• » Last Update Was 7 years ago With : Ayah..

Tuesday, April 14, 2009

~SKIM CEPAT KAYA

CITER PASAL SKIM CEPAT MISKIN LAGI..
tupaikaran.blogspot.com/2009/04/skim-cepat-kaya.html
Skim sebegini sentiasa ada, tapi muncul dengan cara berbeza. Sekarang dipromosi secara terbuka dan 'terang-terangan'. Mahukah hangpa merenungi ciri-ciri di bawah untuk mengelakkan diri daripada menjadi MANGSA?

- Orang-orang yang terlibat menyebarkan promosi depa melalui maklumat yang berciri-cirikan berikut:

1) Diletakkan testimoni beberapa orang yang kononnya telah berjaya dengan program yang depa tawarkan. Sapa yang kenal orang-orang ini? Contohnya dengan hanya meletakkan pengakuan dari Pn. Aida, En. Ahmad atau nama-nama lain lagi. Hangpa kenai? Hangpa boleh hubungi depa untuk mengesahkan kejayaan depa? TIDAK!

2) Diletakkan potongan akhbar mengenai kejayaan program depa berjaya mengubah kehidupan ramai orang. Hangpa tengok sendirilah dari akhbar mana petikan berikut. Harian Metro? Berita Harian? News Straits Time? TIDAK! Tetapi dari akhbar tabloid seperti SELEKSI, PERDANA, dan entah apa-apa nama lagi. Semuanya tidak mempunyai kredibiliti kukuh. Pernah ke hangpa teliti isi kandungan akhbar-akhbar sebegini? Penuh dengan kisah tahyul, seks dan pelbagai cara untuk menjadi KAYA TANPA BERUSAHA GIGIH. Dan tahukah hangpa bahawa sekarang proses untuk melahirkan penerbitan bernama AKHBAR tidaklah sesusah mana? Jadi tidak mustahil depa bekerja dengan banyak cara untuk mempengaruhi hangpa.

3) Diletakkan bahawa formula yang depa tawarkan datang dari kajian seseorang berpangkat Doktor atau lain-lain. Tapi hangpa kenalkah siapa Dr. tersebut? Apa sumbangannya kepada masyarakat sebelum ini?

4) Diletakkan gambar orang-orang yang 'berjaya' bersama-sama hasil kejayaan depa seperti sebuah rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Tetapi bolehkah hangpa mengesahkannya? Sedangkan sehelai kertas bernama WANG pun dicetak palsu inikan pula gambar yang tidak membawa apa-apa makna kepada hangpa. (Terlalu fani bila satu gambar rumah mewah disalahguna oleh beberapa orang yang mengaku rumah tu rumah depa. Ajaib kan persamaan gambaq2 tu)

5) Secara berani depa bersungguh-sungguh mencetak ayat-ayat promosi agar hangpa menyertai depa tetapi kemudiannya depa menambah bahawa depa sebenarnya tidak memaksa hangpa, depa tidak rugi sedikitpun kalau hangpa tak percaya.

6) Dicetak juga bahawa depa bukan menjalankan skim cepat kaya tetapi hangpa lihat sendiri bagaimana depa mempengaruhi hangpa dengan janji-janji yang hangpa akan mendapat misalnya RM10,000 atau ratusan ribu dalam masa tak beberapa bulan. LOGIK ATAU TIDAK? hangpa fikirkan sendiri gaji menteri dan bandingkan dengan tawaran depa ini.

7) depa akan memancing hangpa agar memikirkan kesusahan hidup hangpa, misalannya menyebut tentang kepayahan hangpa tinggal di rumah sempit, belanja anak-anak, kerja 12jam sehari dan lain-lain. Secara halusnya depa mempengaruhi hangpa menyertai depa agar kesempitan hidup hangpa dapat diatasi. konon la.

8) Secara umumnya depa akan menggolongkan hangpa yang tidak mahu meyertai depa sebagai melepaskan peluang kerana hangpa beranggapan bahawa hangpa sekarang dalam 'zon selesa'. Hangpa buat la rumusan sendiri. Adakah skim depa akan bawak hangpa keluaq dari kesempitan hidup hangpa? Atau adakah hangpa sebagai PENYAMBUNG RANTAIAN peserta-peserta depa yang terdahulu menambahkan harta benda dan kekayaan depa? Dan fikirlah sendiri DARI MANA datangnya duit ratusan ribu yang depa janjikan kepada setiap seorang peserta depa. Tak lain tak bukan, dari hangpa dan masyarakat golongan biasa yang bertungkus lumus bekerja secara jujur dan halal.

Dan renungilah. hangpa tidak kenai depa malah tidak pernah melihat bukti yang depa sudah menjadi jutawan. Jika benar peserta depa sudah menjadi jutawan maka tentu kita boleh dengar dan baca sendiri dari media yang boleh dipercayai (RTM, TV3, suratkhabar-suratkhabar utama takpun CNN or BBC news..hak3) bahawa depa tersenarai sebagai jutawan di Malaysia. Ataupun
hangpa mendengar khidmat kekayaan depa kepada masyarakat, misalnya menubuhkan sebuah pusat menambah ilmu (bukan sekadar tadika ye, sebab modal membuka tadika tidak sebesar mana), atau menambah pengeluaran filem dalam negara, atau pusat untuk orang-orang memerlukan bantuan (miskin, cacat, anak yatim atau warga emas terbiar).

Jadi selepas ini diharapkan setiap kali hangpa melihat / membaca / mendengar akan PELUANG-PELUANG menambah pendapatan atau meningkatkan taraf hidup, fikirkan satu saja :


LOGIK ATAU TIDAK?


Siapa tak mahu kaya. Tapi biarlah LOGIK sikit, setuju tak? Tauke gula terkaya di Malaysia dulupun bekerja dan berusaha dari setingkat ke setingkat sebelum menjadi jutawan. Kalau kekayaan yang dijanjikan datangnya dalam jangkamasa pendek maka itulah SKIM CEPAT KAYA.

keyos_CT a.k.a. tupaikaran
from tupaikaran.blogspot.com


6 Comments »:

TeD said...

isk isk... memang idak logik sama sekali...

Tupai Karan said...

tapi yang tak logik ni la menjadi kegemaran masyarakat kita :p

Kapten Luffy said...

penipu memang bijak

Tupai Karan said...

Aah, kita kena peka n sentiasa ingat mengingatkan satu sama lain.

pricon said...

Haha "Bukan skim cepat kaya tapi boleh jadi kaya dlm masa beberapa bulan" mengingatkan saya iklan ayaq gas: "Ia bukan air gas tetapi air mineral bergas berperisa semulajadi"
(Iklan dari Spritzer Pop, mandarin version... x pasti lak version bahasa lain)

Wakakakah nampaknya mereka sedang bergurau dgn IQ kita.

Tupai Karan said...

ni yang leh kata "ayat mesti mau power".. hak3.. "lidah mesti mau cabang.." susah gak ni.. kalu xpasan agenda di sebalik pengiklanan2 beracun ni.. victimized lor kita

Post a Comment

Komen saja.. bkn spam :)