• » Last Update Was 4 months ago With : Ayah..

Thursday, September 18, 2008

~ORANG MALAYSIA TAK RETI DOK UMAH BERTINGKAT KA?

Malang sungguh untuk hangpa2 yang mana atas rumah hangpa ada rumah orang lain. Dan malang jugak kat orang2 yang duduk setingkat bawah rumah hangpa. Takpe, jangan sedih. Kita sama2 berkongsi kemalangan ni. Haha..kemalangan..pecah perut aku aih..

Mana taknya. Tiap kali saluran ayaq tersumbat, sapa jadi mangsa? Orang tingkat bawah. Ayaq naik penuh rumah. Sapa mangsa? Orang tingkat bawah. Hangpa ketuk cabai kat lesung batu, boleh la dengaq sampai tiga pat blok lagi. Sapa mangsa? Orang tingkat bawah. Hangpa tarik kerusi meja (buat dari batu ke hape??????!!), sapa mangsa? Anak hangpa ada penyakit untut (kaki gajah) berlari dalam umah, sapa mangsa? Hangpa memanglah ceria melihat anak2 kesayangan hangpa bermain dengan gembira dan jayanya. Sapa mangsa? Hangpa sidai baju tak perah dulu, sapa mangsa? Hangpa buang sampah keluaq tingkap, sapa mangsa?

Jawapannya sama. Sapa dok tingkat bawah, dia yang merasa.

Dan malang sungguh untuk aku sebab tulih citer ni lagi. Sakos kan. Sebab ***** yg duduk atas umah aku bukan baca pun natang ni. Siot sekeluarga yang dok atas umah mak aku pun bukan baca benda ni.

Umah ataih tanah? Huih.. sama gak masalah problem.. Tambah yang tak dak pagaq. Malangnya kita orang2 Malaysia ni. Gempa bumi, gunung berapi, topan semua kena sipi2 tapi bencana alam yang ni memang tak boleh nak elak. Jadi jawapannya sekarang, KITA TAK BERTUAH.

illiterates!