Friday, August 06, 2010

Lagi-Lagi Tekken

1) REVIEW FILEM TEKKEN
1st of all, fyi, aku bukanlah button mashers dan bukan poseur dalam meminati game Tekken, ok? Setelah beribu-ribu ringgit habis dilebur di mesin Tekken, beratus jam kematu pungkoq, berpinar mata mengadap skrin, berpuluh-puluh kedai dijelajah demi menghilangkan kegianan (aik ni da macam iklan Olay plak), tentulah filem Tekken ni ditunggu-tunggu bukan saja oleh aku tapi oleh para gamers lain dengan harapan tinggi menggunung.


Tarikan utama filem ini ialah curiosity penonton pada barisan character yang bakal muncul serta moves yang menjadi identiti characters itu sendiri. Jalan cerita memang awal-awal lagi out ditolak belakang la sebab seperti filem-filem lain yg diadaptasi dari game, memang hampes dan tak masuk akal.

Characters yang ada pun hanyalah Heihachi, Kazuya, Jin, Jun, Nina, Anna, Steve Fox, Bryan, Yoshi, Eddy (digemari mashers..hoho), Christie, Miguel, Dragunov, Raven, dan Marshall Law (awal-awal dah out.. haha). So jangan expect nak jumpa Paul (bukan si sotong), Baek, Hworang dll. Apatah lagi Kuma/Panda, Roger dan Mokujin. Hehe

Overall aku amat kechiwa dengan filem ini. 70% difokuskan kepada Jin dan tournament Iron Fist dan selebihnya baru pada watak lain serta diselit sikit adegan-adegan 18 SX. Anna Williams misalnya, sekadar menayang muka ketika pengumuman peserta tournament, menjadi assasin upahan bersama kakaknya Nina untuk menghapuskan Jin, dan pe'meriah' bilik tidoq Kazuya.

Babak pertarungan laaaagilah frust. Penonton expect moves2 yang lebih cantik dan mencerminkan character, tapi rasanya bercelaru skit choreography menyebabkan moves2 nampak terlalu ordinary macam filem-filem fight lain. Ini pandangan aku ajelah, orang lain tak tau pulak.

Bahagian klimax filem di mana Jin berdepan dengan Kazuya yang jaki dengan kemenangan anaknya itu pun tak digarap dengan excellent. Takde istimewanya babak ni, tambah pulak takdak langsung cedok 'toria' atau 'derg'. Ulat dash jangan cakaplah. Hehe. Atau mungkin mata aku yang kero.

Last verdict: Okeylah. But don't expect too much. If you're not a tekken lover, you'll probably hate this movie. Filem tanpa sinaran matahari ni dijamin membosankan dan mengelirukan..


2) CONTEST NUFFNANG UNTUK KE PREMIER SCREENING TEKKEN

Hangpa ingat tak baru-baru ni aku ada cuba masuk contest nuffnang untuk tengok premier screening Tekken. Klik sini untuk tengok entri tu (klik sini untuk open new window).

FYI, lepas beberapa hari, aku dapat invitation dari Nuffnang untuk claim tempat di GSC Tropicana City Mall pada 4hb, iaitu sehari lebih awal dari tarikh tayangan seluruh negara. Tapi sedih betul, aku terpaksa melepaskan tempat aku atas sebab-sebab masa, lokasi dan plan peribadi yang tak mengizinkan.


Ini invitationnya. Sangat-sangat besar hati sebab ni contest pertama aku join, tak sangka dapat pulak. Terima Kasih Nuffnang.


3) LEPAS GIAN SIKIT..
Untuk release kecewa aku dan Pakdin yang terpaksa lepaskan tempat ke premier screening tu, kami cuma melawat balik kedai yang satu masa dulu (cewah) pernah jadi tempat lepak @ rumah kedua geng-geng Cosmic.BJ.

Gemuk tul pompan rabun ni.. hahx

Speaking of geng Cosmic.BJ, satu lagi kekecewaan, kita dah janji dulu akan serbu panggung bila movie ni release, tapi sayang, kita semua dah jauh dan tak sehappening dulu. Wohoho ayat flower plak.


4) SESUATU YANG PELIK PADA HEADER BLOG @HATITUPAI
Benda ni aku sempat capture SEKALI saja. Sebab muncul pun sekali saja lepas tu takdak dah.. Waaawooowowwo

Klik utk zoom+/-

Cun kan banner iklan Nuffnang ni.. cam padan ja dengan header n tema warna blog aku.. Awat keluaq sat sangat.. Hiks