• » Last Update Was 7 years ago With : Ayah..

Tuesday, January 11, 2011

BUKU : Kisah-Kisah Seram by Othman Wok

Terdetik di hati aku nak taip dan publish balik keseluruhan buku Kisah-Kisah Seram ni tapi aku masih menimbangkan soal copyright dan kebenaran publish.

Maka aku cuba mencari info tentang penerbit buku ni, Heinneman Asia Pte. Ltd. dan setakat ini belum ada cara macamana aku nak kontek pihak depa bertanyakan soal dan prosedur semua benda alah ni. Berdasarkan ISBN buku ni yang aku cari dari direktori kampeni induk pun tak ada result positip.

So masih dalam keadaan serba salah.

Biar aku review sikit tentang buku ni dan penulisnya Othman Wok.


Beliau adalah seorang penulis Singapura sekitar tahun 1950's dan genre penulisan beliau lebih kepada cerita-cerita seram walaupun beliau juga terlibat dalam politik, ketenteraan, pelancongan serta beliau juga pernah jadi editor Utusan Melayu. (Tetiba lak aku jadi baku kan)

Buku kisah seram yang aku ada ni adalah berkat kompilasi cerpen-cerpen beliau antara tahun lima puluhan. So boleh imagine sendiri lah kisah seram zaman dulu berbeza dengan kisah seram sekarang yang tipikal seperti dalam majalah mastika moden dan yang sebakul dengannya.

Seramnya cerpen-cerpen Othman Wok ni boleh dikatakan setanding dengan penulisan Tamar Jalis yang menghasilkan Siri Bercakap Dengan Jin yg popular zaman aku kecik-kecik dulu. Bila kita baca, dijamin lepas tu mesti rasa curiga dan ada terselit rasa takut tu selagi kita masih ingat details yang dah dibaca.

Aku tak pernah bosan baca buku ni banyak kali. Gambar di atas adalah SECOND COPY buku ni dalam simpanan aku. First copy, thanks to my lovely sister, dia lah yang beli dan kemudian aku la yang merembat. Hehe. Buku tu hilang dari simpanan (hasil dipinjam kawan tak reti nak bagi balik) sekitar tahun 1999.

Second copy yang ada sekarang dibelikan oleh Pakdin dan ofkos aku jaga sampai sekarang. Tak boleh hilang dah. Sebab bukan senang nak cari buku macam ni. Kalau pi kedai buku pun bersepah novel cinta sampah yang tebal macam kamus. Melainkan nak cari buku-buku rare macam ni kenalah terjah kedai buku yang rare jugak. Yang stok buku tak pernah bergerak bertahun-tahun. Kalau kat tempat aku ni, memang no problem. Masanya saja yg problem.

So sebab tu lah aku nak amek inisiatip menaip balik cerpen-cerpen dari buku ni untuk dikongsi oleh pembaca dan pelawat blog ni. Masalahnya aku tak sanggup nak plagiat seperti kebanyakan bloggers. Isu ni isu undang-undang dan hak cipta. Mana boleh nak pandang remeh saja. Siri Tamar Jalis, misalnya, bersepah-sepah dipublish merata-rata. Tentu sekali ia usaha dan penat lelah seseorang yang berniat untuk berkongsi menerusi blognya, namun hasilnya ia tersebar dicopy paste di blog-blog lain oleh manusia-manusia tak bertanggungjawab. CTRL+A, CTRL+C, CTRL+V, Publish. Senang kan?

Aku akan update lagi pasal ni soon. Kalau tak dapat jugak kontek penerbit buku ni (or worst tak sanggup dengan kos publishing right hehe), so terpaksa la lupakan saja niat nak bagi hangpa baca dan feel sendiri keseraman asli cerpen-cerpen Othman Wok. Kalau teringin jugak nak baca, mai la rumah aku dan boleh pinjam baca. Tapi tak boleh pinjam bawak balik okeh hehehe. Meanwhile hangpa boleh search lagi google, mana tau ada pihak-pihak yang dah publish cerpen-cerpen ni. Harap-harap itu bukan hasil plagiat lah.


2 Comments »:

Unknown said...

Pengkhianat melayu othman wok

Zahra Rizqika said...

Ya, saya juga salah seorang yang sangat meminati karya seram garapan Allahyarham Othman Wok. Dulu dalam tahun-tahun 80an setiap minggu pasti tersiar kisah seram dari beliau dalam akhbar Pancaindera yang menjadi akhbar sisipan Mingguan Malaysia.

Post a Comment

Komen saja.. bkn spam :)