Thursday, November 04, 2010

What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

Sejak kebelakangan ni kalau aku pegi jalan2 blog memang sukar nak jumpa blog yang betul2 buat aku jatuh cinta sampai siku gatal klik follow. Serius bhai kalau bukan sebab widget berat berkati-kati babi dah tentunya content pulak yang pointless atau i've seen/read it elsewhere.

but shit today aku nak bising tentu pasal content la. Kenapa susah sangat nak tulis benda original sikit? tapi 'these people' cari jalan mudah dengan copy paste dari email or worst dari web/blog lain just to make sure blog depa sentiasa updated dan berada atas blogroll orang lain. sekarang pulak trend "sharing" dari facebook. nampak benda best ja, share. benda yang kunun hawt, share.


aku pun copy paste jugak. i'm not perfect. tapi takkan la sampai setiap entri keluaq semuanya benda share ja. tak membina sungguh.

yang pelik tu dah kontent xoriginal sanggup pulak blogwalk sampai juta2 blog demi menyesakkan trafik masuk balik. sanggup jadi pengkomen terbanyak kat blog2 lain demi memancing orang lain mengkomen balik dan sapok hang punya entri copy paste. apa neraka attitude macam ni? jangan mengaku hang blogging la. menjatuhkan qualiti blog semalaya ja bila hang punya effort takat CTRL+A, CTRL+C, CTRL+V, Publish.

tapi hang jangan salah anggap pulak. blog-blog copy paste memang banyak followers. sebab? less time on writing, more to jaja-ing sana sini. then tahap followers sendiri la. kalau tengok kat malassia ni memang cam ada identiti la para blogger semua lebih suka blog2 santai dari blog2 kena guna lebihan otak yang tersimpan lama. alah, kalau komen pun setakat
haha...
ye ker...
oh begitu..
saya setuju..

lepas tu kena ada link back, jom baca entri saya pula di bla bla.

sometimes kan, hang boleh tengok jugak, some of 'these people' ada jugak buat entri original sikit sebab tak mau kena cop plagiarize tapi tak sedar telah meniru idea untuk buat entri pulak. misalkan la, blog encik A ni hari ni cerita pasal cara cara nak recycle seluaq dalam tak basoh, dapat pulak komen dari pembaca sampai berjuta2 limau purut, terus si B bukak composer blog untuk buat entri seluaq dalam recycle dia jadi kontroversi kat opis. Man, bukannya nak kredit blog encik A sebab bagi ilham sampai tercetusnya kisah seluaq kontrovershit dia. Bangga pulak tu konon dah perah serebrum la nak bagi blog updated.

stop la wei. kalau hang berblog sebab nak duit nuffnang yang berapa det tu tak payahla. hang mungkin tak rugi tak dapat pembaca cerewet macam aku tapi hang punya blog selama-lamanya orang kenal sebagai pengkopipes/penshare terulung. like, eh blog dia update lagi lah, apa ye benda dia copy lagi kali ni ah? cuba sebulan hang xupdate, hah sebulan la tak dak sapa hingin nak pegi berak kat blog hang.

hang rasa la pasaipa kan, attitude orang kita macam ni? suka kiddie blogs dan penuh aksi 1FG (follow ganas untuk kanak2 bermula umur 1 tahun)? ai polo yu, yu polo ai bek? aku penah tengok la blog budak 13 tahun dengan blog orang tua. tak banyak beza. copy paste ja penuh. apa susah2 hang buat blog? kan lebih senang hang bukak tab "notes" dalam facebook hang ja lepas tu tag la ramai kawan suh baca. ops lupa lak xdak "buffered earning nuffnang" kalau gitu.

but anyway. aku sudah berbulan jatuh cinta dengan satu blog ni. Rasa hang pun tau blog apa. Sehari aku xbukak macam 3 hari tak cuci gigi. Berkerak ja makan laksa pun rasa paprix.

Comment


Comments (17)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hai encik tupai... marah sgt nmpk yer...
1 reply · active less than 1 minute ago
Wow... Rage mode [ON] lagi ek tupai...
mmg stuju stgh blog kita baca tajuk ja dah blh agak apa yg ter'content' kt dlm, sbb dah baca kt email or elsewhere hehe...
My recent post Transformers - New Comers
1 reply · active 751 weeks ago
jgn mrh2 naaa...:D

blog mana tu yg x leh tggai tu??share la..nk bukak jugak:D
1 reply · active 751 weeks ago
huhu...tegas bunyinya...tapi itula yang berlaku kan...paste semata-mata nak update.tapi saya sndri akui...dri sndri pn kdg2 buat mcm tu jgk..cma yang btul2 informative je la..huhu
My recent post Congratulation!
1 reply · active 751 weeks ago
aku pon malas nak ckp..nanti ada jgk yg melenting..psl mmg byk blog yg simply kopi dan pasta tanpa edit sikit pon..at least sertakan la pendapat skali sblm nk paste tu..

trafik pnya psl..tah pape la yg dia paste kat blog..ish2..
My recent post Clever Edisi Malaysia Gempakkan Hari Ahad Aku!!
1 reply · active 751 weeks ago
xheran la skang ni...mmg cm gitu pun..$$$ boleh carik tp yg penting ikhlas tu nak carik pun payah...sabo je laaaa
1 reply · active 750 weeks ago
haa. tu laa pasal. memang sekarang style copy-paste ke? ketandusan idea nak buat ayat sendiri?

ada entry pernah diplagiat oleh kawan sendiri. huu. sedih gak bila tahu.
My recent post hari pertama cuti sem
1 reply · active less than 1 minute ago
Yeah hati tupaii..ko memang berhati tupai..aku ingat aku sorang je rasa macam ni.. satu lagi..sekarang ni trend mcam ni pulak. hari paper keluar pasal Nabil..nah, semua blog2 ni nak buat cerita pasal nabil. 10 blog yang bukak, 5 cerita dari sumber yang sama (OhArtis, Ohbulan, BeatifulNara bla bla bla), 3 pulak ambik dari paper, lagi 2 akan buat OK,KLIK DI SINI..

Inilah 'blogger' namanya..

HAHAHA..

My recent post Tips untuk mengelakkan motor hilang
heh. blogger mcm tu mmg annoying. nak kopipes entri ni la hahaa. xdala. dats why me jarang blogwalk ni. byk sgt sampah2. bek blogwalk dkt blog kwn yang dah dikenal mcm hati tupai ni. at least tau jugak kualiti entri. not all blog worth reading. including mine. hahah.

WHATEVER XD
My recent post Insomnia
1 reply · active 743 weeks ago

Post a new comment

Comments by