Tuesday, January 04, 2011

Looking Back Ten Years

Disember lepas genaplah sepuluh tahun aku kenal somi aku nih. Banyak ups and downs sepanjang hubungan kami, suka duka pahit manis masam busuk wangi semua ada.

Aku kenal Pakdin dulu waktu nak order zine Voice of the Streets. Semua ni dari flyers dia dulu, Wankers Distro (sudah r.i.p.). Mula-mula kontek-kontek dalam talipon sampailah berani nak jumpa sebab nak ambil stuff yang dah order (zines saja).

Waktu tu aku baru 19 tahun. Dah habis stadi pun. So dah berani la kiranya nak naik bas awam sendiri kalau nak merayap. First time jumpa, aku diteman oleh kawan lama aku, Emi (Generation Against Society - G.A.S, skrg Psycho Sickness) sebab Emi ni pun memang kenal Pakdin jugak.

Hari pertama tu, aku dan Emi tunggu di bawah Komtar. Pakdin yang baru keluar opis (waktu tu keja bank) dengan machonya melintas jalan menghampiri kami. Setelah kami dua diintroducekan oleh Emi maka kami bertiga pun terus naik Komtar.

Aku tak ingat lepas tu kami ke mana, tapi dari satu pertemuan membawa ke pertemuan yang lain. Semua ni sebab aku tolong Pakdin setup dan design website untuk band Acid Rain dia. So dari situ jugak la aku kenal dengan kawan-kawan seangkatan dia yang lain.
Pakdin di waktu kegemilangan Acid Rain. Performing di gig.

Dari tolong buat website, melarat ke tolong buat stuff. Tolong jaga kaunter tiket gig. Fuh best jugak pegang duit banyak-banyak kat kaunter. Dalam gig aku sorang ja kot pompan pakai tudung. Yang lain bebudak punks dan skins yang datang dari seluruh semenanjung. Cewah.

Waktu dua-dua masih mude dan slim - 2001

Dari satu tahun ke satu tahun dan akhirnya, akhirnya! Kami pun bertunang pada 2008 dan menikah pada 2009. Dan 2010 kami pun dikurniakan seorang cahayamata.

Khairunisa yang akan cukup setahun 8 Januari nih
Bila tengok balik sepuluh tahun ni, rasanya tak banyak berubah. Cuma fizikal la kot tak boleh nak dikata apa lagi. Pakdin yang dulunya slim sekarang dah 'maju ke depan' dan aku pun yang slim dulu dah 'maju keliling' haha.

Yang peliknya aku ni dari seorang yang berani menjadi seorang yang penakut. Mungkin sebab tahun-tahun kebelakangan ni aku cuma hidup indoor saja. Badan yang dulu cargas dan buas sekarang dah jadi mandom dan selalu sakit-sakit. Dulu aku berani naik bas, sekarang nak naik bas takut bangla. Heh. Dulu berani naik topgun, sekarang nak langkah parit sekangkang katak pun terheges heges.

Apa-apapun aku bersyukur aku sekarang dah ada keluarga sendiri. Alhamdulillah. Ada suami dan anak yang sangat aku sayang. Semoga kami bahagia bersama di dunia dan di akhirat.

My sweethearts