• » Last Update Was 2 months ago With : Ayah..

Wednesday, February 23, 2011

Boleh Bikin Harta Pusaka

Nak buang sayang, nak jual tak patut, nak simpan menyakitkan hati tapi terpaksa simpan jugak. Ni yang susah jadi seseorang yang tak boleh nak let-go, maupun barang, or kenangan. Sangat sentimentol.

Memangla reta tak boleh bawak masuk kubur. Tapi macam aku kata tadi la, nak buang sayang pulak.

Ni hah aku cakap pasal 2 benda mainan aku yang masih elok dalam jagaan. Tamagotchi yang aku baru beli around 2004. Waktu tu kerja kilang. Hah, beli guna duit gaji la. Bukan cam budak-budak zaman sekarang mak bapak taboq duit ja. Dah lama sebenarnya mengidam tamagotchi ni. Penah sorang classmate dulu bawak waktu kelas Agama. Skali pet dia bising nak mintak makan, uztazah pun rampas tamagotchi tu. Haa tu lah bawak lagi masuk kelas.


Bila dah ada tamagotchi sendiri, pergh terasa haibat walaupun kalau nak dikira usia memang tak patut la aku ni main ngan benda alah ni lagi. Ada kaa waktu mesin grinding disk (kilang aku buat part hard disk sblm dihantar ke Komag), aku sibuk nak bagi tamagotchi aku makan la, berak la, berteloq la. Keja 12 jam dapat rehat 4-5 jam kat umah pun terganggu nak jaga menatang ni. Sampai ke tahap aku bosan maka aku pun tutup la bateri Tamagotchi nih.

Lagi satu benda yang aku sayang nak buang / give away / jual ialah Gameboy Color aku. Ceh orang lani tak pandang GB la, siap PSP2 lagi kot. Tapi aku sayang gak benda ni sebab ni pun aku beli guna duit gaji waktu keja tahun 2001. GB aku ni masih berfungsi cuma rosak kat button A+B saja. Puncanya, aku lupa nak keluarkan bateri dan GB terbiar tak diguna. Bila teringat ja check2 macam nak menangis sebab bateri cair sikit meresap ke controller.

Tengah fokus mengetest GBC

So untuk keselamatan sekarang dua-dua mainan ni disimpan without battery. Nak guna baru pasang. Baru ni saja bagi Khairunisa test GB. Mau tak grab dia punya attention, kartun gerak2 kan. Tak tau la nanti besar dia minat macam aku atau lebih ke arah girly. Terpaksa la tunggu nak bagi kat adik lelaki kalau camtu.