Sunday, July 25, 2010

~TEKKEN IS IN THE CINEMAS!

Hari ni check web nuffnang dan terbaca mini contest ini : Nuffnang Premiere Screening – Tekken. (Courtesy of GSC Movies)


Tekken movie dah nak keluar dah! Tak sabar beb nak pi tengok. Selama bertahun ni asyik dengar rumors dan planning pembikinan je, akhirnya release jugak filem ni bulan Ogos ni. Jadi bersedia lah ok?

Ini trailer filem Tekken.. Layanz..


Ok kembali pada matlamat asal post ni, ialah aku nak share sikit minat aku pada Tekken. Yes, again.. Since terjebak dengan tekken, memang takkan padam minat aku punya. Macam yang sesetengah hangpa tau, karekter favourite aku dalam Tekken ialah Nina Williams dan of course YOSHIMITSU!


Aku mula belajar game Tekken dengan PSone dan giat hafal command moves Yoshi, (waktu tu T3) dan bila start menjengah dan melepak di arcades (T5), masih dengan character Yoshi jugak, sampaikan aku .. ehem.. agak terkenal la (kuang3) di kalangan gamers penang sebagai "the only dak pompan pakai spek yg guna Yoshi". Walaupun skill aku tak bagus, but well, ramai sangat kawan yg tak kedekut ilmu sudi lepak sekali dan diskas combo2 dan strategi.

Kendian barulah aku mula luaskan skop permainan dan belajar guna karakter Nina Williams. Why? She's deadly dan banyak moves2 yang ada chain. Hohoh.

So kalau dalam muvi ni, tentulah I'm looking forward to watch Nina and Yoshi. Nina dilakonkan oleh Candice Hillebrand dan Yoshi pula oleh Gary Ray Stearns. Sapa depa? Entah aku pun tak kenal. Haks.

Cepatlah Ogos! Doryah! Doryah! Doryah! Wavedash cedok karen satuuuu!!! ;)



My tekken obsessions :
Google Wallpaper change :
http://tupaikaran.blogspot.com/2010/07/bertukar.html

Dari satu game ke satu game :
http://tupaikaran.blogspot.com/2009/05/game-dan-aku.html

Keluhan skills yang susah nak capai (with my n00by Tekken match videos kat arcade) :
http://tupaikaran.blogspot.com/2009/04/skills-ill-never-have.html

Pieces from my notebooks : (stadi tekken game moves.. haks skemanya)


Stikers dalam ni aku collect waktu mak aku keja di ofis kampeni pengeluar mesin game (RGB (M) SDN. BHD.) sekitar 1994. Haa lama dah kan stikers T1 aku nih.. Buku pun dah bertompok dimakan usia..