Monday, July 25, 2011

Baru Tau Pasaipa Kan..

Pasaipa Tupai Karan tak aktif dalam group tu.
Bila group tu bukak, aku org first yang post entri.
Bila ada conference, tak pernahnya muka aku ada.
Bila mai assignment, aku org first yang submit report (tapi bukan semua assignment la, yang kena buat banner tu)

Pasaipa blog aku sendiri makin terabai.
Bila group tu mula, aku kena buat semua sorang-sorang. Tension pressure frust emo dan sebagainya.
Aku promotekan blog-blog lain dan belakangkan blog aku sendiri.

Pasaipa motivasi aku menurun.
Serius aku tak dapat duit banyak pun dari group tu. Aku amek domain duit sendiri. Sekadar letak nuffnang, ingat berapa sangat yang aku dapat?

Yang lain aku buat free. Aku hanya harap diorang aktif, maka penat lelah aku berbaloi. Macam-macam projek aku buat untuk bantu diorang rapat sesama sendiri, tapi aku sendiri tertinggal tak dak sapa sudi amek tau. Alih-alih lepas dah join, sorang, sorang tarik diri dengan alasan 'TAK DAPAT NAK AKTIF, ADA BANYAK KOMITMEN'. Nape tak bagitau saja yang group tu tak menepati matlamat hangpa nak tarik trafik gila punya banyak?

Dan selama nak dekat setahun ni aku tak reveal aku ni sapa. Aku janji aku akan bagitau siapa di sebalik nama 'admin' tu. Aku tak menggila nak ajak diorang nak mai blog hatitupai ni dari awal-awal. Aku cuba setarafkan Tupai Karan sama dengan diorang, giliran sama rata, promosi sama rata. Sebagai admin, aku sendiri pernah mengelak bila ditanya apa blog aku, aku akan jawab 'Tak payah tengok, blog hanya buat geli2 baca sendiri saja'. Even blogwalking pun aku tak gunakan nama Tupai Karan, aku akan guna nama admin group tu supaya pembaca pi sana dan baca entri diorang dan visit blog diorang.

Tapi bukan blog aku sendiri sebab aku takdak masa untuk buat entri kat blog group tu atas nama Tupai Karan.

See, aku gila trafik lagi ka?

Banyak dah alasan, aku pun muak nak reply dengan penuh sopan santun lagi.
Sapa kenal aku mesti tau cara aku bercakap. Tapi dengan group ni aku buang banyak ego nak jaga hati diorang. Aku guna bahasa rasmi dan skema. Even lepas ada yang beksteb aku, yang blah dengan alasan koman, aku akan jaga tertib bahasa aku.

Serius aku keciwa.

Aku bukan keciwa sebab blog aku sendiri tak manipulate trafik dari group tu. Itu bukan tujuan aku buat group tu. Tapi aku keciwa diorang sendiri tak nak bantu aktifkan group tu. Semua tunggu nak aku suap saja. Mana boleh tahan. Sekurang-kurangnya diorang sendiri organize plan blogwalking ka camna ka, ringan la sikit otak aku. Diorang nak group/network aktif, diorang pun kena usaha sama.

Serius aku jugak terkedu.
Bila diorang tak kenal siapa aku yang sebenarnya, banyak 'kutukan' yang tak sedap aku yang mengadminkan group tu terima. Tupai Karan gila trafik la. Tupai Karan belagak la. Tupai Karan tak ngam la. Tupai Karan jeles dengan blogger iframe la. Waffak?
Namun pada masa yang sama, diorang juga ada yang 'sayaaang admin, kami sapot admin'. Adeh.. if only they know the person they hate is the same person with anonymous admin ni.

Tapi aku tak kecik ati. Memang patut diorang ada tanggapan negatif kat blogger nama Tupai Karan. Tupai Karan jarang post entri dan jarang sapot entri diorang. Malah tak blogwalking pun.

Trust me, it's not easy nak tukar2 identiti kejap jadi admin, kejap jadi Tupai Karan. So sebab tu aku hanya login blogger sebagai admin, bukak YM pun sebagai admin. Nak logout tukar profile cuma sekali dua dalam seminggu.

Tapi aku masih sayangkan diorang.
Masih ada yang loyal dengan group tu. Malah ada yang lately mula ambil berat dengan 'admin yang emo perasan kacak' ni. Aku berjanji nak up-kan balik semangat diorang.

Now that you know who i am, believe me, aku reveal identiti bukan sebab nak trafik. Kalau aku gila trafik, aku akan guna kuasa admin aku tu awal-awal lagi. Aku reveal identiti jugak sebab nak diorang tau aku ni perempuan, bukan lelaki seperti yang disangkakan. Semua management group tu aku yang buat, hanya dengan bantuan microsoft frontpage (untuk buat tables etc), notepad (untuk taip bende2), macromedia dreamweaver (untuk images). Segala html, xml dan coding-coding lain semuanya dari komputer bangang aku ni. Tiada bantuan dari sesapa. Aku bukan blogger perempuan biasa. Aku lebih gemar bab-bab perancangan semua ni yang lebih kepada 'belakang tapir' saja. Again, aku reveal ni bukan sebab aku nak diorang amaze dan kagum gile la sama lu tupai, tapi hanyalah 'please do not underestimate me'.

Yang aku mintak bukanlah komitmen yang gila-gila dari diorang. Aku ada timbang rasa lagi. Aku tau diorang pun bz. Macam aku sendiri bz jaga anak yang mula besar dan membuas ni (tapi masih jugak boleh luang masa menggedik manage group tu hahahaha haha ha). Cukuplah diorang dua minggu sekali jenguk group tu dari biar aku tertanya-tanya pasaipa diorang 'cong' aku kata takdak masa blogging tapi bila aku jenguk blog diorang sentiasa berupdate, twitter pun aktip. Takpa sila la cong aku banyak-banyak sebagai menghargai penat lelah aku.

Dengan ini, sekali lagi aku 'bercuti' dari @hatitupai selama sebulan lagi untuk bagi laluan kepada planning baru mengaktipkan group tu. Memang aku tak boleh stop dari projek-projek baru. Aku akan cuba give the best and original. Yang tinggal lepas ni hanyalah kerjasama dari diorang sendiri. Kalau diorang 'sayangkan admin' lama, bantulah. Admin tidak gila trafik dan gila duit. Admin nak bagi peluang sama rata sebab ini bukan admin kuku besi.