Tuesday, February 20, 2007

~BAGI SIKIT NAK BANYAK

Obviously sesetengah manusia tu berkira sangat dengan aku. Baginya sikit tapi harap faedahnya banyak. Sedangkan aku dan alom banyak berhabisan rugi-rugian tapi apa yang kami dapat? Bukan apa, sebabkan aku ngan alom ni terlalu la baik hati, terlalu la murah hati dengan orang sampaikan kepala kami nak dipijak-pijak. Bagi kepala lutut nak paha pulak. Sekali aku biar, melampau jadinya setengah orang tu. Aku dah mula terasa bengang dok umah sewa ni. Mana lagi nak cari bilik sewa harga RM75 kat Penang ni oi?! Sedangkan paling murah aku dengaq pun RM110. Tu tak tengok iklan2 yang ditempek kat Happy Mart. Ada harga bilik RM150, RM200. Mana nak ada yang setara aku bagi untuk harga bilik kat rumah nih? Siap peti ais, siap tv, siap dvd player lagi ada. Apa lagi nak, cakap? Nak periuk nasik pun ada, nak plas ayaq pun ada, mesin basoh, nak pembakaq sandwich pun ada. Tapi logik tak, hang pikiaq tengok, dengan RM75 dah mula nak start buat umah ni sebagai brothel. Agak-agak la. Takkan aku sporting sekali nak bermaksud aku sporting selalu? Aku bukan budak-budak nak dipeleceh, nak buat taktau ja bila 'kakak-kakak' buat benda yang salahi etika sebagai PENYEWA saja.

Sungguh ar. Ikut ati, semalam jugak aku tukaq tala kat grill depan. Bukan susah tara mana. Aku ada hak dalam umah ni sebagai tuan umah kedua selepas alom. Dan umah ni bukan untuk kebajikan 'kawan-kawan' aku. Hii, aku ni ada kawan ka? Selama ni semua orang just nak amek kesempatan atas pertolongan aku. Tapi sudikah orang nak tanya condition aku, like, how ru doing 2day, ada masalah ka, whatever la. Takdak punya. Yang tau semua ingat memandangkan aku ni tak keja, means AKU KAYA, so bolehla semua orang nak kapoq aku sementara stok masih ada, tak gitu. F@koF betui la. Dasar inv#### tak sedaq kediri.

Aku bukan apa. Takut la pisang berbuah lagi setandan. Dulu si ika (bukan nama sebenar..heh), dok FREE dalam umah aku, apa pun tak bayaq, siap dengan prangai kera sumbang lagi (pakej lengkap la tu kiranya), sedaq2 perut pun semakin maju ke hadapan. Alih2 aku jugak nak kena teman taim dia sakit nak beranak. Sampaikan alom pulak kena panggil ambulans. Mana pi si Wan Misai tu. Ternganga tak tau nak buat apa. Lepas beranak apa jadi? Dengan aku, dengan alom-alom sekali tak tau apa jadi. Bukan kami kebuloq sangat duit depa. Tapi kurang-kurangnya hantaq la khabaq berita seketoi dua. Babik betul la dunia ni aku rasa. Sebab tu aku pilih untuk TIDAK MEMPUNYAI KAWAN. Sebab aku dan alom hanya dianggap tempat untuk dikikis. Entahla.. Kaya sangat ka kami ni?

Yang bengang dan meluat
~2piE CaVaLeRaMiTSu~


Sunday, February 04, 2007

~BADUTNYA AKU...

Dalam setahun, sekurang2nya ada sehari yang kita boleh tau kita ni dihargai atau tak. Tapi bagi aku hari tu la yang aku rasa betul2 sampah. Hari apa? Hari ulangtahun kelahiran...

Memang setengah orang lantak pi la besdei ka apa ka, dia bukan jenih sambut besdei. Tapi jangan nak bohong, 'jauh di sudut hati', mesti teringin gak la ada orang ingat besdei dia.

Aku? Punya la macam-macam tarikh dok melekat dalam kepala hotak ni sampai besdei kawan kelas sebelah waktu darjah nam pun aku dok ingat lagi. Macam nak hantuk kepala bagi amnesia lupa terus lagi senang. Aku punya la dok wish orang besdei, TIAP-TIAP TAHUN lagi tu, tapi given between 5 years, orang2 yang aku dok hegeh2 wish tu langsung tak ingat besdei aku, langsung tak dak inisiatip nak find out besdei aku pun. Buat apa kan? Aku bukan kaya, bukan ada rupa, tak femes, jauh lagi ada pelajaran. So sapa la aku..

Memang orang2 yang aku dok hegeh wish tu TAK TERINGIN PUN aku wish. TAK HARAP PUN wish dari aku. Tapi orang2 ni tak tau, yang walaupun aku tak diperlukan sedetik pun pada hari istimewa depa, aku rasa sonok dapat bagi orang kembang sat diingati. Kadang2 tu aku sampai tolong remind member lain lagi pasai besdei kawan depa. Tapi aku? Hari besdei aku.. lonely.. Yang ada pun berapa kerat la sangat.. Tu pun sebab stuck dengan aku. Kalau tak wish memang kejam la kan.

Aku tak bergantung kat MYSPACE or FRIENDSTER untuk remind myself about people's birthday. Kebanyakan yang once depa dah bagitau aku, selama-lamanya aku ingat. Aku..? Cam dikata tadi..Aku bukan kaya, bukan ada rupa, tak femes, jauh lagi ada pelajaran. So sapa la aku..
Mungkinkah aku ni badut? Terhegeh menceriakan orang lain bila diri sendiri teringin diceriakan? Terhegeh membesaqkan hati orang bila diri sendiri tak dak sapa teringin nak bagi besaq ati? Huh.. badutnya aku..
ditulis pada 04-FEB-07 :(


Sunday, December 31, 2006

~CATATAN JIWA LUKA

(As appeared in CONFIDENTIAL # 11, 2006)

©CONFIDENTIAL 01-06