• » Last Update Was 4 months ago With : Ayah..

Friday, March 04, 2011

Drive Angry - Tiket Wayang Free Dari Nuffnang

Sabtu lepas, yakni 26 Februari 2011 aku dan encik somi menjejakkan kaki pertama kali ke TGV 1st Avenue (Penang) untuk menonton Premier Screening filem Drive Angry yang dianjurkan oleh Nuffnang. Thank you Nuffnang sebab bagi tiket free :)


Rombongan konvoi dari K.L pun mai jugak, masing-masing memakai baju merah berlogokan Drive Angry. Tak nampak pulak ada sesi beramas mesra antara bloggers hari tu, kami beratoq amek tiket fri, tengok muvi lepas tu balik.

Drive Angry ni biasa saja. Nicholas Sangkar pun dah tua. Jalan cerita tipikal dan predictable. Obsesi kereta bagaikan diselit saja sepanjang penceritaan, macam tak dak pun takpa. One of the actors yang aku kenai ialah kawan Nicholas Cage iaitu David Morse (rakan sejawatan Tom Hanks dalam cerita penjara The Green Mile) pun tak dak la essential sangat. Ditambah dengan watak-watak pacak tambahan yang menyebabkan mulut aku tak berenti membebel xpuas hati.


Tangan aku la tu.

Truthfully aku berbelah bagi sebenarnya tak nak pi, sebab aku dilanda batuk kronik yang tentunya akan mengganggu penonton lain. Tapi elok la sebelum keluar rumah aku togok ayaq madu sikit. So kuranglah batuknya. Ada ketika sewaktu muvi tu terlepas jugak batuk aku yang tak terkontrol lagi tapi dah nasib baik movie pun action punya ada bunyi2 kuat, haa amek peluangla lepas batuk taim bising2. Heheh.

Tak sempat berkenalan dengan mana-mana blogger pun hari tu, cuma balik rumah aku terjumpa satu blog comel ni, http://jpingkong.blogspot.com/ yang duduk selang 3 seat saja dari aku :)

Ikut hati aku xnak update blog ni sebab tak berapa sehat lagi (apa kaitan?). Komen2 entri lepas pun aku tak reply lagi, blogwalking pun tak buat langsung minggu ni. InsyaAllah aku akan start balik bertandang ke blog hangpa semua yang setia melawat blog aku ni, minggu depan.