Ingat senang ka nak mengerasumbangkan diri? Susah oi. Perlukan dedikasi dan kesabaran melampau ok. Sedangkan di waktu rumaja saiya sangat gemar berkawan dengan ramai orang kerana profession saiya adalah badut jadian.
Namun sekarang segalanya dah berubah. Aku cuma jadi badut Nisa saja. Kalau berdepan dengan orang lain selain M+FIL, Encik Hasben, Nisa, Bibip, penyakit yang serang saraf self esteem aku muncul mendadak. Muka jadi tebai (memang tebai pun lani), mulut pun keluaq ayat gagap-gagap dan ayat2 bodoh macam2 dan pitching suara pun turun beberapa semiton ke bawah.
Memang tak senang nak jadi kera/gorilla sumbang macam aku. Tapi kalau nak, ini cara-caranya :
1) Jangan balas sms
Sebab takdak sms pun sebenarnya dari kawan-kawan real life. So untuk apa nak tekan REPLY? Gila kot? Susah2 sangat jangan topap hempon. Therefore takdak la rasa bersalah pun kalau tak reply sms2 forward kan. Susah sebenarnya kalau dulu hangpa rajin sms kawan2 tanya khabar dan tak dibalas, so sekarang kenalah rajin tak sms lagi. Aik?
2) Jangan komen (online)
Kat facebook? Memang tak payah. Tak payah reply komen, tak payah ke wall kawan2 wish besdei (weh besdei hangpa ada ka depa ingat?), tak payah upload gambaq diri, tak payah apa. Buat cam aku : kalau login facebook semata2 start shift game Hotel City ja. Cafeworld aku quit - too slow loading, too many annoying requests dari orang2 tak paham bahasa. Hehe, add omputeh jadi jiran, kompomla tak paham bahasa kan!
Bonus : Untuk enhance kesukaran hangpa online, sila baling hempon mahal yang dapat menyara 10 buah keluarga miskin hangpa tu dan gantikan dengan hempon bawah rm100 yang dibeli dari tesco. Serius, cuma boleh hiburkan diri dengan ringtones mono default yang ada saja :). No need stupid mms, mp3s, gprs, wap, haba, hawa dll.
3) Tak payah update blog.
Ni optional actually. Untuk say no to blogging bagi orang2 yang suka blogging adalah satu penyeksaan jiwa raga dan basket. But advisable la untuk privatekan blog as there are nobody to read it anyway. Syok sendiri sial.
4) Dok diam2 dalam rumah. Jangan rabung sangat dengan jiran tetangga.
Disadvantage untuk tips ni, kalau jiran sama2 jiran bergaduh, hangpa tak dapat nak tumpang sekaki. Apatah lagi nak duduk bersidai ramai2 menganyam ketupat untuk mengutuk makhluk2 lain yang kera sumbang seperti aku si tupai sumbang. Rugi la kan.
5) Sila layan TV3
Tengok dan hayatilah siri Bersamamu. Sama2lah mendukakan hati tengok penderitaan orang lain. Lepas tu baru boleh layan siri Jalan2 Cari Makan dan tengok mulut Maria Tunku Sabri / Serina mengunyah makanan2 atas dua puluh ringgit sembilan posen (really i hate the way they said the word posen).
6) Jangan jaga kesihatan diri.
Touching okey. Nobody cares about you anymore so you should do the same. Sila jangan tidur lebih dari 4 (empat) jam sehari, jangan eksesais demi memelihara lemak2 tersayang, jangan makan makanan seimbang, minum ayaq ais banyak2 terutamanya ketika dalam pantang, sila emo setiap masa dan sila kecik hati selalu. Eh samalah tu.
Ini saja tips aku buleh bagi. Nak kongsi banyak2 pun tak boleh (kedekut ilmu), sebab nanti terbongkar strategi rahsia aku mengekalkan status unggul sebagai kera/gorilla/tupai sumbang yang emo.
Nak diikutkan aku menceburi bidang ni sejak tahun 2005 lagi setelah jiwa aku dihancurkan. Ahah. Ayat bungew la pulak. Kalau hangpa nak tau lagi, sila tanya di bawah. Insyaallah aku akan cuba membantu. Tu pun kalau aku nak.