Thursday, July 29, 2010

~NASIK KANDAQ LINE CLEAR? EWW?!

Plek betuilah aku dengan sesetengah org penang yg skang bermaustatin luaq penang, kalau cerita pasal nak balik kampung ja, mula la keluaq senarai makanan mau sampai 21 perenggan. Awat? Nak kena tunjuk hangpa tu penang piau sangat ka? Cool sangat la makan gerai mamak dari makan kat gerai2 lain? Layan gila la pasemboq? Hantu gila la laksa penang? Tolongla.

Pastu nak kena bagitau rindu gila nak makan nasik kandaq la menda lg la. Ok aku paham, tempat lain, nasik kandaq pun lain tak sama macam kat penang ni.

Tapi aku slalu nak protes kalau terbaca luahan 'peminat2' yang rindukan Nasik Kandaq Line Clear (NKLC).

EwwWwww??!

Sebagai org yg dok kat sini, aku sendiri seingat aku makan kat situ adalah sekali dua kot seumur hidup. Lepas tu biarpun limablaih juta kali lalu depan jalan tu, selera aku akan mengatakan TIDAK pada NKLC. Sebab? Sendiri penah tengok keadaan gerai tersepit tu macamana dan dah tau kisah belakang tabir depa.

Memang la sekarang ni sempoi. Canggih. Ada sign-board. Tapi......

Ewww.

Dah la tepi jamban dan aroma2 nya. Rekod kesihatan pekerja pun.. hmm sila garu dagu ya dengan hint ni.

Tolong. Aku bukan nak jatuhkan nama+jualan NKLC yg obviously takdak kaitan biaq sehelai bulu idong pun ngan aku. It's just that... between people yg tahu isu2 kebersihan di sebalik NKLC tu, well seriously kami tak akan p dan tak menggalakkan kawan2 p sana. Banyak lagi tempat makan yang elok dan bersih.

Ewwwwwwww lagi sekali. Tak sangka selera hangpa sampai macam tu sekali..

Tunggu ja keluaq kenyataan official pasal isu kebersihan yg tersembunyi ni, taim tu barulah hgpa muntah sampai terkeluaq usus, tarik sedut ngan vacuum berkuasa kuda pun, da tak berguna lg. Yuck. Tuituituih

Femes camna pun aku tak hingin singgah sini.