• » Last Update Was 9 months ago With : Ayah..

Thursday, April 30, 2009

~A DAY WITHOUT COMPUTER?

Definitely impossible. Kenapa kena guna komputer setiap hari? Kenapa kena connect dengan internet setiap hari?

Why, tak bolehkah kita jauhkan diri dari 2 benda tuh? Daripada berpinau bijik mata ngadap skrin dari pagi sampai malam or dari mlm smpai pagi (khusus utk nocturnal cam aku ;p) kan bes kalau dapat cuci mata ngan pemandangan alam semulajadi?

Go out. Pergi bersukan. Pi jumpa kawan2, lepak minum sembang kosong gelak ketawa tepuk tampar..err.. Ataupun kwaq deting ngan orang tersayang hirup udara segar, bawak anak-anak enjoy kat taman permainan.

Bila malam, sama-sama dok depan tv layan gambaq PRamlee ke, dokumentari ke.

Naper kita jadi hamba komputer? Nak kira kena guna kakeleter dalam pc, nak cari makna perkataan guna gugel, nak bersembang ngan kawan2 guna wai em / skaip. Even nak catat nota besaq teik idong pun kena on pc taip kat notepad/word.

Susah gile. Agaknya kalau bakang umah aku ada taman cam gambaq kat bawah ni, layannn je ;)



Saturday, April 25, 2009

~GILO PONEK DEN

Template bertukar utk kali kedua.. Hasil terpengaruh melihat byk blog yg aku polo bertukar wajah. Aku penat.. Streamyx lembab. Travian satu klik lepas 2 menet baru ada ifek. Panas lg.

Mmg cilako semua templates2 free ni kena ejas gak coding2 nak bagi ngam2. Sungguh penat lah saya. Isok aku sambung lg mengejas. Loading page ni taktau la kat tempat hangpa camne.. slow ka laju ka.. sini cam syaitonnn.. pam2 je lew...


Friday, April 24, 2009

~SKILLS I'LL NEVER HAVE

Bertuah la kalau kita membesar dengan talent2 yg ketara boleh dijadikan bidang cari makan. Slalu orang kata, 'ceh, anak orang kaya, mestilah mampu', tak jugak kan.. Bergantung la dengan dorongan keluarga tu, kalau dari kecik da dapat detect anak ada bakat, takkan nak sia-siakan? Tapi susah la bila seseorang tu kita nampak ada bakat, cuma orang lain yg dekat dengan dia mensia-siakan kebolehannya.. Isk3.. Kita leh wat pe lagi kalau empunya diri pun takde inisiatip nak pertajam skills?

Sebut pasal skill, ni entri mengenai 4 skills2 yg aku tingin nak ada, tapi takkan leh ada, semuanya berkait ngan tangan...

SKILL 1 : MAKSIM & PIANONYA

Dah lama teringin nak tengok video Flight of The Bumblebee (mengikut nota original Rachmaninoff) dipostkan dalam Youtube. Akhirnya dapat yang ni, Maksim. Baru teringat yang nama Maksim ni pernah dikenali di Malaysia satu ketika dulu (maybe taim album 1st dia kot).

Lihatlah jari jemari dia yg "cam cipan" bak kata dd a.k.a. inhouse, alangkah bahagianya kalu aku leh memiliki kelajuan yg sama utk SKILL 4 di bawah.

Klik sini utk video Youtube Maksim main piano lagu Flight of The Bumblebee (original version). Harap bersabar tunggu loading & tengok la sampai abis.. Penat aku search wooo..
Ini bukan biola pakcik, piano.. Ooo pianoo.. pakcik baru tau!!

Info pasal Maksim kat sini

SKILL 2 : DAVID GARRETT & BIOLANYA

Seperti Maksim, dia ni pun membesar dengan bakat yang boleh dikira melampau. Dalam usianya yg under 30 pun dah byk tempat dia perform dengan byk orkestra2 besar. Memang aku tak kenal pun dia ni, tersearch pun melalut dari video Maksim tadi. Tapi sekali pandang je aku dah terpesona, bukan sebab skillnya tapi rupenye ;p.. Skali pandang ala-ala Kurt Cobain pun ada. Cisss.. melampau sungguh kelebihan yg dia ada..

Klik sini utk video Youtube David Garrett memecahkan guiness record dengan menggesek biola bernilai jutaan dolarnya tu di bawah masa 1 menet.

Klik sini kalau nak tengok David Garrett yg bertocang dan muka iras2 Kurt. Sila tengok sampai abis sebab aku penat search.

Info pasal David Garrett kat sini.

SKILL 3 : GREG PATILLO & FLUTENYA

Satu instrument muzik yang tak abis aku belajar ialah flute. Rasanya skang kalau dapat pegang sebatang..er.. flute kat tangan aku pun mungkin hanya satu dua note je yang aku dpt ingat. Yang lain-lain dah berkubur sejak aku berenti 12 tahun lepas.. Waa.. rindunye..

Klik sini utk video Greg Patillo tiup flute lagu tema mario. Untuk hangpa yang ah-seng dengan flute memang akan gelak bila tengok cara dia tiup, tapi kalau yang da pernah tengok memang terpegun jugak la sebab skill tiup dia yang pelbagai ni. Siap ngan rentak backup lagi tu. Gilo ko apo. Sama gak, tolong tengok sampai abes.

SKILL 4 : TEKKEN

Walaupun tekken ni cumalah game saja, tapi untuk diehards tekken mesti faham bila aku katakan game ni juga memerlukan skill yang tinggi (dan kadang2 luck jugak!). Macam2 karenah manusia boleh hangpa jumpa kalau selalu berkunjung melebur duit di arcades.

Klik sini utk tengok aku test machine Tekken 6 waktu baru keluar. Yang character pempuan (Nina Williams) tu aku pilih, dan opponent aku, hmm, buat sakit ati je kalu nak citer panjang. N00b yang poyo.. Hak3.. Tengok round 3 tu kat mana lifebar opponent aku dah tinggal sikit je, so dia kembali dengan sikap lama dia "MAIN TUNGGU".. Wekk..

Klik sini kalau nak tengok aku gedik2 Tekken 5 (amek Devil Jin) dengan Pakdin (dia amek Heihachi).

Klik sini plak utk video aku guna Kazuya dan Pakdin dengan Heihachinya. Nampak sangat Pakdin bagi chance kat aku.. ngeh3

Thanks to Pricon sebab dah upload video2 ni. Dapatlah aku tengok jugak betapa kekok & jakunnya aku tambah2 bila dapat peluang testing tekken versi baru ;)


Sunday, April 19, 2009

~FLAT SCREEN TV MURAH...

(Pemandangan Hadapan... Wow)
Kalu korang rasa mahai atau tak mampu beli flat screen tv hat nipis punya, hangpa blehla guna method mcm kat gambaq ni... k
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hakikatnya... (jangan bagi orang masuk bilik belakang)
..


Tuesday, April 14, 2009

~SAMPOERNA AVOLUTION

Menakjubkan... hehehe...

Macam tak caya ja tgk model baru SAMPOERNA A-VOLUTION. Apa tak nya, saiz kotak re-pack 16 batang baru ni lebih kurang hampir sama besar dengan kotak ubat Pil Chi Kit Teck Aun aja. Sebatang rokok dipadatkan menjadi saiz kecik (lebih kurang saiz rokok balut daun.


Dalam Kerajaan berusaha untuk meningkatkan kesedaran bahaya rokok ni, syarikat PT Sampoerna menjadi semakin kreatif dalam pembungkusan. Aku ada gak rasa nak berenti merokok bila tengok gambar-gambar kanser semua tu, tapi lain plak jadinya. Aku tertarik nak beli dan mengisap plak.

Kebimbangan aku bukanla terhadap kecenderungan korang untuk membeli dan mengisap rokok ni, tapi aku khuatir tertinggai kotak rokok kat kedai kopi atau mana-mana aja yang aku selalu lepak. Almaklumla, odd size.


~SKIM CEPAT KAYA

CITER PASAL SKIM CEPAT MISKIN LAGI..
tupaikaran.blogspot.com/2009/04/skim-cepat-kaya.html
Skim sebegini sentiasa ada, tapi muncul dengan cara berbeza. Sekarang dipromosi secara terbuka dan 'terang-terangan'. Mahukah hangpa merenungi ciri-ciri di bawah untuk mengelakkan diri daripada menjadi MANGSA?

- Orang-orang yang terlibat menyebarkan promosi depa melalui maklumat yang berciri-cirikan berikut:

1) Diletakkan testimoni beberapa orang yang kononnya telah berjaya dengan program yang depa tawarkan. Sapa yang kenal orang-orang ini? Contohnya dengan hanya meletakkan pengakuan dari Pn. Aida, En. Ahmad atau nama-nama lain lagi. Hangpa kenai? Hangpa boleh hubungi depa untuk mengesahkan kejayaan depa? TIDAK!

2) Diletakkan potongan akhbar mengenai kejayaan program depa berjaya mengubah kehidupan ramai orang. Hangpa tengok sendirilah dari akhbar mana petikan berikut. Harian Metro? Berita Harian? News Straits Time? TIDAK! Tetapi dari akhbar tabloid seperti SELEKSI, PERDANA, dan entah apa-apa nama lagi. Semuanya tidak mempunyai kredibiliti kukuh. Pernah ke hangpa teliti isi kandungan akhbar-akhbar sebegini? Penuh dengan kisah tahyul, seks dan pelbagai cara untuk menjadi KAYA TANPA BERUSAHA GIGIH. Dan tahukah hangpa bahawa sekarang proses untuk melahirkan penerbitan bernama AKHBAR tidaklah sesusah mana? Jadi tidak mustahil depa bekerja dengan banyak cara untuk mempengaruhi hangpa.

3) Diletakkan bahawa formula yang depa tawarkan datang dari kajian seseorang berpangkat Doktor atau lain-lain. Tapi hangpa kenalkah siapa Dr. tersebut? Apa sumbangannya kepada masyarakat sebelum ini?

4) Diletakkan gambar orang-orang yang 'berjaya' bersama-sama hasil kejayaan depa seperti sebuah rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Tetapi bolehkah hangpa mengesahkannya? Sedangkan sehelai kertas bernama WANG pun dicetak palsu inikan pula gambar yang tidak membawa apa-apa makna kepada hangpa. (Terlalu fani bila satu gambar rumah mewah disalahguna oleh beberapa orang yang mengaku rumah tu rumah depa. Ajaib kan persamaan gambaq2 tu)

5) Secara berani depa bersungguh-sungguh mencetak ayat-ayat promosi agar hangpa menyertai depa tetapi kemudiannya depa menambah bahawa depa sebenarnya tidak memaksa hangpa, depa tidak rugi sedikitpun kalau hangpa tak percaya.

6) Dicetak juga bahawa depa bukan menjalankan skim cepat kaya tetapi hangpa lihat sendiri bagaimana depa mempengaruhi hangpa dengan janji-janji yang hangpa akan mendapat misalnya RM10,000 atau ratusan ribu dalam masa tak beberapa bulan. LOGIK ATAU TIDAK? hangpa fikirkan sendiri gaji menteri dan bandingkan dengan tawaran depa ini.

7) depa akan memancing hangpa agar memikirkan kesusahan hidup hangpa, misalannya menyebut tentang kepayahan hangpa tinggal di rumah sempit, belanja anak-anak, kerja 12jam sehari dan lain-lain. Secara halusnya depa mempengaruhi hangpa menyertai depa agar kesempitan hidup hangpa dapat diatasi. konon la.

8) Secara umumnya depa akan menggolongkan hangpa yang tidak mahu meyertai depa sebagai melepaskan peluang kerana hangpa beranggapan bahawa hangpa sekarang dalam 'zon selesa'. Hangpa buat la rumusan sendiri. Adakah skim depa akan bawak hangpa keluaq dari kesempitan hidup hangpa? Atau adakah hangpa sebagai PENYAMBUNG RANTAIAN peserta-peserta depa yang terdahulu menambahkan harta benda dan kekayaan depa? Dan fikirlah sendiri DARI MANA datangnya duit ratusan ribu yang depa janjikan kepada setiap seorang peserta depa. Tak lain tak bukan, dari hangpa dan masyarakat golongan biasa yang bertungkus lumus bekerja secara jujur dan halal.

Dan renungilah. hangpa tidak kenai depa malah tidak pernah melihat bukti yang depa sudah menjadi jutawan. Jika benar peserta depa sudah menjadi jutawan maka tentu kita boleh dengar dan baca sendiri dari media yang boleh dipercayai (RTM, TV3, suratkhabar-suratkhabar utama takpun CNN or BBC news..hak3) bahawa depa tersenarai sebagai jutawan di Malaysia. Ataupun
hangpa mendengar khidmat kekayaan depa kepada masyarakat, misalnya menubuhkan sebuah pusat menambah ilmu (bukan sekadar tadika ye, sebab modal membuka tadika tidak sebesar mana), atau menambah pengeluaran filem dalam negara, atau pusat untuk orang-orang memerlukan bantuan (miskin, cacat, anak yatim atau warga emas terbiar).

Jadi selepas ini diharapkan setiap kali hangpa melihat / membaca / mendengar akan PELUANG-PELUANG menambah pendapatan atau meningkatkan taraf hidup, fikirkan satu saja :


LOGIK ATAU TIDAK?


Siapa tak mahu kaya. Tapi biarlah LOGIK sikit, setuju tak? Tauke gula terkaya di Malaysia dulupun bekerja dan berusaha dari setingkat ke setingkat sebelum menjadi jutawan. Kalau kekayaan yang dijanjikan datangnya dalam jangkamasa pendek maka itulah SKIM CEPAT KAYA.

keyos_CT a.k.a. tupaikaran
from tupaikaran.blogspot.com


Monday, April 13, 2009

~ARAK DAN BABI

Dulu pernah aku bertanya pembaca² CONFIDENTIAL tentang 'hobi' kebanggaan anak muda kita sekarang ni.

Pertanyaan ni untuk orang melayu/Islam:
KALAU AYAQ ARAK TU DISAMAKAN DENGAN BABI, MASIH SUDIKAH HANGPA
MENYENTUHNYA??? Hehehe.

(taken from CONFIDENTIAL #8, 2002/03)
..
So tetiba plak teringat nak letak ilustrasi untuk pertanyaan tu :
..
Amacam? Ada commercial value tak??? Hak3..
..
TUNGGANG DENGAN CERMAT
Tafsiran orang biasa :
Menunggang motorsikal tu biarlah dengan selamat.
..
Tafsiran orang terlebih 'cerdik' :
Tunggang arak tu elok-elok jangan bagi tumpah, cermatlah sikit, jangan membazir !
..
(Also taken from CONFIDENTIAL #8 2002/03)
..


Sunday, April 12, 2009

~KOLEKSI PIRING HITAM

Aku mula minat simpan piring hitam atau nama omputehnya vinyl sejak tahun 2000. Aku sebenarnya terpedaya dengan sekeping piring hitam Alleycats 'Penyanyi' yang aku beli dengan harga RM 2.00 sekeping. Masa tu player dia (turntable) pun aku belum ada lagi. Tiba-tiba Encik Marimuthu (peniaga barang lusuh ropewalk) telah membuat tawaran hebat yang aku rasa rugi jugak kalu aku nak tolak. RM 30.00 untuk seratus keping vinyl (LP dan EP). Aku pun tanpa fikir lagi terus terima tawaran ni.

Sekarang ni aku dah ada dalam lebih kurang 1000 keping vinyls 7", 10" dan 12". Semua jenis vinyl aku rembat tak kira apapa jenis genre muzik. Dari rock, pop, dangdut, joget, punk, metal, grind, drama radio, hindi, tamil, mandarin, omputeh, sentimental, OST filem dan macam-macam lagi.

Turntable yang aku ada sekarang ni pun dah ada 4. Dari jenis single set, extra amp, portable dan next time aku nak beli jenis digital plak. Minat ni aku develop dari hari ke hari. Dari semata-mata membeli, mendengar dan lani aku bleh convert audio dari vinyl ke mp3.

Koleksi-koleksi yang paling aku sayang macam Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Jamal Abdillah, Allahyarham Sudirman, Search, Gersang dan banyak lagi. Ada jugak yang aku dah jual vinyl aku ni kat kawan-kawan yang kemaruk sangat nak simpan vinyl.

Rasa-rasanya ramai lagi yang sama minat dengan aku. Kalu ada sapa-sapa yang minatnya sama blehla contact aku via emel atau reply blog ni untuk kita sama-sama omong kosong ceta pasal keistimewaan vinyl ni..

^ portable turntable jenis Philips (bleh bwk berkelah) & turntable Kenwood untuk convert audio ^
..
^ vinyls yang selalu aku spin ^
..
^ vinyls yang aku standby untuk convert ^


Saturday, April 11, 2009

~HAPPY TO REVIEW YOUR BLOG

Antara kegemaran aku suatu ketika dulu ialah membuat review. Samada review zine, movies, cd/demos dan website. Semua ni aku sumbat dalam zine CONFIDENTIAL (2001-05).

Sekarang aku cuba nak mereview blog-blog yang aku lawati. Kalau hangpa nak ikuti review ini cuma klik saja link chapter review ini setiap kali singgah di sini, ok?

Untuk permulaan aku pilih dua blog berikut :

LIFE IS TOO SHORT TO BE ORDINARY...
Setelah lebih 10 tahun, ahirnya aku ketemu balik kawan waktu sekolah menengah aku, Faisal Admar dan blog dia yang aktif ni.
Kenapa aku katakan aktif? Sekurang-kurangnya akan ada satu entri baru dalam 2-3 hari sekali dalam blognya dan istimewanya dia menyajikan videoclip lagu setiap Isnin di bawah label Music Monday.
Blog ini dalam Bahasa Inggeris dan ketika review ini ditaip, dia mempunyai 123 followers! Orang glamour nih :)
Pageranknya ialah 3/10, so bertuah la hangpa kalau dia menyenaraikan blog hangpa dalam listingnya. Hehe.
Antara yang best (untuk aku le), semua update life dia akan dicatat disini, jadi kalau hangpa ni takde keje, bolehlah stalk Faisal Admar ni.. :p

ENVY ME
Ok, ini dah hyperaktif. Walaupun Ted baru start blogging, tapi tengok sajalah jumlah entri dia.. Banyak kan ;)
Ini sebab dia menggunakan masa lapangnya di ofis untuk menaip apa-apa saja yg terkini berlaku di sekitarnya dan dalam pemikirannya.
Banyak entri yang lucu-lucu yang boleh membuatkan hangpa tersenyum sorang-sorang. Memang sesuai dengan characternya seorang yang happy.
Waktu review ni ditulis dia sudahpun mempunyai 14 followers. Not bad, huh :)

Kalau hangpa mau blog hangpa direview?
Senang saja. Follow me dan listkan blog ini dalam blog hangpa, insyaAllah, I will write my review as soon as possible.

Until here. Addios :)


Thursday, April 09, 2009

~UNG-GALA-GALA-UNG

I remember this joke I heard around '95 if I'm not mistaken, waktu tu Form 2 laa, which goes like this :

One day a white foreigner visited an Orang Asli village, wanting to conquer that village and be their new leader.

But one small problem:- He does not know local language. So he found a translator to assist him communicate with the villagers.

He called for an assembly and started his speech:
"I came here to be your leader!"
His assistant translated to all villagers there. They cheered back:"Ung-Gala-Gala-ung!!!"
Hearing this, the foreigner thought, wow they like me.

"I promise I will end your hunger!"
His assistant translated to all villagers there.
They screamed back:"Ung-Gala-Gala-ung!!!"
Hearing this, the foreigner thought, wow they trust me.

"I will help to change this village to be a modern city!"
His assistant translated to all villagers there.
They screamed back:"Ung-Gala-Gala-ung!!!"
Hearing this, the foreigner thought, wow i am soooo damn good.

Later he decided to have a little walk around the village with his assistant. Enjoying the view, suddenly his assistant stopped him. He showed the foreigner that he was about 1 step behind a smelly cow-dung on the ground.

"Be careful sir, you don't want to step on an Ung-Gala-Gala-ung," the assistant said.

That night, before sleep, that foreigner kept thinking about the accident.
"Ung-Gala-Gala-ung?"
"Cow dung?"

His eyes popped open.

"Bullshit???"


~BACK PAIN FOREVER ;)

Cakap sal back pain ni ada la lebih kurang 9 tahun lebih aku menderita sakit ni. Asal berdiri sat pun dah rasa seksa. Asal bangun tidoq stiff je rasa bakang pinggang aku ni. Pun gitu, takder tindakan diambil..

Now, melarat lagi rasanya ke blakang dan depan tulang rusuk (ribcage). Gerak sikit je dengaq la kruuup kraap tapi semua internal, bukan bunyi letup2 cam kita kepak jari.

Waktu conference kat YM ngan sorang bakal doktor ni, heh, antara andaian yg dia bagi : herniated disk /+ slipped disk. Tapi apa yg aku tau ialah aku dah kronik sangat tapi sentiasa ada alasan/halangan (dari laki aku :P) utk bawak aku p jumpa doktot.

Aku sendiri plak dah serik ke spital kerajaan, tunggu 3-4jam untuk xray, lastly xsmpai 0.5saat doktor (ingat lagi nama dia, Nazirah Ibrahim) tu tengok result xray aku dan kata "takdak apa lah dik".

Disebabkan orang2 yang ada dalam life aku skang (kawan2, gamers etc) ingat aku ni exaggerate je dan tak paham bahasa BILA AKU NAK BEREHAT, so, jom kita tengok, sampai bila aku leh hidup dengan sakit2 yang "takdak pa" camni :)


Monday, April 06, 2009

~KITA LUPA...

At some points in our life kita akan bertembung dengan manusia yang slalu sangat cakap besar or menunjuk-nunjuk secara sengaja (sebab dah terbiasa) ataupun tak sedar (sebab dah slalu sangat bercakap tanpa berfikir)...

Contohnya
"Naper hari ni aku nampak macam hensem plak arr"
"Ye lah, kakak aku kan pensyarah universiti so aku pun tau la semua ni"
"Best per exercise ni.. Keluar peluh.. badan aku pun sihat"
"Erm.. aku kena blah balik dulu ni, takut terlambat solat plak"

Antara tujuannya cumalah satu.. agar orang yang dilawan bercakap ketika itu akan membalas :
"Ye la, kagumnye aku.."
"Fuyoo.. hang memang pandai la, teringin nak jadi macam hang"
"Respek la dengan hang sebab hang health concious.."
"Alim betul hang ni, mesti ramai teringin nak wat menantu"

Macam-macam bende sebenarnya boleh dijadikan modal untuk berlagak, tapi semua akan balik ke satu tujuan:- agar diminati, disukai ramai, disegani, dan direspek.

Inilah riak.. sifat tercela yang ada dalam hati kita. Kalau kita dah biasa dilambung tinggi-tinggi dengan sanjungan orang, semestinya yang akan kita nampak cumalah kita yang betul, tak gitu?

Maka, sama-samalah kita ingatkan balik apa makna riak ni...

Riak

Riak bermaksud mencari kedudukan di dalam hati manusia dengan cara menunjuk-nunjuk ciri sifat terpuji. Khalifah Ali bin Abi Talib menyebutkan bahawa tanda seseorang itu riak ada tiga: Pertama apabila keseorangan ia malas, kedua rajin jika dikhalayak ramai, ketiga maki giat dan rajin apabila dipuji.

Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa di antara umat Islam ini yg melakuka amalan akhirat( dengan tujuan) utk dunia, maka ia tidak ada kebahagiaan (kebaikan) baginya di akhirat."
(Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan oleh yg lain-lainnya sebagai hadith marfu')

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud:" sesiapa yg berhias dengan amalan akhirat padahal ia tidak mahukan akhirat itu dan tidak pula ia mencarinya, ia dilaknat di langit dan di bumi."
(riwayat oleh at-tibrani)

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: " Allah tidak akan menerima amalan yg ada di dalamnya riak sebesar biji sawi."
(riwayat oleh Ibn jarir al-tabari dan lain-lainnya sebagai hadith marfu')

Riak terbahagi kepada dua jenis. Riak tulen iaitu untuk mendapatkan manfaat dunia dengan amalan akhirat. Kedua riak yg kabur, iaitu untuk mendapatkan manfaat dunia dan juga manfaat dari amalan akhirat itu. Kedua-duanya menggugurkan pahala.



Sentiasa ingat mati dan apa amalan yang boleh dibuat bekal.. Jangan kotorkan hati dengan sifat riak dan sifat-sifat tercela yang lain. Apalah guna kita pandang tinggi pada diri sendiri jika niat kita hanya untuk menjatuhkan orang lain.. Fikir-fikirkan...


Friday, April 03, 2009

~NGERI NYE

Huu.. ngeri plak packaging sampoerna yg latest ni.. tp.. masih takder perubahan kat aku :P