• » Last Update Was 4 weeks ago With : Ayah..

Tuesday, May 07, 2013

Bagaimana nak buang sikap racist?

PRU 13 dah berakhir. Keputusan dah kita tahu. Tapi keadaan ada kecelaruan baru. Sana sini terkait dengan perkauman le, racist le, melayu pi balik indon le, cina pi balik china le..

Firstly, maaf sbb ni post agak panjang. Dah setahun lebih tak update blog ni jadi banyak betul nak dibebelkan. Kalau sudi luangkan masa baca, aku ucapkan terima kasih.. :)

Hanya UNFRIEND kawan yang racist di fb, tak dak maknanya. Sepatutnya CUBA ambil pendekatan untuk menasihati kawan tersebut. Ingat, manusia tak lari dari melakukan kesilapan, terutamanya ketika beremosi. Kalau tak mahu malukan kawan tersebut, hantar private message. Okey kan? MEMBUANG KAWAN juga satu bentuk penindasan kepada individu. Everyone berhak dengan pendapatnya sendiri biarpun salah atau betul, dan yang disekelilingnya pulak berhak untuk menegur dengan baik.

Okey, kita cuba amalkan sikap macam ni selalu, dan kalau boleh didik sama anak-anak kita.

[pernah tengok, kat klinik ke, taman permainan ke, mcD ke, kedai makan ke, atau mana-mana tempat awam, budak2 kecik yang berlainan bangsa bermain bergelak ketawa walaupun baru kenal?
itu hakikat kita semua waktu kecik, kita buat kawan baru tak kira warna kulit. Tapi semakin besar, kepelbagaian kaum dalam lingkungan kawan semakin berkurang. Pasaipa?]