Ada dikalangan kita yang kini mewarisi banyak koleksi piring hitam dari ibubapa, abang, kakak, pak cik, mak cik dan sedara mara kita. Tak kiralah piring hitam 12 inci (dikenali sebagai LP) atau 7 inci (dikenali sebagai EP). Walaubagaimanapun, koleksi-koleksi piring hitam tersebut tidak dapat didengar lagi kerana pelbagai faktor seperti berikut :-
1. Tiada pemain piring hitam (turntable).
2. Ada pemain piring hitam (turntable) tetapi sudah rosak.
3. Tak tahu langsung apa rupa benda pemain piring hitam.
Mungkin ada diantara koleksi-koleksi piring hitam tersebut, terdapat lagu-lagu yang kita dengar semasa kecil sewaktu piring hitam tersebut dimainkan. Banyak lagu-lagu yang pernah dikeluarkan dari piring hitam tersebut tiada lagi dijual di pasaran dan sukar diperolehi lagi. Yang menakjubnya, lagu-lagu tersebut terselit dalam piring hitam yang kita warisi/miliki tetapi malangnya tak dapat pula kita mendengarnya memandangkan beberapa faktor tersebut.
Kini, tak perlu bimbang lagi kerana saya dapat membantu anda mengembalikan kenangan manis anda melalui penghasilan semula lagu-lagu tersebut ke versi digital (audio cd) melalui bantuan alat dan teknologi terkini. Semua piring hitam dapat saya kembalikan mutu suara kualitinya ke versi digital tidak mengira genre lagu-lagu seperti klasik, pop yeh yeh, pop, hindi, english, rock, rap, metal dan sebagainya. Dengan syarat, piring hitam mestilah sekurang-kurangnya 60% dalam keadaan sempurna.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengembalikan semula kenangan manis anda melalui penghasilan semula versi digital dari piring hitam boleh menghubungi saya melalui email nordin_mppp@yahoo.com atau sms kepada 016 - 432 7872 (din) untuk mendapatkan butiran dan alamat lengkap. Kos untuk penghasilan semula piring hitam adalah sebanyak RM 25 sekeping. Walaubagaimanapun, harga masih boleh dirunding sekiranya anda ingin menghantar sebanyak mungkin piring hitam untuk didigitalkan. Proses dan manual prosedur kerja yang ditawarkan oleh saya adalah seperti berikut:
1. Terima pesanan dari anda (well concealed cash/wangpos beserta piring hitam)
2. Memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah diterima (via sms)
3. Membuat semakan kualiti piring hitam anda
4. Mencuci dan membersihkan piring hitam anda
5. Proses rakaman semula piring hitam anda melalui teknologi terkini
6. Membuat salinan ke audio cd (berbentuk piring hitam)
7. Menghantar piring hitam dan audio cd pesanan anda melalui pos berdaftar
8. Memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah dihantar (via sms)
(Proses kerja 1 hingga 8 adalah mengambil masa 3 hari sahaja)
Melalui penghasilan semula lagu-lagu dari piring hitam ke versi digital, maka terubatlah kerinduan anda untuk mendengarnya semula.
Related Post :
Koleksi Piring Hitam