• » Last Update Was 9 months ago With : Ayah..

Friday, October 29, 2010

Akibat Tak Blogwalk

Paling last entri aku 15 Oct. Hari ni dah 29hb. Wow gila pemalas dua menggu xupdate.

Bukan pa. Selalu sangat update pun xguna jugak, sebab takdak benda nak cerita. Dan kalau nak cerita pun, hal personal bukan jadi pilihan utama. Aku lebih suka buat entri yang perlu diolah dan sedikit research walaupun bukan fakta, contohnya previous entri : Cara-cara Nak Jadi Kera Sumbang. Aku sedikit sakastik kat situ, ala-ala ketika jadi editor zine Confidential dulu. Tapi ye lah. Wrong targeted readers, entri hanya akan jadi hiasan.

Tapi semua ni salah aku jugak. Beberapa bulan lepas, entri-entri aku dapatlah cecah 40+ komen. Sekarang ni nak dapat satu pun payah. Apa silapnya?

Jawapannya : Aku tak lagi blogwalking.

Bukan sebab pemalas sangat la. Rajin tu ada tapi kekurangan masa sejak jadi mama. Pulak tu kalau aku pi menziarah blog orang, aku hanya tinggal komen kat shoutbox depa ja. Entri aku cuma baca tapi tak tinggal apa-apa komen. At least aku ni baik jugak la sanggup baca entri dari sesetengah orang tu tak baca langsung. Haks.

Jadi, what you give, you get back. Aku xziarah orang, orang takkan ziarah aku. Terimalah seadanya. Huu.


Dan yang paling sedih bila tengok alexa aku yang dari 800k+ terus sekarang mencorot ke 2juta+. Dari tak best jadi sungguh tak best.

Mungkinkah blog ni akan terkubur ja?