• » Last Update Was 7 years ago With : Ayah..

Sunday, August 29, 2010

Zikir Plus Dikir : Akibat Hilang Pertimbangan

Agak terlambat untuk diulas perihal video satu geng student perempuan berzikir remix dikir yang banyak tersebar dalam facebook dan blog-blog hiburan. Tapi tergerak juga hati ni nak diskas ngan hangpa jugak. Boleh?

1) Kita marah sebab depa yang terlibat semua bertudung
Automatik depa dikecam sebagai penambah rosak pada imej gadis/powmpwan bertudung keseluruhannya yang dah semakin rosak

2) Kita marah lihatkan air muka salah sorang depa tu yang pura² nak muntah dengar kawannya mula berzikir.
Kalau pada mata aku la, si muka pelik tu taklah sampai nak gelikan zikir tapi pura² menyampah dengar suara kawan je. Contohnya:
A: Maklumlah, aku ni hensem, kacak pula.
B: Wekk.. Nak terkeluaq isi perut dengan statement tu.. haha

3) Ibu bapa depa disalahkan
Nak kata pesalah² ni kanak² lagi, mungkin pada perangainya ya, tapi takkan mentaliti pun sampai nak diheret makbapak, kononnya tak cukup diajar (atau bahasa mudahnya: kojaqq).. Setengah manusia ni ada yang dah diberikan yang terbaik oleh parents, tapi akibat salah pergaulan dan hilang pertimbangan, jadi la macam² kes seangkatan dengan kes zikir+dikir ni.

TAPI KAN, KAT MANA PULAK PERTIMBANGAN KITA BILA :
1) Kita mencarut maki hamun. Taip nak terajang. Taip nak bunuh. Taip kata depa tu tak patut hidup.
Wahai sahabat, kita tak dak hak untuk letak apa-apa hukuman hanya kerana hati kita panas dan bengkak dengan kemarahan.

2) Kita doakan semoga Tuhan mampuskan saja perempuan² tuh.
Sekali lagi konsep doa disalahguna untuk memohon keburukan untuk orang lain. Sepatutnya kita mintak yang positif, mintak pesalah² segera sedar dan bertaubat, mintak agar tiada lagi yang mengulangi kejadian ni. Tapi yang banyak diluahkan adalah sebaliknya.

3) Kita bantu pula menyebarkan kesalahan itu.
Lantas mengajak lebih ramai lagi menjadi di kalangan yang bersubahat melihat kejadian dosa tu depan mata. Contohnya sebaran video sorang lelaki mempertikaikan Nabi junjungan kita dan surah Al-Fatihah. Senang saja dishare untuk dihayati kawan² lain. Bukankah itu yang dimahukan oleh pihak2 berkepentingan menyebarkan fitnah terhadap agama Islam? Depa tak perlu susah payah lagi. Suntik saja dengan kemarahan, maka ramai yang akan berkongsi kemarahan itu dengan orang lain tanpa sedar sedang menyebarkan mesej dalam video tu.

4) Dan kesemua di atas kita buat dengan bebas beralasankan 'mempertahankan agama', 'sharing is caring' kunun. Muncul ramai pengkomen yang tiba² berasa alim dan sayang agama. Sekiranya komen depa ni dipertikai sikit, bertambah panas hati dan dikata pulak orang yg pertikai sebagai pembela pesalah² seperti kes video zikir+dikir ni.

Maaf, apa sebenarnya TINDAKAN KITA?
Share, share, publish, tag di facebook, blog, youtube, printscreen bukak hatepage dan sebagainya. Malang sekali tapak² web yang kita gunakan bukanlah tapak web kepunyaan Islam. Tapi kepunyaan pihak² yang amat suka mesej kepincangan umat Islam disebarkan.

Kita ada ke bawak video tu ke balai polis? Bawak ke jabatan agama? Hanya segelintir saja yang ambil tindakan. Majoritinya hanya tahu view video, kritik, lepas geram, marah, share, tag, dan lepas tu go on like nothing happened. Kita pasti ke kita tak bersubahat?

JADI HANYA SHARING DAN COMMENTING VIDEO YANG MEMESONG BEGITU KITA KATAKAN SEBAGAI REAKSI MEMPERTAHANKAN AGAMA TERCINTA? SEBAGAI TINDAKAN 'MENYEDARKAN ORANG LAIN'?

Sedarlah wahai kawan² ku sekalian. Jangan dalam sibuk mengherdik keterlanjuran orang lain sampai hangpa sendiri hilang pertimbangan.

Dan jangan lupa pesan dengan kawan² lain yang tak berkesempatan baca penulisan aku ni: JANGAN LAGI MEMBANTU SEBARKAN KEBURUKAN.