Sunday, August 29, 2010

Instant Blogging

Keputusan dah diambil. Aku nak berinstant blogging jugak. Taip ja apapa yg terlintas. Tak payah lagi nak susah taip draft dulu lepas tu baru paste sini.

Masalahnya aku tak percaya sangat dengan kelancangan tangan aku ni. Tengok tu. Satu benda negetip telah terbongkar.

Kalu sebelum ni aku publish benda² yang dah dipertimbangkan 2-3 kali, taktau lepas ni macamana pulak. Sebab aku tak mau blog ni alih² cerita benda personal dalam rumah. Ataupun buat ulasan sebaris dua dari berita terkini.

Lagipun ilmu hal semasa ni aku lembab skit. Ada tu ada tapi 'pelamas' yang amat nak taip. Ye, sapa nak baca? Nak diikutkan aku lagi puas edit dan tulis zine (majalah fotostat d.i.y), disebarkan di kalangan kawan2 seperjuangan serata negara, daripada menulis blog. Puas bila orang beli zine aku, dibaca dan disimpan elok². Kalau blog ni, org baca sekali ja. Tupun ada yang tak baca terus. Yang tau, singgah blog aku ni sekadar untuk jemput aku balas lawatannya.

Takut kalau aku terkerap pulak update blog. Kang ada yang rasa 'menyapu-sampah'. Hehe.

Well. Let's see what will happen.