![]() | Bulan posa ni ada la pulak peluang nak menang duit free dari Nescafe. Selalunya aku tak ambik tau sangat pasal benda-benda ni. Setakat share link tak cerita banyak. Ok, nak bagitau ni. Nescafe ada buat peraduan Chill-Lah Express yang mengajak peserta untuk hantar design untuk tin minuman depa. Hadiah bukan sikit. Main prize RM 10,000 tu! Tapi kali ni hati terpanggil-panggil nak cuba nasib. Mula-mula aku ingatkan nak kena lukis atas kertas ke apa ke, rupanya lagi kacang. Dah siap ada tools untuk design, cuma drag and drop saja. Cuma pilih theme yang dah disediakan, tengok snapshot aku amek ni : |
-
» Last Update Was 13 years ago With : Bagaimana nak buang sikap racist?
Thursday, August 04, 2011
Jangan sia-siakan bakat anda, RM10,000 menanti
Labels: Facebook, Review, Tips Tak Berapa Bes
Thursday, July 21, 2011
MOTW : Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969)
Memang best tengok Paul Newman dengan Robert Redford bergabung dalam cerita koboi ni. Kerja nak menyamun aja. Filem ni aku pernah beli VCD-DVD dan latest Blu-Ray. Rasanya kat Mudah ada jual kot Piring Hitam OST filem ni. Antara dua hero ni, aku lagi minat kat Robert Redford sebab Michael Hui (Filem Hong Kong Front Page-1997) kata mata dia nampak ikhlas. |
Labels: Movie of the Week, Review
Thursday, July 14, 2011
MOTW : The Italian Job (1969)
"You were only supposed to blow the bloody doors off!" Hahaha... memang lawak scene ni... Sepatutnya pintu belakang van aja yang meletop tapi budak tu silap boh bom sampai berkecai semua. Memang ada unsur realistik sbb memang akan berlaku kegagalan masa tengah dok ujikaji. |
Labels: Movie of the Week, Review
Friday, July 08, 2011
Gabungan Wajah Lisa Surihani dengan Diana Danielle

Untuk gambaq kedua pun buat yang sama jugak.

Lepas dah ready, boleh klik Morph dan terhasillah satu wajah baru yang dikacuk :
Thursday, July 07, 2011
MOTW : DIRTY HARRY (QUINTOLOGY) 1971-1988
![]() | 'Do I feel lucky?' Well, do ya, punk? Hahaha... Entah berapa kali dah aku beli siri filem Dirty Harry. Daripada tape video (VHS), VCD, DVD dan latest Blu-Ray. Mungkin pasni Box-Set kut. Hopefully aku akan terjumpa jugak versi Laser-Disc atau dapat Vinyl OST. Memang tak jemu-jemu aku beli dan layan filem ni. Sebab utama tak lain tak bukan - Clint Eastwood sendiri. Atok ni memang antara hero faveret aku sebab kebanyakkan watak hero yang dia pegang bukanla jenis lembek dan asyik nak beromen. Aku rasa The Dead Pool adalah yang the best filem Dirty Harry bagi aku. 1st sebab ada Jim Carrey as super-rocker yang miming lagu Welcome To The Jungle dan the best part ada cameo appearance semua line-up GNR. Kalau nak kira jalan cerita memang semua sama cuma penyangak aja berbeza. |
Labels: Movie of the Week, Review
Friday, March 04, 2011
Drive Angry - Tiket Wayang Free Dari Nuffnang

Sunday, February 13, 2011
BUKU : Perjalanan Yang Tidak Direstui by Mohd Farid Ariffin
![]() |
| Terbitan Utusan Publications & Distributions, cetakan pertama : 1979 |
Tuesday, January 11, 2011
BUKU : Kisah-Kisah Seram by Othman Wok
Maka aku cuba mencari info tentang penerbit buku ni, Heinneman Asia Pte. Ltd. dan setakat ini belum ada cara macamana aku nak kontek pihak depa bertanyakan soal dan prosedur semua benda alah ni. Berdasarkan ISBN buku ni yang aku cari dari direktori kampeni induk pun tak ada result positip.
So masih dalam keadaan serba salah.
Biar aku review sikit tentang buku ni dan penulisnya Othman Wok.

Friday, August 06, 2010
Lagi-Lagi Tekken
1st of all, fyi, aku bukanlah button mashers dan bukan poseur dalam meminati game Tekken, ok? Setelah beribu-ribu ringgit habis dilebur di mesin Tekken, beratus jam kematu pungkoq, berpinar mata mengadap skrin, berpuluh-puluh kedai dijelajah demi menghilangkan kegianan (aik ni da macam iklan Olay plak), tentulah filem Tekken ni ditunggu-tunggu bukan saja oleh aku tapi oleh para gamers lain dengan harapan tinggi menggunung.

Tarikan utama filem ini ialah curiosity penonton pada barisan character yang bakal muncul serta moves yang menjadi identiti characters itu sendiri. Jalan cerita memang awal-awal lagi out ditolak belakang la sebab seperti filem-filem lain yg diadaptasi dari game, memang hampes dan tak masuk akal.
Characters yang ada pun hanyalah Heihachi, Kazuya, Jin, Jun, Nina, Anna, Steve Fox, Bryan, Yoshi, Eddy (digemari mashers..hoho), Christie, Miguel, Dragunov, Raven, dan Marshall Law (awal-awal dah out.. haha). So jangan expect nak jumpa Paul (bukan si sotong), Baek, Hworang dll. Apatah lagi Kuma/Panda, Roger dan Mokujin. Hehe
Overall aku amat kechiwa dengan filem ini. 70% difokuskan kepada Jin dan tournament Iron Fist dan selebihnya baru pada watak lain serta diselit sikit adegan-adegan 18 SX. Anna Williams misalnya, sekadar menayang muka ketika pengumuman peserta tournament, menjadi assasin upahan bersama kakaknya Nina untuk menghapuskan Jin, dan pe'meriah' bilik tidoq Kazuya.
Babak pertarungan laaaagilah frust. Penonton expect moves2 yang lebih cantik dan mencerminkan character, tapi rasanya bercelaru skit choreography menyebabkan moves2 nampak terlalu ordinary macam filem-filem fight lain. Ini pandangan aku ajelah, orang lain tak tau pulak.
Bahagian klimax filem di mana Jin berdepan dengan Kazuya yang jaki dengan kemenangan anaknya itu pun tak digarap dengan excellent. Takde istimewanya babak ni, tambah pulak takdak langsung cedok 'toria' atau 'derg'. Ulat dash jangan cakaplah. Hehe. Atau mungkin mata aku yang kero.
Last verdict: Okeylah. But don't expect too much. If you're not a tekken lover, you'll probably hate this movie. Filem tanpa sinaran matahari ni dijamin membosankan dan mengelirukan..
2) CONTEST NUFFNANG UNTUK KE PREMIER SCREENING TEKKEN
Hangpa ingat tak baru-baru ni aku ada cuba masuk contest nuffnang untuk tengok premier screening Tekken. Klik sini untuk tengok entri tu (klik sini untuk open new window).
FYI, lepas beberapa hari, aku dapat invitation dari Nuffnang untuk claim tempat di GSC Tropicana City Mall pada 4hb, iaitu sehari lebih awal dari tarikh tayangan seluruh negara. Tapi sedih betul, aku terpaksa melepaskan tempat aku atas sebab-sebab masa, lokasi dan plan peribadi yang tak mengizinkan.

Ini invitationnya. Sangat-sangat besar hati sebab ni contest pertama aku join, tak sangka dapat pulak. Terima Kasih Nuffnang.
3) LEPAS GIAN SIKIT..
Untuk release kecewa aku dan Pakdin yang terpaksa lepaskan tempat ke premier screening tu, kami cuma melawat balik kedai yang satu masa dulu (cewah) pernah jadi tempat lepak @ rumah kedua geng-geng Cosmic.BJ.
Speaking of geng Cosmic.BJ, satu lagi kekecewaan, kita dah janji dulu akan serbu panggung bila movie ni release, tapi sayang, kita semua dah jauh dan tak sehappening dulu. Wohoho ayat flower plak.
4) SESUATU YANG PELIK PADA HEADER BLOG @HATITUPAI
Benda ni aku sempat capture SEKALI saja. Sebab muncul pun sekali saja lepas tu takdak dah.. Waaawooowowwo
Klik utk zoom+/-Cun kan banner iklan Nuffnang ni.. cam padan ja dengan header n tema warna blog aku.. Awat keluaq sat sangat.. Hiks
Saturday, April 11, 2009
~HAPPY TO REVIEW YOUR BLOG
Antara kegemaran aku suatu ketika dulu ialah membuat review. Samada review zine, movies, cd/demos dan website. Semua ni aku sumbat dalam zine CONFIDENTIAL (2001-05).
Sekarang aku cuba nak mereview blog-blog yang aku lawati. Kalau hangpa nak ikuti review ini cuma klik saja link chapter review ini setiap kali singgah di sini, ok?
Untuk permulaan aku pilih dua blog berikut :
LIFE IS TOO SHORT TO BE ORDINARY...
Setelah lebih 10 tahun, ahirnya aku ketemu balik kawan waktu sekolah menengah aku, Faisal Admar dan blog dia yang aktif ni.
Kenapa aku katakan aktif? Sekurang-kurangnya akan ada satu entri baru dalam 2-3 hari sekali dalam blognya dan istimewanya dia menyajikan videoclip lagu setiap Isnin di bawah label Music Monday.
Blog ini dalam Bahasa Inggeris dan ketika review ini ditaip, dia mempunyai 123 followers! Orang glamour nih :)
Pageranknya ialah 3/10, so bertuah la hangpa kalau dia menyenaraikan blog hangpa dalam listingnya. Hehe.
Antara yang best (untuk aku le), semua update life dia akan dicatat disini, jadi kalau hangpa ni takde keje, bolehlah stalk Faisal Admar ni.. :p
ENVY ME
Ok, ini dah hyperaktif. Walaupun Ted baru start blogging, tapi tengok sajalah jumlah entri dia.. Banyak kan ;)
Ini sebab dia menggunakan masa lapangnya di ofis untuk menaip apa-apa saja yg terkini berlaku di sekitarnya dan dalam pemikirannya.
Banyak entri yang lucu-lucu yang boleh membuatkan hangpa tersenyum sorang-sorang. Memang sesuai dengan characternya seorang yang happy.
Waktu review ni ditulis dia sudahpun mempunyai 14 followers. Not bad, huh :)
Kalau hangpa mau blog hangpa direview?
Senang saja. Follow me dan listkan blog ini dalam blog hangpa, insyaAllah, I will write my review as soon as possible.
Until here. Addios :)
Labels: Review



