Sunday, February 13, 2011

BUKU : Perjalanan Yang Tidak Direstui by Mohd Farid Ariffin

Sebelum ni aku ada tulis pasal buku Kisah-Kisah Seram oleh penulis Singapura, Othman Wok. Hari ni aku nk kongsi pula satu lagi buku yang jadi kemestian utk aku baca every 5 years.
Terbitan Utusan Publications & Distributions, cetakan pertama : 1979
Perjalanan Yang Tidak Direstui ni berkisarkan satu keluarga consists of 5 org - bapak, mak, kakak umur 10 dan 6 tahun dan anak bongsu lelaki yang berumur 2 tahun. Keluarga ni mengambil keputusan pada 15 November 1977 untuk memulakan perjalanan dari London ke Malaysia melalui jalan darat. Ya, dengan sebijik kereta VW Beetle 1300 buatan tahun 1969.

So, cuba bayangkan saja betapa kentalnya semangat keluarga ni yang sanggup merealisasikan 'idea gila' ni. Bukan sikit dugaan yang dialami sepanjang perjalanan. Kalau aku, memang tak sanggup kot. Biar kematu punggung duduk dalam flight dari berdepan dgn masalah-masalah besar. Tapi tulah, tak merasalah seumur hidup nak tengok negara-negara lain kalau xmencuba cabaran ni.

Contohnya sewaktu di Turki, kereta yang mereka naiki jatuh gaung dan kekeringan funds ketika di Tehran. Kalau travel sorang diri pandai-pandailah kita nk survive, tapi bila bawak sekali anak isteri, tanggungjawab berganda-ganda.

Begitulah kisah mereka yang penuh tauladan. Amacam aku tulis ni ada gaya kolum suratkhabar tak? Rasa lebih kurang macam karangan budak tingkatan lima saja.

Aku memang puas hati sangat-sangat baca buku ni. Ada kisah lucu, kisah sedih, panik, geram dan sebagainya disusun ngam-ngam mengikut kejadian. Antara yang agak lucu seperti aku petik di sini ketika keluarga ni di Dunkirque :

"Can you repair my car," tanya aku kepada seorang penolong stesen minyak. Dia diam, 'Ha' tidak 'he' pun tidak. Aku tanya lagi. Dia terus menjalankan kerja lain. Adakah kerana kami berkulit hitam mereka tidak mahu melayan kami. Pilih kulitkah orang di sini fikirku.

Aku termenung. Mahu diteruskan perjalanan dengan keadaan motokar sedemikian atau cuba di tempat lain. Aku tahu yang rosaknya tidak banyak. Hanya carburator tidak mencampur angin dan minyak dengan betul. Ini perlu kerja mesin letronik.

Tiba-tiba aku teringat pesan Uztaz Abu Bakar Hamzah (bekas ahli politik yang sedang menuntut di Kent, England):
"Jika orang Perancis tidak melayan kalau kita bertutur Bahasa Inggeris, cuba-cuba cakap Melayu."

"Encik, kereta saya rosak. Boleh encik tengok-tengok jika campuran angin dan minyak betul?" aku cuba-cuba.

Aku terkejut apabila ia berkata ia akan mencuba. Dan mulalah ia bekerja. pelek. Aku bertutur di dalam Bahasa Melayu dia faham?

Camtulah sikit. Banyak sebenarnya pengalaman lain plus tips here and there dalam buku ni. Aku start baca buku ni waktu di darjah enam (1993) dan ianya cukup inspiring! Condition naskhah buku ni masih elok dalam jagaan aku. One day nanti Khairunisa dah besaq dan hargai pembacaan aku nk suruh dia baca ni. Kalaupun aku tak dapat ikut jejak penulis buku ni biarlah Nisa saja yang ikut dan ada keberanian serta semangat yang tinggi.

Semangat dan keberanian keluarga ni pernah disebut dalam satu discussion board di facebook :
http://www.facebook.com/topic.php?uid=109858005704464&topic=153&post=2380

Ketika usia aku 20an dan bertugas sebagai Jurukamera TV, aku berpeluang bertemu dan bersalaman dengan Timbalan Menteri Kesihatan, ketika itu Dato' Farid Ariffin. Bagi pemberita, siapa sangtlah Timbalan Menteri, aku bersalam dan terus memeluk bahunya. Dia memandang ku dengan hairan. " Saya peminat Dato' sejak 1977..." kata ku. Dia terus tergelak besar memahami maksud ku.

Pada 1977, Farid Ariffin dan keluarga pulang dari menuntut di London ke Malaysia dengan menaiki Volkswagen. Rencananya tersiar setiap minggu dengan tajuk Perjalanan yang tak direstui. Pada usia 14 tahun aku sangat mengkaguminya kerana waktu itu dialah hero melayu yang baru bagi ku. Aku sudah jemu dengan cerita Hang Tuah dan Mat Kilau dan Farid Ariffin lah menjadi hero ku yang baru.
Kamu boleh kenal-kenal dengan penulis ini dari artikel di New Straits Time berikut-
Changing focus: Rich new meaning to life


5 Comments »:

Unknown said...

dulu kami berebut baca flm surat kbar..kat kedai kopi...selalu page ni awai2 lg dah hilang..

Unknown said...

dulu kami berebut baca setiap minggu dlm akbar... page ni selalu hilang....maner boleh dapat buku ni...

Diariey Hafiyyzie said...

assalam.. boleh copy kan tk buku ni? dh lama sy cari

Unknown said...

Salam..saya ada buku ni tp xhbis sb sparuh bab dah hilang.sampai kisah kereta jatuh gaung je.bleh tak sy dptkan bab sterusya.potostat & sy bayar.bleh tak contact sy di encikazizan@gmail.com

Unknown said...

Salam..sy ada buku ni tp separuh bab dh hilang,smpai kereta jatuh gaung je.bleh tak fotostat & sy byar untuk bab berikutnya.contact sy di encikazizan@gmail.com

Post a Comment

Komen saja.. bkn spam :)