• » Last Update Was 4 weeks ago With : Ayah..

Thursday, December 30, 2010

Cara Betul Komen Di Blog Ada Comluv

Malam ni cerita pasal kemudahan mengkomen di blog yang ada pasang plugin comluv. Sekarang ni best sebab banyak blog dah pasang benda ni. Semuanya untuk memudahkan proses blogwalking.

Bila hangpa klik di tempat nak komen, kalau button ni keluaq, maksudnya blog tu ada pasang comluv lah. Tentu semua dah sedia maklum benda ni apa fungsinya. Tapi masih ramai yang tak gunakan peluang ini sebaik mungkin.
benda ni hah
Aku fokus kat blog blogger yang gunakan sistem komen Intense Debate beserta plugin Comluv ni. Untuk blog wordpress, kotak komen sangat simple dan tak serabut.

Step untuk komen ikut camni :


Kuasa Ju-On Kantoi?

Muakakaka.. Ketawa aku pagi2 ni. Inilah nk cakap sikit pasal penulis berbakat "Kuasa Ju-On".Mencipta nama dengan komen provokasi berbentuk makian dan carutan di blog2 lain.

So and so and so. Mesti ramai nak tau identiti si Ju-On ni kan?

As you all notice la kan, dia punya favourite word is : Stupid Dam Dam.

Macam yang tertera kat flash "Iklan Nangnuf" di sidebar dia :


Perkataan tu mesti dia sebut punya lah :


Wednesday, December 29, 2010

Kisah Nama Baru Profile Facebook Aku

Aku ni jarang nak tacap2 facebook. Profile pic pun dah tak berganti-ganti lagi, tak macam kawan-kawan len tiap2 hari ada idea nak pilih gambar apa. Nama profile aku Tupai Cavalera. Pun dah guna lama. Malas tukar dah. Yang tu pun dah dikatakan pelik oleh member2 skola rendah.

Tapi baru-baru ni aku enhance sikit nama : JanganTag TupaiCavalera.

Ni feedback positip yang diterima dari kawan aku, Kucing Kuyup. Klik gambaq utk zoom.

Tentu hangpa pun tau pasal isu tagging2 ni dan annoyance dari tag2 ni.


Tuesday, December 28, 2010

Work In Progress - 12%

Lately aku dok habis masa utk siapkan 1 projek ni. Banyak coding2 melibatkan php dan segala benda sql hapa benda tuh. Orang len blh siap satu part dalam sejam kot, aku nak kena amek masa 2 hari utk benda yg sama. Ni semua sebab aku langsung takdak asas dalam mengcoding-coding ni.


Kali ni aku takkan cerita lagi idea kat orang. Serik. Skali cerita terus kena cedok n claim sebagai idea mutlak org lain. Backstabber tul.


Friday, December 24, 2010

Penanggal Di Tingkap Part 3 : Penanggal sama atau berlainan?


Dari kejadian pertama di rumah emak aku, aku rahsiakan sehingga kini. Aku takut untuk membayangkan, apatah lagi untuk menceritakan kepada sesiapa. Kadang-kadang aku cuma mampu menyedapkan hati bahawa kejadian pertama itu diculpritkan oleh jiran aku sendiri yang malas nak bersuara. Lagipun aku tak nampak apa-apa. Nak suspect siapa? Nak suspect apa?

Tapi mustahil. Jiran aku tak pernah mengepak tingkap aku seluas itu. Dia biasanya akan mengetuk tingkap sekiranya ada quick gossip yang mahu dikongsi. Habis tu, siapa or apa yg menonton aku dalam gelap? Haa stop it tupai, stop it. Jes fergedit.

Rumah baru. Keyakinan pun baru. Aku berjaya lupakan sementara kisah pertama itu dan bersenang-senang di sini. Tingkap bilik sini tidak membebankan fikiran aku walaupun banyak yang mudah-mudah boleh terbuka dari luar (penghuni lama tidak menjaga keadaan tingkap).

Satu malam seperti biasa aku tergolek dog membaca buku. Tingkap hanyalah ditutupi dengan tuala besar hasil tinggalan penghuni lama.


Wednesday, December 22, 2010

Nak Buat Blog Jugak? Ini Pesanan Untuk Yang Baru Nak Jadi Blogger.

Dey. Jangan salah anggap. Bukan berlagak otai sebab aku karang pesanan-pesanan ni. Cuma something untuk dikongsi bersama.

Pernah tak dalam hangpa dok sibuk publish link kat facebook dsbgnya, ada kawan yang hantar mesej,

'weh camne nk buat blog, ajar aku blh?'


Tentu saja dengan berbesar hati, hangpa akan berkongsi sikit sebanyak steps2 untuk mula buat blog dengan member2 hgpa ni.

Kalau camtu, jangan lupa pesan ni jugak kat member2 hangpa :


Thursday, December 16, 2010

Penanggal Di Tingkap Part 2 : Penanggal Sulung


Aku dah ceritakan sedikit tentang kondisi rumah aku dan tingkap-tingkap bilik yang menghadap laluan belakang flat. Secara logiknya, kesunyian laluan itu membuatkan rumah aku mempunyai privasi yang ekstra untuk aku sentiasa biarkan tingkap bilik terbuka, bukan?

Tapi aku tak percaya dengan privasi itu. Kerana aku dah fobia dan trauma dengan kehadiran beberapa ekor penanggal di tingkap rumah. Sebab itu jugalah semua tingkap rumah aku dipakukan dengan kadbod tebal untuk menutup separuh ketinggian tingkap. Tutup setinggi penglihatan manusia sekiranya berdiri di luar rumah.

Aku paranoid, ya.

Satu daripada bilik telah diubah kedudukan perabotnya, almari-almari buku MENUTUP TERUS tingkap. Biar bilik gelap. Biar tiada langsung cahaya masuk. Semuanya kerana kejadian-kejadian di laluan belakang rumah, berdekatan tingkap-tingkap bilik


Award Dari Ameera Amir

Dengan perasannya aku terima satu award dari cik Ameera Amir. Cute betui award ni. Memula aku xprasan kata dapat award sampailah aku klebet shoutbox tu dpt mesej dari cik Ameera ni bagitau dia bagi award.

Jejejeng, ini la awardnya. Comei dak? Cam aku kan :P




Tuesday, December 14, 2010

Tag Dari Fiza Amran

Sepatutnya aku sambung stori Penanggal Di Tingkap kan? Nanti, malam Jumaat ni aku sambung balik. Baru la feel sket.

Anyway ni aku dapat tag dari Fiza Amran. Jangan tak tau, dia ni member aku dari sekolah k. Kira kami dah kenal selama 15 tahun! Fuh diam tak diam dah lama kita kenal kan Fiza.



Thursday, December 09, 2010

Penanggal Di Tingkap Part 1


Malam Jumaat. Malam pengasah ilmu. Malam kaum ibu. Juga malam pilihan kisah2 horror. Kisah-kisah traumatik dan ngeri. Kisah-kisah yang membuatkan kamu paranoid dan curiga.

Kamu pernah dengar atau baca tentang hantu penanggal?

Image from asiaparanormal.blogspot.com

Jika kamu tak kenal dengan hantu penanggal, aku akan kenalkan.


Penanggal Di Tingkap


Malam ni aku ada sesuatu yang istimewa untuk kamu. Malam ini aku akan berkongsi himpunan pengalaman ngeri yang bakal mengancam keselamatan bulu tengkok dan bulu ketiak kamu. Aku bukan nak menakutkan kamu. Malah aku sendiri takut sekiranya kisah yang bakal aku kongsi malam ini boleh membuatkan kamu emosi dan trauma.

So I decided.

Aku tetap akan mendedahkannya kepada kamu. Terpulang kepada diri kamu untuk membuat penilaian selepas itu.
Kisah Penanggal Di Tingkap.

Tapi.


Tuesday, December 07, 2010

Iklankan Banner Free Untuk 5 Jam!

Akhirnya aku letak jugak ruang iklan kat sidebar blog. Ni khas untuk hangpa iklankan banner ke blog / web hangpa tanpa bayaran untuk 5 jam. Tunggu apa lagi?

Jangan risau sebab ruang iklan sini memang free 100%. Dets wai la cuma untuk 5 jam. Sebab lepas 5 jam, banner hangpa akan habis tempoh. So kalau nk display lagi, mai lagi lepas 5 jam. Pun free jugak.

tengok kat sidebar aku ada benda alah ni



Monday, December 06, 2010

Tabung Bersamaku @hatitupai

Aku perlu funds untuk beli another almari buku. Kapasiti almari sekarang sangat menyedihkan. 1 shelf sampai kongsi 2 rows. Abis buku2 yang tak dapat display depan.

Sorry aku bukan pembaca yang intelek. Tak banyak buku2 bacaan orang dewasa ada dalam simpanan since I stop buying books years ago. Banyak buku dalam koleksi aku bermula dari darjah 2 iaitu xx years ago. Some of them disambung dari koleksi kakak2 aku dan mostly collection datang dari peak time aku buying fictional books waktu remaja dulu.

Klik gambaq utk zoom
So that explained why tahap vocab aku tersentot di level menengah saja. Apart of not much reading matang/dewasa materials, aku jugak sudah stop practising to write properly. Pernah di awal millennia ni aku gila menulis (waktu tu zine Contagious dan Confidential) tapi taim tu biasalah rebellious dan ada motivasi untuk menulis - jual zine dapat RM. Muakakaka.


Friday, December 03, 2010

Mintak Pendapat Hangpa, Blog Aku Ni Berat Tak?

Akhirnya setelah banyak kali aku edit sini buang itu buang ini, ni lah hasilnya. Aku jugak dah sorok linkwithin pemberat blog dan button Tweet & FB Share.

So far aku gumbira dengan kelajuan blog ni loading, cepat je tulih "Done" kat bawah tu, cuma kekadang bengang kalau blog sangkut taim loading nuffnang.

Ni check kat iwebtool

Perasan tak, blog hangpa pun kadang2 mengalami masalah yang sama. Loading cam freeze jap kat synad2.nuffnang.com.


Thursday, December 02, 2010

Women In High Heels


Elegan. Cantik. Dewasa. Sophisticated. Berkeyakinan. Menyerlah.

Yalah. tu. Semua lah. Gambaran tepat untuk wanita2 berkasut tumit tinggi. but sometimes we forget this one : annoying as ph@rq!

Tentunya kamu juga macam ni. Asal pagi nak pi keja mesti keluaq rumah cun2 time lepas tu kalut keletuk kletak kletuk kletak lalu lalang depan rumah orang. Lepas tu boleh buat lupa tertinggal barang dan patah balik kletuk kletak kletuk kletak masuk rumah.