• » Last Update Was 5 months ago With : Ayah..

Saturday, July 30, 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 1432H / 2011M

Pada tahun 2011, tarikh 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu hari Isnin dan hari Raya Aidilfitri pula bakal disambut pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa. berikut adalah senarai penuh jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk tahun 2011M bersamaan 1432H bagi kawasan seluruh Malaysia.


Monday, July 25, 2011

Baru Tau Pasaipa Kan..

Pasaipa Tupai Karan tak aktif dalam group tu.
Bila group tu bukak, aku org first yang post entri.
Bila ada conference, tak pernahnya muka aku ada.
Bila mai assignment, aku org first yang submit report (tapi bukan semua assignment la, yang kena buat banner tu)

Pasaipa blog aku sendiri makin terabai.
Bila group tu mula, aku kena buat semua sorang-sorang. Tension pressure frust emo dan sebagainya.
Aku promotekan blog-blog lain dan belakangkan blog aku sendiri.


Thursday, July 21, 2011

MOTW : Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969)

Memang best tengok Paul Newman dengan Robert Redford bergabung dalam cerita koboi ni. Kerja nak menyamun aja. Filem ni aku pernah beli VCD-DVD dan latest Blu-Ray. Rasanya kat Mudah ada jual kot Piring Hitam OST filem ni. Antara dua hero ni, aku lagi minat kat Robert Redford sebab Michael Hui (Filem Hong Kong Front Page-1997) kata mata dia nampak ikhlas.


Tuesday, July 19, 2011

VOTW : Cahaya Projector Yang Mesmerising

Slalu kita tau projektor untuk tengok gambaq kat dinding ataupun untuk presentation document je. Tapi banyak lagi sebenaqnya kegunaan projektor ni. Salah satunya untuk tayangan ilusi skala besaq macam di Ukraine ni :


Pergh gila! Hangpa tak nak buat camni ke kat flat umah ke? Standby peruntukan nak bayaq duit karan nanti ye.. Kalau aku, aku nak design tayangan hantu ja bg jiran-jiran yang kaki meroyan semua takut dan pindah. Ok?


Sunday, July 17, 2011

ROTW : Pelakon Pembunuh Disatukan Dalam Expendables

Expandables (2010) menyatukan pelakon-pelakon top dan fehmes dgn watak aksi sebelum ni. Bila aku first tengok muvie ni, aku hanya terbayang satu saja : "Gila nak bayaq gaji depa ni!". Kalau ikut jalan cerita tak dak la luarbiasa pun.

So kalau dikumpul jumlah 'watak' terbunuh/dibunuh oleh pelakon-pelakon ni dari semua movie depa sebelum ni, maka inilah hasilnya : (Klik gambaq untuk zoom +/-)


Friday, July 15, 2011

Update Location Di Facebook : Where's The Fun

I just love to stalk my friends' status updates. Eh, observe la. Observe. One thing that's so obvious is friends updating WHERE they are.

Just that I kenot brain where's the fun in doing so?

"Hey it's not about fun whatnot, it's about informing my friends where I am so if anything happen etc they know how to reach me"

Yeah?

So, if I ever need to meet/talk with you, I have to skim aaaalll the way through your facebook profile just to know HOW AND WHERE TO REACH YOU?


Thursday, July 14, 2011

MOTW : The Italian Job (1969)

"You were only supposed to blow the bloody doors off!"

Hahaha... memang lawak scene ni... Sepatutnya pintu belakang van aja yang meletop tapi budak tu silap boh bom sampai berkecai semua. Memang ada unsur realistik sbb memang akan berlaku kegagalan masa tengah dok ujikaji.


Tuesday, July 12, 2011

VOTW : Keluaq Asap Dari Telinga

Skill yang rare dan bahaya. Isap rokok dan keluarkan asap dari telinga. Hangpa boleh buat macam mamat ni? Tak punya. So, nak cuba?


Salute lah kalau hangpa boleh buat jugak. Amalkan selalu ya untuk panjang umur :)


Monday, July 11, 2011

Equatorial Penang, Executive Wing

Apalah tajuk cam hagham. Cerita tak banyak, hari tu stay dgn budak kecik dan bapak budak kat Equatorial Bukit Jambul, Penang, executive wing selama sehari je. Just that aku suka design bilik-bilik hotel ni so aku pindahkan dlm bentuk pelan 3D. This time bentuk kreatip tak empat segi kotak macam design aku selalu hee.

Perabot semua guna yang default dok ada kat dashboard aku ni. Tapi memang hampir sama cam real punya la. Notice the balcony yang menyenget dan bersambung dengan bilik sebelah. Agak confusing jugak aku memula nk conteng pelan ni kat kertas utk di3Dkan kat umah bila ada internet koneksyun.



Sunday, July 10, 2011

ROTW : Bila Manusia Malas...

Manusia memang tak boleh lari dari sifat malas. Tapi yang bestnya kemalasan jugak boleh wujudkan kreativiti terpendam yang ohsum. Check these out : 

Tak boleh blame dia, kalau badan aku seberat tu, aku jugak tak larat


Friday, July 08, 2011

Gabungan Wajah Lisa Surihani dengan Diana Danielle

Teringin pulak aku nak tengok muka dua artis ni dimorphkan. Dulu rajin gak melagho gabung-gabung muka kat website MorphThing. Kalau hangpa nak trai gak pun boleh. 

Memula upload dulu gambaq yang hangpa nak, kalau buleh muka biaq clear so senang nak cari titik-titik penting macam aku prepare ni :


Untuk gambaq kedua pun buat yang sama jugak.


Lepas dah ready, boleh klik Morph dan terhasillah satu wajah baru yang dikacuk :


Thursday, July 07, 2011

MOTW : DIRTY HARRY (QUINTOLOGY) 1971-1988

'Do I feel lucky?' Well, do ya, punk?

Hahaha... Entah berapa kali dah aku beli siri filem Dirty Harry. Daripada tape video (VHS), VCD, DVD dan latest Blu-Ray. Mungkin pasni Box-Set kut. Hopefully aku akan terjumpa jugak versi Laser-Disc atau dapat Vinyl OST. Memang tak jemu-jemu aku beli dan layan filem ni.


Sebab utama tak lain tak bukan - Clint Eastwood sendiri. Atok ni memang antara hero faveret aku sebab kebanyakkan watak hero yang dia pegang bukanla jenis lembek dan asyik nak beromen. Aku rasa The Dead Pool adalah yang the best filem Dirty Harry bagi aku. 1st sebab ada Jim Carrey as super-rocker yang miming lagu Welcome To The Jungle dan the best part ada cameo appearance semua line-up GNR.

Kalau nak kira jalan cerita memang semua sama cuma penyangak aja berbeza.


Tuesday, July 05, 2011

VOTW : Iklan Kreatif LG Optimus

Aku suka tengok video advertisement yang kreatif macam ni. Hanya dengan teknik stop motion, semuanya kelihatan "hidup".


Still, aku masih guna henpon bodo cabuk harga kurang RM 80. Hilang/rosak pun tak payah sampai meroyan.


Monday, July 04, 2011

2 Floors View

Hari ni aku nak tambah arkib pelan rumah dalam blog ni. Kalau ditengok dari pelan-pelan yang sebelum ni semua view setingkat saja tapi this time aku prebiukan dua tingkat pulak.

Design masih sama, pat segi macam kotak ja, takde kreatip-kreatip. Khas untuk golongan sederhana kalau teringin nak buat rumah sendiri. Tak complex sangat. However, untuk bagi hangpa paham pandangan rumah ni, aku remove semua outline dinding luar. Macam keratan rentas la.

LEGEND :-
A : pandangan depan
C : pandangan belakang
B & D : pandangan tepi

Dari gambar di atas agak mengelirukan. So ini pandangan 3Dnye :