• » Last Update Was 5 months ago With : Ayah..

Saturday, September 17, 2011

A'ee Yang Dedikasi

A'ee ialah panggilan manja untuk pemandu bas sekolah yang aku naik waktu sekolah dulu. Sebabnya dipanggil A'ee ialah dia pemandu perempuan. Bas-bas sekolah lain semuanya apek2 yang bawak. Dia ni special sikit.

Satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan, sekitar 1994-5, sebelum aku mula ke sekolah dengan basikal sendiri, aku naik bas A'ee ni lah dalam tempoh sesi petang (form 1&2). Bila ada aktiviti tambahan, maka kena lah keluar rumah awal sikit. Kira jadual pun A'ee dah tau.

Bas A'ee kecik sikit dari ni.

Alkisah, satu pagi/tghi ni, aku malas gile nak p sekolah awal. Ikut planning tu nak absent terus la tak mau pi aktiviti dengan skolah skali. Maka aku pun dok rilek-rilek saja la. Lantak la, kalau bas A'ee lalu tengok aku tak dak area bawah flat tu, paham-paham la kan.


Tuesday, August 23, 2011

Cantik Tak Analytics Aku?


Ini bukan wordless wenesdei ke tiusdei ka, (blog aku takkan terjebak) tapi dah memang takleh nak kata apa sangat pasal gambaq ni.


Saturday, August 13, 2011

Empires And Allies Military Units

Baru terjebak dalam game Zynga terbaru Empires And Allies. Ini akan jadi penyebab utama blog-blog dan projek aku terabai. Di sini aku lampirkan jadual unit army, naval dan air(udara) untuk game ni. Untuk rujukan sendiri dan kawan-kawan yang main. Sebarang penambahan atau pembetulan diharap sudi maklumkan kepada aku. Sekian terima kasih. Share kalau berani.


Wednesday, August 10, 2011

Group Anonymous Nak Hack Facebook Pada 5 Nov.

Semakin menjadi-jadi kegiatan hack mengehack kebelakangan ni. Dan yang mengaku "hackers" tu promosikan diri macam hero masyarakat yang berniat murni. Terbaru pulak kisah satu group yang menamakan diri diorang Anonymous meletakkan target 5 Nov akan datang untuk melumpuhkan Facebook.

Alasan diorang :
"Everything you do on Facebook stays on Facebook regardless of your "privacy" settings, and deleting your account is impossible, even if you "delete" your account, all your personal info stays on Facebook and can be recovered at any time. Changing the privacy settings to make your Facebook account more "private" is also a delusion. Facebook knows more about you than your family. "

Jadi diorang gunakan alasan Facebook tak jaga privasi pengguna sebab tu la nak kasi ajar sikit.

Mesej dari anonymous :


Thursday, August 04, 2011

Jangan sia-siakan bakat anda, RM10,000 menanti

Bulan posa ni ada la pulak peluang nak menang duit free dari Nescafe. Selalunya aku tak ambik tau sangat pasal benda-benda ni. Setakat share link tak cerita banyak.

Ok, nak bagitau ni. Nescafe ada buat peraduan Chill-Lah Express yang mengajak peserta untuk hantar design untuk tin minuman depa. Hadiah bukan sikit. Main prize RM 10,000 tu!

Tapi kali ni hati terpanggil-panggil nak cuba nasib. Mula-mula aku ingatkan nak kena lukis atas kertas ke apa ke, rupanya lagi kacang. Dah siap ada tools untuk design, cuma drag and drop saja.

Cuma pilih theme yang dah disediakan, tengok snapshot aku amek ni :


Tuesday, August 02, 2011

ROTW : (Konsep) Blackberry Empathy

Rekaan ni kononnya boleh detect mood pemiliknya, ditunjukkan melalui perubahan warna talipon blekberi ni. Maksudnya, kalau tengah hepi, lampu bertukar jadi hijau, kalau tengah sedih - lampu ungu, dan kalau marah jadi warna merah. Tapi in order to detect mood ni, owner kena pakai sebentuk cincin pasangan kepada phone ni.


Saturday, July 30, 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 1432H / 2011M

Pada tahun 2011, tarikh 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu hari Isnin dan hari Raya Aidilfitri pula bakal disambut pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa. berikut adalah senarai penuh jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk tahun 2011M bersamaan 1432H bagi kawasan seluruh Malaysia.


Monday, July 25, 2011

Baru Tau Pasaipa Kan..

Pasaipa Tupai Karan tak aktif dalam group tu.
Bila group tu bukak, aku org first yang post entri.
Bila ada conference, tak pernahnya muka aku ada.
Bila mai assignment, aku org first yang submit report (tapi bukan semua assignment la, yang kena buat banner tu)

Pasaipa blog aku sendiri makin terabai.
Bila group tu mula, aku kena buat semua sorang-sorang. Tension pressure frust emo dan sebagainya.
Aku promotekan blog-blog lain dan belakangkan blog aku sendiri.


Thursday, July 21, 2011

MOTW : Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969)

Memang best tengok Paul Newman dengan Robert Redford bergabung dalam cerita koboi ni. Kerja nak menyamun aja. Filem ni aku pernah beli VCD-DVD dan latest Blu-Ray. Rasanya kat Mudah ada jual kot Piring Hitam OST filem ni. Antara dua hero ni, aku lagi minat kat Robert Redford sebab Michael Hui (Filem Hong Kong Front Page-1997) kata mata dia nampak ikhlas.


Tuesday, July 19, 2011

VOTW : Cahaya Projector Yang Mesmerising

Slalu kita tau projektor untuk tengok gambaq kat dinding ataupun untuk presentation document je. Tapi banyak lagi sebenaqnya kegunaan projektor ni. Salah satunya untuk tayangan ilusi skala besaq macam di Ukraine ni :


Pergh gila! Hangpa tak nak buat camni ke kat flat umah ke? Standby peruntukan nak bayaq duit karan nanti ye.. Kalau aku, aku nak design tayangan hantu ja bg jiran-jiran yang kaki meroyan semua takut dan pindah. Ok?


Sunday, July 17, 2011

ROTW : Pelakon Pembunuh Disatukan Dalam Expendables

Expandables (2010) menyatukan pelakon-pelakon top dan fehmes dgn watak aksi sebelum ni. Bila aku first tengok muvie ni, aku hanya terbayang satu saja : "Gila nak bayaq gaji depa ni!". Kalau ikut jalan cerita tak dak la luarbiasa pun.

So kalau dikumpul jumlah 'watak' terbunuh/dibunuh oleh pelakon-pelakon ni dari semua movie depa sebelum ni, maka inilah hasilnya : (Klik gambaq untuk zoom +/-)


Friday, July 15, 2011

Update Location Di Facebook : Where's The Fun

I just love to stalk my friends' status updates. Eh, observe la. Observe. One thing that's so obvious is friends updating WHERE they are.

Just that I kenot brain where's the fun in doing so?

"Hey it's not about fun whatnot, it's about informing my friends where I am so if anything happen etc they know how to reach me"

Yeah?

So, if I ever need to meet/talk with you, I have to skim aaaalll the way through your facebook profile just to know HOW AND WHERE TO REACH YOU?


Thursday, July 14, 2011

MOTW : The Italian Job (1969)

"You were only supposed to blow the bloody doors off!"

Hahaha... memang lawak scene ni... Sepatutnya pintu belakang van aja yang meletop tapi budak tu silap boh bom sampai berkecai semua. Memang ada unsur realistik sbb memang akan berlaku kegagalan masa tengah dok ujikaji.


Tuesday, July 12, 2011

VOTW : Keluaq Asap Dari Telinga

Skill yang rare dan bahaya. Isap rokok dan keluarkan asap dari telinga. Hangpa boleh buat macam mamat ni? Tak punya. So, nak cuba?


Salute lah kalau hangpa boleh buat jugak. Amalkan selalu ya untuk panjang umur :)


Monday, July 11, 2011

Equatorial Penang, Executive Wing

Apalah tajuk cam hagham. Cerita tak banyak, hari tu stay dgn budak kecik dan bapak budak kat Equatorial Bukit Jambul, Penang, executive wing selama sehari je. Just that aku suka design bilik-bilik hotel ni so aku pindahkan dlm bentuk pelan 3D. This time bentuk kreatip tak empat segi kotak macam design aku selalu hee.

Perabot semua guna yang default dok ada kat dashboard aku ni. Tapi memang hampir sama cam real punya la. Notice the balcony yang menyenget dan bersambung dengan bilik sebelah. Agak confusing jugak aku memula nk conteng pelan ni kat kertas utk di3Dkan kat umah bila ada internet koneksyun.



Sunday, July 10, 2011

ROTW : Bila Manusia Malas...

Manusia memang tak boleh lari dari sifat malas. Tapi yang bestnya kemalasan jugak boleh wujudkan kreativiti terpendam yang ohsum. Check these out : 

Tak boleh blame dia, kalau badan aku seberat tu, aku jugak tak larat


Friday, July 08, 2011

Gabungan Wajah Lisa Surihani dengan Diana Danielle

Teringin pulak aku nak tengok muka dua artis ni dimorphkan. Dulu rajin gak melagho gabung-gabung muka kat website MorphThing. Kalau hangpa nak trai gak pun boleh. 

Memula upload dulu gambaq yang hangpa nak, kalau buleh muka biaq clear so senang nak cari titik-titik penting macam aku prepare ni :


Untuk gambaq kedua pun buat yang sama jugak.


Lepas dah ready, boleh klik Morph dan terhasillah satu wajah baru yang dikacuk :


Thursday, July 07, 2011

MOTW : DIRTY HARRY (QUINTOLOGY) 1971-1988

'Do I feel lucky?' Well, do ya, punk?

Hahaha... Entah berapa kali dah aku beli siri filem Dirty Harry. Daripada tape video (VHS), VCD, DVD dan latest Blu-Ray. Mungkin pasni Box-Set kut. Hopefully aku akan terjumpa jugak versi Laser-Disc atau dapat Vinyl OST. Memang tak jemu-jemu aku beli dan layan filem ni.


Sebab utama tak lain tak bukan - Clint Eastwood sendiri. Atok ni memang antara hero faveret aku sebab kebanyakkan watak hero yang dia pegang bukanla jenis lembek dan asyik nak beromen. Aku rasa The Dead Pool adalah yang the best filem Dirty Harry bagi aku. 1st sebab ada Jim Carrey as super-rocker yang miming lagu Welcome To The Jungle dan the best part ada cameo appearance semua line-up GNR.

Kalau nak kira jalan cerita memang semua sama cuma penyangak aja berbeza.


Tuesday, July 05, 2011

VOTW : Iklan Kreatif LG Optimus

Aku suka tengok video advertisement yang kreatif macam ni. Hanya dengan teknik stop motion, semuanya kelihatan "hidup".


Still, aku masih guna henpon bodo cabuk harga kurang RM 80. Hilang/rosak pun tak payah sampai meroyan.


Monday, July 04, 2011

2 Floors View

Hari ni aku nak tambah arkib pelan rumah dalam blog ni. Kalau ditengok dari pelan-pelan yang sebelum ni semua view setingkat saja tapi this time aku prebiukan dua tingkat pulak.

Design masih sama, pat segi macam kotak ja, takde kreatip-kreatip. Khas untuk golongan sederhana kalau teringin nak buat rumah sendiri. Tak complex sangat. However, untuk bagi hangpa paham pandangan rumah ni, aku remove semua outline dinding luar. Macam keratan rentas la.

LEGEND :-
A : pandangan depan
C : pandangan belakang
B & D : pandangan tepi

Dari gambar di atas agak mengelirukan. So ini pandangan 3Dnye :


Friday, June 03, 2011

Prince William Divorce

People just loooove these stories, no? Well I never update my blog with up-to-date trending news (#adindaevans, anyone?) but I'm itching to write something about this Yun-Nam potential customer prince. (Well not full writing anyway. Still in hibernation mode.). The headline in TheOnion 1st June : Prince William Divorces Kate Middleton After 5 Weeks with this O-I'm-Sooo-Mad-OOO photo :



Monday, May 23, 2011

6 Perkara Patut Elak Bila Commenting

Ramai bloggers dah tahu salah satu teknik meningkatkan trafik blog adalah dengan meninggalkan komen di blog-blog lain, tinggal rajin dengan tak rajin nak blogwalking saja. Tapi teknik ini sering disalahguna untuk meninggalkan komen berbentuk 'spam' dan berpotensi tidak dibalas, ataupun tidak disiarkan.

Berikut 6 contoh komen yang menjengkelkan, dan patut dikurangkan. Lebih elok kalau elakkan terus buat macam ni lagi.


Monday, May 16, 2011

Persediaan Sebelum Tulis Entri Blog | CM4

Aku suka topik Cabaran 30 Minggu yang keempat ni. Kali ni berkaitan dengan kemahiran blogging.


Tajuk Minggu Keempat :
Persediaan Sebelum Update Blog


**********************************************

Tiap orang ada la caranya nk cari idea untuk update blog kan? Ada yang suka meraban ja luah perasaan untuk dibaca umum termasuklah strangers. Ada yang suka kopipes blog orang len pastu defend diri kata dia cuma sebarkan maklumat. Ada yang organized skit work process dia. Aku kategori ketiga kot. Heh.


Friday, May 13, 2011

Keghairahan Popular Di Dunia Maya | CM3

Tajuk Cabaran 30 Minggu kali ni macam serius. Aku cuba setakat yang mampu untuk mengolah entri ni.


Tajuk Minggu Ketiga :
Keghairahan Popular Di Dunia Maya


Wednesday, May 11, 2011

Aku Jadi Pengarah Filem! | CM2

Artikel ni aku taip pada 31 Oct 2007. Simpan dalam notepad ja xpublish. Untuk geli sendiri baca taim boring. Memandangkan topik kedua untuk Cabaran 30 Minggu ni macam kena ja, so aku pun korek balik la artikel nih..


Tajuk Minggu Kedua :
Kalau saya seorang pengarah filem..

**********************************************
Ciri-ciri ni mesti diadakan kalau aku nak buat filem seram:


Monday, May 09, 2011

Berikan Aku RM 100 | CM1

Amboi tajuk. Menagih simpati sungguh. Sebenarnya bukan apa, aku pun nak join jugak CABARAN 30 MINGGU LATIHAN MENULIS! yang dianjurkan oleh 100penulis.com, yang mana satu topik keluaq tiap minggu, selama 30 minggu. Takdelah blog ni bersawang lagi sebab malas nak menulih.

Tajuk minggu pertama ni :
Kalau saya diberi RM100 sekarang, saya akan..

Heheh.. Duit klasik ;)

**********************************************
So, kalau aku dapat RM 100 sekarang, tak kiralah baru cashout paypal ke, nuffnang ke, churp-churp ke atau orang bagi, maka :


Wednesday, May 04, 2011

Pempuan Kalau Bergambar... Heiii


Fakta :
Kalau sua saja kamera kat mana-mana geng pompuan, secara otometikeleresli kepala depa akan jadi macam magnet - melekat dah macam kena stapler kat pipi. Betul kan?

Kalau dalam fenomena fotografi ni orang pangge 'Posing Kembar Siam' kot? Sila jangan marah aku.

Tak kira kat mana pun, kat sekolah ke, kat kedai makan ke, dari angle mana pun jadi :


Friday, April 29, 2011

Hidden Balcony

Slalu rumah bertingkat hanya ada 1 balcony untuk 1 unit. Macam-macam kegunaan. Kalau ikut fungsi betul balcony ni untuk tempat lepak penghuni rumah je kan?

Katakan dibagi extra 1 lagi balkoni, tapi hidden dari pandangan luar. Kalau aku buleh design da buat macam ni la kot :
Kat sini buleh la nk sidai segala mak nenek baju kecik dan seluaq kecik. Tak payah display kat orang.


Thursday, April 28, 2011

Award Dari Zahidah

Takde mood lagi nk update blog. Blogwalking pun sesedap rasa.

My friend dari 100penulis, Zahidah, telah menghadiahkan award nih utk aku. Besau ati beb diingati camni. Cewah bajet best. Thanks ye awak..



2 Task/soalan saja seperti berikut :
  


Sunday, April 24, 2011

Jangan Encourage Kawan Kaki Maki, Kelak Kau Juga Dimakinya

Bila dah guna face-lagho-book ni kira dah blh tengok gelagat orang TANPA PERLU KELUAR RUMAH. Dok ja depan monitor dan baca satu2 status updates. Biasalah stalker. Eh, observer la.

Dengan kemudahan prompt box mengumpan 'What's on your mind?', maka kepantasan menyuarakan suara hati pun blh share serta-merta. Emosi tengah terganggu maka dalam kotak ni la tempat luah perasaan.


Macam SMS jugak, teknologi dalam komunikasi ni aku tengok makin hari makin menjerat. Kalau taip takdenye nak fikir baik buruk. Sikap impulsive act tu slowly ditanam dalam diri kita kalau hangpa tak sedaq lagi.


Tuesday, April 12, 2011

Jangan Buang Henpon Lama

Hangpa ada simpan lagi talipon lama? Jangan buang sebab mana tau satu hari nanti boleh menyelamatkan diri dari dirampok. Tak caya? Tengok video ni :


Sunday, April 03, 2011

Jom Bunuh Diri

Sebenarnya tak susah pun nak bunuh diri. Buat apalah yang nak terjun-terjun bangunan. Jatuh atas kereta orang, kesian tuanpunya kereta. Jatuh atas pavement, susah nanti nak kutip otak, daging, isi perut terburai semua. Menyusahkan orang nak cuci lepas tu. Buat apalah nak tikam-tikam nak kelar-kelar. Kalau mampus terus takpa, kalau nyawa liat? Suffer tak terkata.


Tapi jangan risau, sini ada tips macamana nak go on with your life, tapi fokus kepada matlamat nak bunuh diri. Cara ni kawan-kawan dan sedara mara tak perasan sangat, jadi tak dak la rimas orang dok tanya khabar.


Monday, March 28, 2011

Penyalahgunaan Balkoni dan Koridor

Kalau kita berjalan sebentar melintasi kawasan perumahan bertingkat (kondo/flat/patmen etc) dah tentu boleh nampak aneka display pakaian-pakaian disidai secara terbuka di balkoni dan di luar tingkap.

Berjalan pulak di bahagian koridor, deretan baju, seluaq, lampin sampailah ke teddy bear pun boleh jumpa tergantung tinggi rendah.


Perkara yang mencacatkan pemandangan ni sebenarnya sedar tak sedar dah dianggap culture atau senario normal dalam masyarakat. Tak kira lah maju mana sekalipun sesebuah negara tu, pemandangan macam ni tetap ada. Mana-mana rumah pun akan buat yang sama.


Monday, March 14, 2011

Single Apartment 2

Inilah dia pelan rumah single/studio apartment aku yang kedua. Basicnya sama macam pelan pertama dulu, direka khas untuk manusia-manusia yang nak hidup menyendiri dan perlukan privasi maksima. Hueheh. Design ni tak xrelevan dah untuk aku sebab dah berkeluarga.

Pelan Studio/Single Apartment 2


Anyway, dgn variasi yang minimum dan pat segi ja macam kotak/jail, assume single/studio apartment ni memang macam ni, tingkap tak boleh letak kat tepi2 sebab melekat dengan unit apartment lain. Most pencahayaan datang dari area ruangtamu a.k.a tempat tidoq dan dari dapoq :


Monday, March 07, 2011

Mesti Baca : Status Updates FB Yang Teringin Kita Jawab

Ada kalanya bila kita melagho ngadap facebook, maka terbacalah macam-macam jenis status update kawan-kawan kita. Ada yang best, ada yang mentrigger kita untuk merespon, ada yang hmm tak larat nak baca dah, ada jugak yang memualkan.

Kat sini aku bagi 5 contoh status update yang gamaknya selalu kita terbaca dan kalau tak sedar mungkin diri sendiri ada terpublish camni. Macamana respons yang diexpect? Slalunya pro saja kan. Walaupun hati jengkel nak reply ikut dan ja tapi memandangkan tu kawan kita, tak sampai hati la kan.. Teringin tu memang teringin tapi sanggup ke reply camni? (Kalau rabun sila klik gambar utk zoom+/-)

CONTOH 1 :


Friday, March 04, 2011

Drive Angry - Tiket Wayang Free Dari Nuffnang

Sabtu lepas, yakni 26 Februari 2011 aku dan encik somi menjejakkan kaki pertama kali ke TGV 1st Avenue (Penang) untuk menonton Premier Screening filem Drive Angry yang dianjurkan oleh Nuffnang. Thank you Nuffnang sebab bagi tiket free :)


Rombongan konvoi dari K.L pun mai jugak, masing-masing memakai baju merah berlogokan Drive Angry. Tak nampak pulak ada sesi beramas mesra antara bloggers hari tu, kami beratoq amek tiket fri, tengok muvi lepas tu balik.

Drive Angry ni biasa saja. Nicholas Sangkar pun dah tua. Jalan cerita tipikal dan predictable. Obsesi kereta bagaikan diselit saja sepanjang penceritaan, macam tak dak pun takpa. One of the actors yang aku kenai ialah kawan Nicholas Cage iaitu David Morse (rakan sejawatan Tom Hanks dalam cerita penjara The Green Mile) pun tak dak la essential sangat. Ditambah dengan watak-watak pacak tambahan yang menyebabkan mulut aku tak berenti membebel xpuas hati.


Wednesday, February 23, 2011

Boleh Bikin Harta Pusaka

Nak buang sayang, nak jual tak patut, nak simpan menyakitkan hati tapi terpaksa simpan jugak. Ni yang susah jadi seseorang yang tak boleh nak let-go, maupun barang, or kenangan. Sangat sentimentol.

Memangla reta tak boleh bawak masuk kubur. Tapi macam aku kata tadi la, nak buang sayang pulak.

Ni hah aku cakap pasal 2 benda mainan aku yang masih elok dalam jagaan. Tamagotchi yang aku baru beli around 2004. Waktu tu kerja kilang. Hah, beli guna duit gaji la. Bukan cam budak-budak zaman sekarang mak bapak taboq duit ja. Dah lama sebenarnya mengidam tamagotchi ni. Penah sorang classmate dulu bawak waktu kelas Agama. Skali pet dia bising nak mintak makan, uztazah pun rampas tamagotchi tu. Haa tu lah bawak lagi masuk kelas.



Saturday, February 19, 2011

Dah Tambah Link ChurpChurp Kat Blog

Instant. Dari petang sampai ke malam aku punya dok pulun siapkan footer post ada ChurpChurp. Kalau kamu klik, 5 windows baru akan dibukak sekaligus, senang tak payah lagi nk klik banyak-banyak. Teknik multitab ni telah praktikkan sejak pasang internet kat umah iaitu around 2009 (tu pun blajo ngan sorang sifu nih hehe). Sebab skali connect internet tak larat nk klik satu-satu : gmail, blog @hatitupai, blog rahsia, travian, dashboard dan web2 PTC yg aku join.

So here. Cuba expand post aku ni dan blh tengok ada footer baru kat atas facebook share dan twitter. Agak serabut jugak nk meng-align. Klik kalau berminat nk tau apa campaigns ChurpChurp yang aku share. Thanks in advance :)


Tuesday, February 15, 2011

Blogger Kanak-Kanak Kalau Melatah, Bahaya Woo!

Susah macam ni. Kalau dia terima A, maka A lah. Jangan kita nk cerita B atau C, awal-awal akan ditolak punya. Silap-silap kita boleh tengok orang muda melatah sampai lupa sopan santun dan diplomasi secara elok.

Alkisah. Ditakdirkan seorang sahabat ni betul-betul punya bengang dengan aku. Alasannya mudah, aku membongkarkan aktiviti blogging dia yang kurang beretika. Mula-mula pelik jugak dibuatnya. Kenal tidak apa pun tidak, tiba-tiba saja mencarut bagai nak rak. Orang lain yang makan cili, orang lain pulak yang rasa bahang pedas.

Oleh kerana kekurangan respons yang diharapkan dari aku, beliau cuba pula cara lain iaitu menjaja dan menyebarkan fitnah tentang aku. Sedih tak terkata sebab ramai pulak yang turut terjebak dengan permainan fitnah yang dia cuba buat. Masing-masing terima bulat-bulat tanpa kaji selidik lagi. Macam ni kah yang kita harapkan dari arena blogging kita?


Sunday, February 13, 2011

BUKU : Perjalanan Yang Tidak Direstui by Mohd Farid Ariffin

Sebelum ni aku ada tulis pasal buku Kisah-Kisah Seram oleh penulis Singapura, Othman Wok. Hari ni aku nk kongsi pula satu lagi buku yang jadi kemestian utk aku baca every 5 years.
Terbitan Utusan Publications & Distributions, cetakan pertama : 1979
Perjalanan Yang Tidak Direstui ni berkisarkan satu keluarga consists of 5 org - bapak, mak, kakak umur 10 dan 6 tahun dan anak bongsu lelaki yang berumur 2 tahun. Keluarga ni mengambil keputusan pada 15 November 1977 untuk memulakan perjalanan dari London ke Malaysia melalui jalan darat. Ya, dengan sebijik kereta VW Beetle 1300 buatan tahun 1969.


Saturday, February 12, 2011

Tolonglah Jangan Kelirukan Orang Lain

Masih lagi membebel pasal isu blogosphere tempatan iaitu penggunaan iframe. Warning : Entri ni panjang dan takdak gambaq.

Let's see. Aku tak sangka selepas menulis pasal inline frame ni, ramai yang baca. Maklumlah blog kerdil yang kurang aktif macamni sapa la nk tengok. Selepas aku ping saja kat gengblogger pukul 12tghmlm, berduyun masuk utk baca apa yang aku nk sampaikan.

Petangnya seorang blogger menulis entri menjawab kepada entri aku. Ni disebabkan satu gambar yg aku tempek menunjukkan jelas-jelas kod 'backlink' yang dia distribute, yang mana terang2 ada hidden iframe dlm kod dia.


Friday, February 11, 2011

Struktur Kod Inline Frame Dan Banner Yang Perlu Kamu Tahu

Lepas beberapa hari pendedahan yang aku buat dalam entri Semakin Ramai Blogger Gemar 'Curi' Trafik Blog Lain, lega bila tengok dah ramai yang mula alert dan amek tindakan memeriksa source code di blog masing-masing. 

Ada yang masih keliru kerana tak familiar dengan kod-kod HTML nih. Di sini aku bagi 3 contoh struktur HTML yang mesti kamu tahu.

1) Banner atau image
Paling basic. Kod ini menunjukkan nama file dan lokasinya di www. Beserta option modifier image tu macam ukuran ketinggian/lebar image dan border keliling image.


Monday, February 07, 2011

Semakin Ramai Blogger Gemar 'Curi' Trafik Blog Lain

Perhatian! Jangan jadi mangsa! Blogger kita semakin maju sekarang. Dah pandai manipulate kod-kod HTML simple untuk kepentingan blog. Nak glamer lebih, tektik kena la upgrade kan?

Let me tell you something about HIDDEN INLINE FRAMES.

Bila kamu letak kod ini di blog, dan frame ni memaparkan satu page, secara auto bila blog kamu dapat pelawat, page yang dalam frame itu juga dapat pelawat kamu.

Sorry for crappy illustration. No time to design properly

Contohnya frame kamu link ke page google.com.
Bila pelawat sampai blog kamu, visitor kamu +1, google.com pun dapat +1 (visitor yang sama).

Nampak tak google.com tak perlu dibuka tapi dapat pelawat jugak?

So macamana kalau dalam frame tu ialah blog orang lain?


Thursday, February 03, 2011

~CARA UNTUK TRAFIK MENDADAK NAIK!

Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk tarik trafik secara mendadak tapi yang ni sangat berkesan la aku tengok. Dah ramai bloggers guna, maka aku pun tak nak ketinggalan jugak. Iaitu meninggalkan komen di entry post rakan² blogger hangpa, bukan setakat di shoutbox sahaja.

Kenapa?

1) Bila komen yang hangpa tinggalkan menarik hati penulis entry tu, dia akan take note akan kewujudan dan perhatian hangpa. Therefore, lepas ni katakan kalau hangpa update saja blog, mesti kawan² baru hangpa tu tak sabar nak tinggalkan komen. Sebabnya? Nak bagi hangpa pulak tertarik untuk kembali ke blog depa lagi selepas ini. Benda ini akan 'loop' dan secara tak langsung boleh membina hubungan dua hala.

2) Banding dengan tinggal jejak di shoutbox, komen dan jejak di entry adalah lebih permanent. Kalau kat shoutbox, lepas berapa hari sistem akan delete page yang ada jejak hangpa untuk bagi laluan page baru shoutbox tu. So sia² kan?


Friday, January 28, 2011

Bila Kawan Jadi Artis

Semua orang mesti ada sekurang-kurangnya sorang kawan atau sedara yang dah jadi artis atau femes. Semestinya ada dilema-dilema ni kan :

1) Nak mengaku kenal, takut dikatakan tumpang glemer
2) Nak mengaku kenal, walhal kenal sipi-sipi saja
3) Nak mengaku kenal, padahal bukan rapat pun dulu.

Cara mudah yang slalu orang buat ialah mengeji-ngeji kan?

"Alah dia tu bukan baik pun. Sombong, berlagak. Macamana orang buleh kata cantik tah?"

"Yelah lawa, otak phailed. Bukan pandai pun. Luck ja tu jadi artis."

"Chait bakat konon. Tengok tak dak sempoi tara mana pun."

Nilah dilema orang kita. Dalam ati tu sebenaqnya ada la rasa bangga sebab kenal. Tapi segan nak ngaku. Apa salahnya doakan/ucapkan kejayaan depa walaupun perangai depa tu da lain sebab dah jadi femes. Anggap saja depa tu ada kelebihan kat dunia ni. Hangpa pun tak kurang speselnya. Hangpa mungkin ada luck dalam perniagaan, stadi, marketing, programming, blogging dan sebagainya. Betui tak?

Ini adalah orang-orang yang aku kenal tapi depa tak kenal aku. Wohohoh.. Klik gambaq utk zoom in/zoom out

Datin Norjuma.
Senior waktu aku join persatuan Bahasa Melayu. Wakil pasukan pendebat skolah yang petah walaupun slalunya bukan sorang yang chatty.


Thursday, January 27, 2011

Ohh Patutlah Comluv Tak Appear Dua Tiga Hari Ni

Waktu aku tinggalkan komen di beberapa blog kawan-kawan yang ada Intense Debate, aku terperasan comluv takdak dalam form komen tu. Aku assume blog-blog tu tak pasang plugin comluv la kot. Tapi bila ditegur oleh Lee Zha yang blog aku pun takdak comluv, maka aku tertanya-tanya.

Firstly aku check dashboard IntenseDebate di bahagian plugin, manalah tau kot-kot ter-off setting. Just as I expected, plugin Comluv dah takdak! Separa panik, aku cepat-cepat bukak news Intense Debate. Lega bila baca latest news : 


Monday, January 24, 2011

Guest Book


Blog aku pun nak buang shoutmix jugak lah. Ikut KEMPEN ATASI BLOGWALKING TIPU dari blog 100penulis.com. Hangpa semua leh tinggal mesej kat sini macam tinggal komen biasa. Jangan lupe tick Comluv, nanti aku akan return visit balik okes ;)


Wednesday, January 12, 2011

Elok Ka Berblog Waktu Di Tempat Kerja?

Sekarang trend kan. Daripada 10 orang, 4 daripadanya mesti ada blog. Hah sukahati aku saja letak kajian yang tah dari mana-mana. Rekaan semata.

Tapi betoi apa. Mostly jugak yang ada blog (excluding students ya) adalah pekerja ofis yang makan gaji. Kalau orang yang ada bisnes sendiri dah tentu tak dak masa punyalah nak merumit cerita benda seharian kat strangers.
Photo taken from : here

Disebabkan kemudahan akses internet dibagi kat pekerja maka blogger2 yang datang dari kelompok ni pun wujud. Aku tak dak apa hal la dengan yang berblogging suka suka tu tapi yang gila trafik dan gila duit nuffnang ni macamana pulak?


Tuesday, January 11, 2011

BUKU : Kisah-Kisah Seram by Othman Wok

Terdetik di hati aku nak taip dan publish balik keseluruhan buku Kisah-Kisah Seram ni tapi aku masih menimbangkan soal copyright dan kebenaran publish.

Maka aku cuba mencari info tentang penerbit buku ni, Heinneman Asia Pte. Ltd. dan setakat ini belum ada cara macamana aku nak kontek pihak depa bertanyakan soal dan prosedur semua benda alah ni. Berdasarkan ISBN buku ni yang aku cari dari direktori kampeni induk pun tak ada result positip.

So masih dalam keadaan serba salah.

Biar aku review sikit tentang buku ni dan penulisnya Othman Wok.


Monday, January 10, 2011

Good Friends Are Always Close To The Hearts

Salam untuk semua yang tak membaca blog ni. Semoga hari anda ceria kerana mengabaikan entri ini. Aik? Haha. Just nak melangsaikan hutang TAG/AWARD yang aku terima dari seorang blogger friend aku yang baru, Khairul Amry.

Good Friends Are Always Close To The Hearts, begitulah tajuk yang diberi. Sini soalan-soalan yang aku terai jawab tapi agak simple. Jangan marah aa..

SOALAN-SOALANNYA :