• » Last Update Was 8 months ago With : Ayah..

Sunday, April 12, 2009

~KOLEKSI PIRING HITAM

Aku mula minat simpan piring hitam atau nama omputehnya vinyl sejak tahun 2000. Aku sebenarnya terpedaya dengan sekeping piring hitam Alleycats 'Penyanyi' yang aku beli dengan harga RM 2.00 sekeping. Masa tu player dia (turntable) pun aku belum ada lagi. Tiba-tiba Encik Marimuthu (peniaga barang lusuh ropewalk) telah membuat tawaran hebat yang aku rasa rugi jugak kalu aku nak tolak. RM 30.00 untuk seratus keping vinyl (LP dan EP). Aku pun tanpa fikir lagi terus terima tawaran ni.

Sekarang ni aku dah ada dalam lebih kurang 1000 keping vinyls 7", 10" dan 12". Semua jenis vinyl aku rembat tak kira apapa jenis genre muzik. Dari rock, pop, dangdut, joget, punk, metal, grind, drama radio, hindi, tamil, mandarin, omputeh, sentimental, OST filem dan macam-macam lagi.

Turntable yang aku ada sekarang ni pun dah ada 4. Dari jenis single set, extra amp, portable dan next time aku nak beli jenis digital plak. Minat ni aku develop dari hari ke hari. Dari semata-mata membeli, mendengar dan lani aku bleh convert audio dari vinyl ke mp3.

Koleksi-koleksi yang paling aku sayang macam Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Jamal Abdillah, Allahyarham Sudirman, Search, Gersang dan banyak lagi. Ada jugak yang aku dah jual vinyl aku ni kat kawan-kawan yang kemaruk sangat nak simpan vinyl.

Rasa-rasanya ramai lagi yang sama minat dengan aku. Kalu ada sapa-sapa yang minatnya sama blehla contact aku via emel atau reply blog ni untuk kita sama-sama omong kosong ceta pasal keistimewaan vinyl ni..

^ portable turntable jenis Philips (bleh bwk berkelah) & turntable Kenwood untuk convert audio ^
..
^ vinyls yang selalu aku spin ^
..
^ vinyls yang aku standby untuk convert ^


25 Comments »:

TeD said...

huiiii impressive!! best gile collection ni... mak aku ade satu je vinyl... allahyarham tan sri p ramlee... yang gambar depan kaler dye ngan saloma ade basikal sekali...

andy said...

TeD ada LP tan sri p.ramlee?
best tu... kena jaga baik2 woo..
kira macam reta pusaka...
silap2 bleh smp nilai rega sebijik banglo woo...

Monkey D Luffy said...

masih boleh guna ker? tahan lama tu

Pakdin Acid Rain said...

masih elok lagi.. ada yang calar tp still bleh spin.. byk jgk alat dgn sparepart nak kena beli standby utk masa akan datang.
$$$ :(

pricon said...

PakDin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Amacam itu Beyond punya lagu2 sume dah copy ke, bile leh kluaq minum sama boleh sy tuliskan translation nama2 lagu CD tuh. Hehe.

Pakdin Acid Rain said...

Master!!!
Tengkiu sbb remind lagu2 Beyond. Memang best. Sekarang ni mmg kita dah jarang kluaq sama2. Dalam masa terdekat ni kalu xda aral kita jumpa. Skrg ni dok humming ngan miming ja lagu2 depa. Dah dpt translation bleh pi karaoke.

Jay said...

Hi bro,

Meleleh air liur nengok vinyl you. I pun baru baru berjinak ngan LP nie, walaupun daddy I dah spin LP ngan EP sejak I lahir. Semua EP ngan LP dia, I sapu bersih, tapi tak banyak ler. Nak tanyer, En Marimuthu nie jual lagu lagu tamil tak, kalau ada boleh jual kat I ker?

Pakdin Acid Rain said...

--> Jay:
Hi bro,

Tak sangka U pon minat gak simpan LP. Kalu U minat nak collect byk LP Tamil/Hindi, dicadangkan U pegi Flea Market 'Lokkin' kat Ipoh, Perak setiap Ahad pagi - tengahari.

Jay said...

Hi Pak Din, terima kasih for the info

baba.kassim said...

salam bro gua kawan kepada pak din...ada la skit2 koleksi gua

Tupai Karan said...

--> Baba.kassim

Aha.. i know u, lambudada ;)
Ni owang umah Pakdin le.. hee

sardin said...

salam yop...piring hitam rules.

Tupai Karan said...

--> Sardin
Salam.. haha.. rules ek? Jgn sampai miss soru la, nti rules lain lak timboi..

ben said...

brader,piring hitam ada berapa byk saiz??bleh list kn x?& piring batu plak cm ner...?

Jay said...

Piring hitam batu saiz 10 inci
Piring Hitam LP (Long Play) saiz 12 inci
Piring Hitam EP (Extended Play) saiz 7 inci

faizal said...

aku pon minat gak piring hitam ni, buat masa ni baru je kumpul. beli sikit2, player ade la 1 yg boleh pakai, satu lagi kena buat restoration.

jadi aku mmg minat la nak kenal dgn member2 yg sama minat mcm aku, so kalau sudi emel la aku hehehe

nadzreen said...

looking for buyer for my LP....Arwah pakcik bg, tp seumor idup aku x penah dgor camne bunyik LP nih....x mau simpan dah...x dak tempat nk letak...turntable nyer pun ada, masih leh on tp x tau lak boleh kuarkan bunyik ke idak...sape berminat email : msprelude@gmail.com..

Adek Pijat said...

arwah ayah banyak tinggalkan piring hitam..tak tau nak buat apa. tak tau elok lg ke x..

mars bars lovers said...

wow! amazing! mana nak cari vintage vinyl kat malaysia?

Faizal Mahusin said...

Mna nk dpatkn album A.TALIB penyanyi 60an?????

Faizal Mahusin said...

Dah mrata sy mncari album solo A.talib(60an) tpi xjpe2 jgk.mna nk dpatkn album 2 ek???

Faizal Mahusin said...

Mna nk dpatkn album A.TALIB penyanyi 60an?????

Najeli Norani said...

Assalamualaikum,

Saya Najeli dr KL.

Saya sedang mencari LP Piring Hitam Jamal Abdillah, saya cari semua album berikut.

• Derita Cinta
• Layang Layang
• Sendiri
• Mati Hidup Semula
• Untukmu
• Sepi Seorang Perindu
• Seniman Menangis

Kalau ada nak jual, tolong msg/watsap saya : Najeli 0133979173

Emera Abu said...

hi, nak tanye.. mane nak cari vinyl player tu eh?

FADZIL NOOR said...

boss..boleh bagi email or contact no tak?

Post a Comment

Komen saja.. bkn spam :)