT DIRI SENDIRI


Tak penah bace CONFIDENTIAL lagi?? Well, penulisan aku dulu berbeza ngan skarang :)