• » Last Update Was 4 weeks ago With : Ayah..

Friday, January 28, 2011

Bila Kawan Jadi Artis

Semua orang mesti ada sekurang-kurangnya sorang kawan atau sedara yang dah jadi artis atau femes. Semestinya ada dilema-dilema ni kan :

1) Nak mengaku kenal, takut dikatakan tumpang glemer
2) Nak mengaku kenal, walhal kenal sipi-sipi saja
3) Nak mengaku kenal, padahal bukan rapat pun dulu.

Cara mudah yang slalu orang buat ialah mengeji-ngeji kan?

"Alah dia tu bukan baik pun. Sombong, berlagak. Macamana orang buleh kata cantik tah?"

"Yelah lawa, otak phailed. Bukan pandai pun. Luck ja tu jadi artis."

"Chait bakat konon. Tengok tak dak sempoi tara mana pun."

Nilah dilema orang kita. Dalam ati tu sebenaqnya ada la rasa bangga sebab kenal. Tapi segan nak ngaku. Apa salahnya doakan/ucapkan kejayaan depa walaupun perangai depa tu da lain sebab dah jadi femes. Anggap saja depa tu ada kelebihan kat dunia ni. Hangpa pun tak kurang speselnya. Hangpa mungkin ada luck dalam perniagaan, stadi, marketing, programming, blogging dan sebagainya. Betui tak?

Ini adalah orang-orang yang aku kenal tapi depa tak kenal aku. Wohohoh.. Klik gambaq utk zoom in/zoom out

Datin Norjuma.
Senior waktu aku join persatuan Bahasa Melayu. Wakil pasukan pendebat skolah yang petah walaupun slalunya bukan sorang yang chatty.


Thursday, January 27, 2011

Ohh Patutlah Comluv Tak Appear Dua Tiga Hari Ni

Waktu aku tinggalkan komen di beberapa blog kawan-kawan yang ada Intense Debate, aku terperasan comluv takdak dalam form komen tu. Aku assume blog-blog tu tak pasang plugin comluv la kot. Tapi bila ditegur oleh Lee Zha yang blog aku pun takdak comluv, maka aku tertanya-tanya.

Firstly aku check dashboard IntenseDebate di bahagian plugin, manalah tau kot-kot ter-off setting. Just as I expected, plugin Comluv dah takdak! Separa panik, aku cepat-cepat bukak news Intense Debate. Lega bila baca latest news : 


Monday, January 24, 2011

Guest Book


Blog aku pun nak buang shoutmix jugak lah. Ikut KEMPEN ATASI BLOGWALKING TIPU dari blog 100penulis.com. Hangpa semua leh tinggal mesej kat sini macam tinggal komen biasa. Jangan lupe tick Comluv, nanti aku akan return visit balik okes ;)


Wednesday, January 12, 2011

Elok Ka Berblog Waktu Di Tempat Kerja?

Sekarang trend kan. Daripada 10 orang, 4 daripadanya mesti ada blog. Hah sukahati aku saja letak kajian yang tah dari mana-mana. Rekaan semata.

Tapi betoi apa. Mostly jugak yang ada blog (excluding students ya) adalah pekerja ofis yang makan gaji. Kalau orang yang ada bisnes sendiri dah tentu tak dak masa punyalah nak merumit cerita benda seharian kat strangers.
Photo taken from : here

Disebabkan kemudahan akses internet dibagi kat pekerja maka blogger2 yang datang dari kelompok ni pun wujud. Aku tak dak apa hal la dengan yang berblogging suka suka tu tapi yang gila trafik dan gila duit nuffnang ni macamana pulak?


Tuesday, January 11, 2011

BUKU : Kisah-Kisah Seram by Othman Wok

Terdetik di hati aku nak taip dan publish balik keseluruhan buku Kisah-Kisah Seram ni tapi aku masih menimbangkan soal copyright dan kebenaran publish.

Maka aku cuba mencari info tentang penerbit buku ni, Heinneman Asia Pte. Ltd. dan setakat ini belum ada cara macamana aku nak kontek pihak depa bertanyakan soal dan prosedur semua benda alah ni. Berdasarkan ISBN buku ni yang aku cari dari direktori kampeni induk pun tak ada result positip.

So masih dalam keadaan serba salah.

Biar aku review sikit tentang buku ni dan penulisnya Othman Wok.


Monday, January 10, 2011

Good Friends Are Always Close To The Hearts

Salam untuk semua yang tak membaca blog ni. Semoga hari anda ceria kerana mengabaikan entri ini. Aik? Haha. Just nak melangsaikan hutang TAG/AWARD yang aku terima dari seorang blogger friend aku yang baru, Khairul Amry.

Good Friends Are Always Close To The Hearts, begitulah tajuk yang diberi. Sini soalan-soalan yang aku terai jawab tapi agak simple. Jangan marah aa..

SOALAN-SOALANNYA :