Tuesday, November 16, 2010

Uncle Seekers Yang Panas

Seperti biasa, sikap terlepas keretapi ni buat aku slalu ketinggalan jauh dalam kes2 sensasi dan terkini dan terpanas dan terhangat. Hah mula nak mengarut la tu. Dan kalau aku dapat tau pun selalunya jadi pembaca senyap ja. Malas nak story atau buat ulasan di blog sendiri. Hari ni lain sikit.

Belumpun kisah AC yallll dan kes gelangnya selesai [Link 1][Link 2][Link 3], kisah pasal Uncle Seekers pulak. Loh. Ada blog jugak orang tua tu. Tapi biasa saja. Tak dak apa benda istimewa. Tak dak hantu yang keluaq. Tapi speechless ngan stori Uncle Seekers dan Permaisuri Siti Aisyah yang didakwa 'cinta syyhh'.


Apa kaitannya Permaisuri Siti Aisyah dengan Uncle Seekers?


Sedikit petikan dari blog beliau :

"Dipendekkan cerita, apabila saya tiba dilobby hotel aisyah meluru pada saya dan seperti biasa mencium tangan dan mencium pipi dan memeluk saya. Aisyah memperkenalkan pada pekerja hotel bahawa saya adaah suaminya! Saya terkedu dan mulut ini terkunci dari berkata apa-apa!

Beliau terus memeluk dan kami terus ke bangunan sebelah iaitu klcc…

Sebenarnya saya sangat malu diperlakukan sebegitu tetapi mama mengenyitkan pda saya. Saya angguk dan dalam fikiran saya terus mencari helah supaya saya tidak diperlakukan begitu kerana ratusan mata yang melihat aksi tersebut!"

Ok i don't know what to say or think. Ada gimik atau satu kebenaran atau satu lakonan meraih publisiti or what?

Macam biasa, rakyat Malaysia yang "berbudi bahasa" selalunya amek pendekatan untuk bagi "nasihat" dengan bahasa2 yang "indah" (boleh dibaca dari bahagian komen entri beliau).

Aku malas nk tulis panjang nanti tersilap kata pulak. Hangpa korek sendiri kat blog dia terus la. Link aku dah bagi tadi kat atas.
Pics ripped off from his blog