Tuesday, May 07, 2013

Bagaimana nak buang sikap racist?

PRU 13 dah berakhir. Keputusan dah kita tahu. Tapi keadaan ada kecelaruan baru. Sana sini terkait dengan perkauman le, racist le, melayu pi balik indon le, cina pi balik china le..

Firstly, maaf sbb ni post agak panjang. Dah setahun lebih tak update blog ni jadi banyak betul nak dibebelkan. Kalau sudi luangkan masa baca, aku ucapkan terima kasih.. :)

Hanya UNFRIEND kawan yang racist di fb, tak dak maknanya. Sepatutnya CUBA ambil pendekatan untuk menasihati kawan tersebut. Ingat, manusia tak lari dari melakukan kesilapan, terutamanya ketika beremosi. Kalau tak mahu malukan kawan tersebut, hantar private message. Okey kan? MEMBUANG KAWAN juga satu bentuk penindasan kepada individu. Everyone berhak dengan pendapatnya sendiri biarpun salah atau betul, dan yang disekelilingnya pulak berhak untuk menegur dengan baik.

Okey, kita cuba amalkan sikap macam ni selalu, dan kalau boleh didik sama anak-anak kita.

[pernah tengok, kat klinik ke, taman permainan ke, mcD ke, kedai makan ke, atau mana-mana tempat awam, budak2 kecik yang berlainan bangsa bermain bergelak ketawa walaupun baru kenal?
itu hakikat kita semua waktu kecik, kita buat kawan baru tak kira warna kulit. Tapi semakin besar, kepelbagaian kaum dalam lingkungan kawan semakin berkurang. Pasaipa?]

IBU BAPA
Tolong hantar anak-anak ke sekolah yang berbilang bangsa. Kalau nak yang satu bangsa saja, memang sampai besar anak-anak anda jadi kekok bila berkomunikasi dengan orang lain.

Sering sertai aktiviti yang melibatkan ibubapa. So anda sendiri boleh berjumpa dan berkenal-kenalan dengan parents pelajar lain. Bila anak-anak anda lihat contoh yang baik dari anda, maka mereka juga akan jadi seperti anda yang tidak memilih kawan berdasarkan bangsa.

Cuba galakkan anak-anak anda buat study group yang bukan satu bangsa saja.

Waktu rehat sekolah juga anak-anak perlu belajar makan bersama-sama.

SEBAGAI MASYARAKAT
Kejiranan anda sendiri. Kalau dah bangsa anda saja, bila masanya nak 'majmuk' kan? Tak mustahil la bila terperap dalam kelompok sendiri saja, sikap racist akan menebal sendirinya. Anda takkan sedar, orang di luar yang akan nampak.

Kalau ada aktiviti gotong royong, keluar sertai sama. Tidak nak kenal orang macamana kan?

Ada kenduri / jamuan makan? Jangan lupa jemput semua selagi tidak menyinggung sensitiviti orang lain. Tapi nak jemput pun jangan la pilih bulu.. Nak invite semua yg sama taraf sama snobbish macam anda je. Kawan-kawan yang selekeh dan low profile anda tak jemput pun..

DALAM SOCIAL MEDIA

Tolonglah add sama rakan lain bangsa masuk dalam friendlist anda. Kalau anda limitkan kepada yang sebangsa saja, memang tak terbukalah perbincangan yg adil.

Kalau ada kawan-kawan racist, jangan anda sendiri menilainya dengan buruk. Bantu. Explain. Educate. Bukan dengan menyindir, mengutuk kembali, atau membuangnya. See, kalau manusia racist itu dibiarkan saja, tak tahu siapa yang lepas ni akan dipengaruhinya. Jadi sia-sia saja usaha untuk mengekang racism ni. (Aku dah pernah bersuara dulu kat fb untuk orang anti perokok: Nak outcome yg positif, jgn TUTUP atau wujudkan tembok yg boleh menyebabkan orang negatif semakin 'biasa' dengan sikapnya).

"Ah, buang masa aku nak educate dia. Dah besar boleh fikir sendiri"
Jadi tak payah melenting bila orang lain nak keluarkan kenyataan racist, anda sendiri dah pilih nak membiarkan saja.

Bila friendlist dah majmuk, try le kadang-kadang like atau comment post kawan2 tu. Buang rasa segan/malu. Ni asyik limit kat post2 kawan bangsa sendiri ja.. Bilanya nak communicate?

Malaysia ni banyak perayaan kan.. So belajar 'wish' kat semua kawan-kawan. Happy Deepavali, Selamat Tahun Baru Cina, Selamat Hari Raya, Tahniah, Takziah.. tak susah pun. Tak kena saman pun.

Ada lagi banyak point aku nak list nih.. Tapi masa dah mendesak.. Taip pun kalut dah ni teraboq bahasa.. Sila kongsi idea anda pulak di bahagian komen.. Share this please! :)

/Jangan curi artikel aku/
/tupaikaran cavalera may2013/


Comments (3)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kak Tupai,
fikir 44 kali nak post pasal politik, sebab ada kerabat yang sibuk nak tahu kita punya political stand. Penat.
Imej neutral..

Tang unFriend semata tak sefikrah, itu tidak matang.
Kita hujah dengan tenang, asal tak salah jalan.

Hurm, sekolah berbilang bangsa, andai parents didiknya jumud,
tak ke mana? =)
My recent post Edisi Gua | Dunia Semakin Canggih...
1 reply · active 618 weeks ago
yelah cikya.. semua atas didikan.. tapi bila dah dewasa, masing2 blh buat pilihan sendiri.. nk terus rasa curiga kat bangsa lain ka, atau cuba terima hakikat yg kita dok malaysia ni berbilang bangsa.. macam kak pun, dok nampak la jugak sekelompok dua yg berkawan sama2 depa ja.. xmau campoq org lain dah.. dari sekolah rendah macam tu.. kalau majmuk pun setakat yg sama taraf.. yg selekeh2 takdanya nak cuba jadi kawan..
ha ah. kadang nampak jugak spesis tak mau bercampor neh..
assobiah sangat.
fiuu, majmuk setakat sama taraf, masalah...
kes pilih bulu tu biasa kak.
cuma beza obvious ker tak.
dilemma...

My recent post Edisi Gua | Dunia Semakin Canggih...

Post a new comment

Comments by