Saturday, February 12, 2011

Tolonglah Jangan Kelirukan Orang Lain

Masih lagi membebel pasal isu blogosphere tempatan iaitu penggunaan iframe. Warning : Entri ni panjang dan takdak gambaq.

Let's see. Aku tak sangka selepas menulis pasal inline frame ni, ramai yang baca. Maklumlah blog kerdil yang kurang aktif macamni sapa la nk tengok. Selepas aku ping saja kat gengblogger pukul 12tghmlm, berduyun masuk utk baca apa yang aku nk sampaikan.

Petangnya seorang blogger menulis entri menjawab kepada entri aku. Ni disebabkan satu gambar yg aku tempek menunjukkan jelas-jelas kod 'backlink' yang dia distribute, yang mana terang2 ada hidden iframe dlm kod dia.

No wonder, entri petangnya melonjak naik di gengblogger lebih tinggi dari entri asal aku. Pelik juga dibuatnya (pelik? haha kidding). Namun aku turut melawat dan membaca apa benda yang ingin 'dijawabnya'. As expected, mesti ada penerangan panjang lebar yang mengelirukan bagi newbie2 yang kurang familiar tentang backlink, ranking, trafik dan bla3. Pendekkata, dia tetap dengan pendiriannya bahawa hidden iframenya TIDAK SALAH. Ok fine. Mungkin aku la yang salah kan tak pasal2 nak jatuhkan dia? Dia nampak terasa sangat dengan istilah CURI yang aku letak HANYA DI TAJUK sedangkan dia tak tekankan pula istilah TUMPANG yang aku tulis berjabu2 dalam entri dan dalam komen.

Next aku terbaca pula di blog Nescafe Ais. So, bukan aku sorang yang anggap hidden iframe ni tak beretika. Then the next day Dahlia juga menyebarkan mesej dan penerangan terperinci tentang ni. See, ni menguatkan lagi pendapat aku tentang hal menumpang trafik secara tak berhemah ni. So after that semakin ramai yang alert dan menyebarkan mesej ni hasil pembacaan di blog Dahlia (aku masih teruja ni sebenaqnya sbb Dahlia br jd follower aku.. kembang idong sat).

Starting there aku mula menjejak blog-blog lain pulak yang menulis pasal ni. Ada beberapa blog yang dah aku sangka akan menulis dengan panjang lebar tapi tetap bertunjangkan IFRAME TAK SALAH. Yang paling best ialah cubaan mengelirukan pembaca dengan idea OK KALAU IFRAME SALAH, HABIS TU BLOGLARIAN, NUFFNANG, SHOUTMIX, WHOS ONLINE PUN SALAH. Lebih kurang macam tu lah kot. Malas nak mention  blog tu kat sini. Aku kedekut skit backlink lalala.

Harap kamu jangan lah keliru. Sebenarnya ada dua condition inline frame yang perlu kamu bezakan.

1) frame tanpa ukuran
tanpa ukuran yang aku tekankan sebelum ni ialah dengan ukuran width=0 dan height=0.
Bila frame ni hidden, PELAWAT TIDAK TAHU dia sedang melawat lebih dari satu blog. Boleh dikatakan di sini ialah PELAWAT TIADA PILIHAN. Pelawat tidak tahu pun blog kamu ada frame tersembunyi yang menumpangkan blog lain.

2) frame dengan ukuran
frame dengan ukuran pulak macam contohnya FB share, whos online widget, shoutmix dan segala bendanya lagi di blog kamu. PELAWAT BOLEH NAMPAK apa yg terkandung dlm frame ni. Memang yang ni pun pelawat tiada pilihan, utk view blog kamu, page dlm frame tu pun dia nampak dan ia load sekali dengan blog kamu.

Then take note dengan perkara-perkara penting ni :
Jika kamu letakkan frame blog orang lain dalam blog kamu, adalah pemilik blog tumpang itu dapat membenefitkan trafik dari kamu? Samada utk meningkatkan BE ke, ranking ke apa crap lagi ke. Adakah blog itu bergantung kepada trafik dari blog kamu?

Sure, one will say "wei aku bukan amek trafik bolot kat aku saja, aku distribute la bagi kat org lain pulak yg pasang kod iframe aku".

Ok. Kamu terima trafik dari semua blog-blog yang pasang kod kamu SECARA BERTERUSAN. Tetapi kamu pula hanya distribute total trafik yang kamu terima kepada blog-blog lain.

A, B, C pasang frame blog D. D terima semua trafik dari A, B dan C.
Tapi D akan distribute total trafik ke blog A. Then blog B. Then blog C. D tak akan boleh distribute ke A, B dan C sekaligus!

Wanna know why? Page loading time. Yup sebab tulah dia terpaksa distribute.

Cara ni berupaya meningkatkan kedudukan di search engine.
Pasti ke? Blog sape? Blog si code provider ke, blog si pemapar code?

Ok then. Kalau semua orang blh dapat trafik dan ranking tinggi cara ini, then tell me SIAPA NAK BACA BLOG LAGI? Just view page sendiri untuk jadi 'blogger tengah online' dan terima trafik banyak.

Whatever happens to good old fashion backlinking? Why risking your readers for slow loading time when you can just connect with others dengan cara yang lebih beretika? Exchanging banners with link sudah memadai utk bagi kamu backlink. Mentioning dalam posts memadai utk bagi backlink jugak. Tersenarai dalam bloglist kawan-kawan pun satu cara promosi blog. Ok, memang backlinking cara kuno ni kamu slalu buat (jgn kata aku tuduh kamu tak bg backlink kat org len), but why the need for hidden frames?

Untuk kamu yang masih tertanya-tanya macamana nak check code kamu, senang saja. Bukak dan view blog kamu macam biasa. Lepas tu klik mouse kanan dan view source code. CTRL+F (find) IFRAME dan carilah. Next next next saja. Rujuk sini kalau masih keliru dengan struktur code : http://tupaikaran.blogspot.com/2011/02/struktur-kod-inline-frame-dan-banner.html

Oh ya. Ada yang sudah kantoi kan? Kenapa nak kena heret blog lain yang gunakan frame utk memudahkan pelawatnya blogwalking? Frames tu dalam blog kamu kah? Bukan kan. Kamu ada pilihan kan nak load frames tu? Ada kan. Jangan kompiuskan orang. Blog yang bergantung kepada entries/updates is different from blogs yang menyediakan kemudahan blogwalking. Perhaps sebab berdotkan blogspot maka semua kena bedal?

Utamakan pembaca kamu. Mungkin kamu sendiri pilih utk simpan frames dlm blog kamu dengan niat berkongsi trafik (dengan blog dlm frame tu) tapi adakah PEMBACA MAHU KEHADIRANNYA tercatat di blog dalam frame tu jugak? Bagi pilihan utk pembaca/pelawat kamu utk view atau tidak frame2 yg ada di blog kamu. Cthnya, Ha klik sini utk melawat 5 blog sekaligus.

Fikirkan. Niat kamu mungkin membantu sesama blogger, tapi kesan jangka panjang ia boleh merosakkan blogosphere kita. *Wink wink*

Last. Pasepa ramai yg highlight perkataan CURI ya? Kan aku dah letak tanda ''? Sudahlah. Malas nk tulis dah (ceh dah berpuluh perenggan br nk kata malas?) sebab mesti ada yg nak counter defend diri. Sapa nk boikot aku, boikotlah. Aku bukan sapa pun yg hgpa nk boikot, nak menyamaq jadi anon. Dik anon, pegi skolah baca buku teks tu perabih ya. Aku tegoq utk kebaikan hang jugak.


Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
gua sokong! mmg gua sokong! dorg x nak kalah jugak. dorg ingat dorg paling pandai. ethics dah takde. smua da pincang. inilah terjadi bila semua materialistic. at least be responsible la dgn pe yg kita da buat. patot pemberi award2 tu terangkan dulu. btw, pertamax!
My recent post Aku Nak Berhenti Kerja
1 reply · active less than 1 minute ago
hg ni semua sokong jak. nanti aku buat entri yg hg xleh sokong. kakaka. betul hg kata, kna terangkan dulu. jgn tgu kantolll br nk explain kaver2. spatutnya cari cara yg menggalakkan org membaca. bukan sit back and relax
My recent post Tolonglah Jangan Kelirukan Orang Lain
dah terang lagi bersuluh....benda tu dah terang2 tak betul dan tak beretika laaa.....aku tak athu macam mana nak hujah benda ni tupai. tapi pada pandangan aku cara ni tetap tidak beretika la......benda nak seeeeeenang jer kan..aduhaiii...cuba la cari idea yang dapat mengembangkan lagi dunia blogging ni. bukan dengan cara kotor ni. aku makin respek kat hang la tupai. hehe
My recent post Response cached until Sat 12 @ 5:20 GMT (Refreshes in 52 Minutes)
1 reply · active 737 weeks ago
smua nk shortcut ja skang ni amry. dah kantoi cuba divert plak kesalahan malah cube mengheret yg lain. if I go down, you go down too. camtu kot.hahaks broken english.

amry cuba check setting feed kat blog hg. sbb tiap kali hg tinggal komen sini, recent post hg xdpt display n kalu tgk kat bloglist aku, feed dr blog hg xdak.
Tupai ni macam penat kena serang ngan anon je sampai meluah perasaan kat en3. hehehe...sabarla ye :)
My recent post Minuman Bergas- Hukuman mandatori anak-anak
1 reply · active less than 1 minute ago
ahaha, nk kata penat tu, xla jugak, tp skit bangga sebab smpai ada yg xbrani nk guna nama betul (komen2 anon dah aku delete sbb lgsung xberkaitan dgn topik yg nk dibincangkan). dah tu nk seret blog lain pulak nk bg keliru org :P
Gilersss...penerangan panjang lebar dr Tupai...cayalah bro!!!
My recent post Hosni Mobarak Vs Rakyat Mesir!
sama sama tau dan buat takper... kalu satu pihak tu x tau apa pun pasal iframe x adil lah namanye
My recent post Maliau Basin

Post a new comment

Comments by