Saturday, September 17, 2011

A'ee Yang Dedikasi

A'ee ialah panggilan manja untuk pemandu bas sekolah yang aku naik waktu sekolah dulu. Sebabnya dipanggil A'ee ialah dia pemandu perempuan. Bas-bas sekolah lain semuanya apek2 yang bawak. Dia ni special sikit.

Satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan, sekitar 1994-5, sebelum aku mula ke sekolah dengan basikal sendiri, aku naik bas A'ee ni lah dalam tempoh sesi petang (form 1&2). Bila ada aktiviti tambahan, maka kena lah keluar rumah awal sikit. Kira jadual pun A'ee dah tau.

Bas A'ee kecik sikit dari ni.

Alkisah, satu pagi/tghi ni, aku malas gile nak p sekolah awal. Ikut planning tu nak absent terus la tak mau pi aktiviti dengan skolah skali. Maka aku pun dok rilek-rilek saja la. Lantak la, kalau bas A'ee lalu tengok aku tak dak area bawah flat tu, paham-paham la kan.

Tiba-tiba saja pintu rumah aku diketuk. Ada suara yang amat aku kenali memanggil-manggil.

Ah sudah. A'ee la. Sanggup dia tinggal bas dan naik ke tingkat umah aku semata-mata nak panggil. Selalunya tak sampai macam ni. Tengok aku tak tunggu, dia blah terus. Apa mimpi sampai nak panggil kat umah ni?

Pintu masih jugak diketuk. Mulut masih jugak bising-bising suruh aku keluaq. Adoi A'ee, saya tamau p sekolah hali ini lo! Tapi aku tak jawab. Menikuskan diri tak bagi ada bunyi. Pura-pura macam tak dak kat umah. Agak-agak dalam 5 minit jugak la dia hammer pintu rumah aku macam nak runtuh. Gamaknya sebab dia ingat ramai lagi budak-budak lain dok tunggu dalam bas maka dia pun turun. Haha. Lega aku. Tak sangka lak dia sanggup selongkar kad bas nak tengok nombot rumah aku.

Itulah A'ee. Sangat dedikasi dalam memaksa orang pi sekolah. Dia jugak seorang ibu maka tentulah dia mahukan 'budak-budaknya' tak ponteng. Baguih betoi. Dah la garang. Kiranya duit sewa bas bulanan mak aku dok bayaq kat dia tak sia-sia sebab dia jujur, amanah dan punctual. Tahun-tahun yang berikutnya (aku dah tak naik bas, dah ada beskal sendiri), bila nampak ja bas B36 A'ee ni mesti aku senyum sorang.

Kesimpulan kisah hari tu : Aku 1, A'ee 0. Ehehe.

Sekian. Apa motif aku update blog dengan cerita ni pun xtau?