At some points in our life kita akan bertembung dengan manusia yang slalu sangat cakap besar or menunjuk-nunjuk secara sengaja (sebab dah terbiasa) ataupun tak sedar (sebab dah slalu sangat bercakap tanpa berfikir)...
Contohnya
"Naper hari ni aku nampak macam hensem plak arr"
"Ye lah, kakak aku kan pensyarah universiti so aku pun tau la semua ni"
"Best per exercise ni.. Keluar peluh.. badan aku pun sihat"
"Erm.. aku kena blah balik dulu ni, takut terlambat solat plak"
Antara tujuannya cumalah satu.. agar orang yang dilawan bercakap ketika itu akan membalas :
"Ye la, kagumnye aku.."
"Fuyoo.. hang memang pandai la, teringin nak jadi macam hang"
"Respek la dengan hang sebab hang health concious.."
"Alim betul hang ni, mesti ramai teringin nak wat menantu"
Macam-macam bende sebenarnya boleh dijadikan modal untuk berlagak, tapi semua akan balik ke satu tujuan:- agar diminati, disukai ramai, disegani, dan direspek.
Inilah riak.. sifat tercela yang ada dalam hati kita. Kalau kita dah biasa dilambung tinggi-tinggi dengan sanjungan orang, semestinya yang akan kita nampak cumalah kita yang betul, tak gitu?
Maka, sama-samalah kita ingatkan balik apa makna riak ni...
Riak
Riak bermaksud mencari kedudukan di dalam hati manusia dengan cara menunjuk-nunjuk ciri sifat terpuji. Khalifah Ali bin Abi Talib menyebutkan bahawa tanda seseorang itu riak ada tiga: Pertama apabila keseorangan ia malas, kedua rajin jika dikhalayak ramai, ketiga maki giat dan rajin apabila dipuji.
Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa di antara umat Islam ini yg melakuka amalan akhirat( dengan tujuan) utk dunia, maka ia tidak ada kebahagiaan (kebaikan) baginya di akhirat."
(Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan oleh yg lain-lainnya sebagai hadith marfu')
Sabda Nabi s.a.w. bermaksud:" sesiapa yg berhias dengan amalan akhirat padahal ia tidak mahukan akhirat itu dan tidak pula ia mencarinya, ia dilaknat di langit dan di bumi."
(riwayat oleh at-tibrani)
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: " Allah tidak akan menerima amalan yg ada di dalamnya riak sebesar biji sawi."
(riwayat oleh Ibn jarir al-tabari dan lain-lainnya sebagai hadith marfu')
Riak terbahagi kepada dua jenis. Riak tulen iaitu untuk mendapatkan manfaat dunia dengan amalan akhirat. Kedua riak yg kabur, iaitu untuk mendapatkan manfaat dunia dan juga manfaat dari amalan akhirat itu. Kedua-duanya menggugurkan pahala.
Sentiasa ingat mati dan apa amalan yang boleh dibuat bekal.. Jangan kotorkan hati dengan sifat riak dan sifat-sifat tercela yang lain. Apalah guna kita pandang tinggi pada diri sendiri jika niat kita hanya untuk menjatuhkan orang lain.. Fikir-fikirkan...
3 Comments »:
Betul kata2 tupai... thanks for reminding us.
A: "huih susah tul nak menang si Bryan busuk tuh..."
B: "alah lwn dgn dia senang jer, aku pernah bg dia 3 kali perfect apa."
A: "WAHHHH TERRER NYERRRRRR..."
Hehe..yak2 betul.. Tapi dalam kes nih, B kira ok la sbb dia bg semangat kat A. :P
Perbualan tadi kita leh ejas camni-
A: "huih susah tul nak menang si Bryan busuk tuh..."
B: "eh, hang buleh.. saja bagi chance kat dia plak."
A: "mungkin kot"
Takpun camni-
B: "alah lwn dgn dia senang jer, aku pernah bg dia 3 kali perfect apa."
A: "jangan cakap besaq..bahaya oo"
Buleh ke camni, master?? :))
Heheh tul2... macam familiar lak dgn ayat2 tuh. kekeke...
Post a Comment