• » Last Update Was 2 months ago With : Ayah..

Friday, November 26, 2010

Bila Aku Halimunan.....

first of all aku mesti nak sembunyi dalam kedai buku. bila malam tokei kedai tarik grill tutup dan blah balik umah ke pangkuan anak isteri, maka aku akan mula beroperasi. berbekalkan torchlight Nerf aku akan belek habis section buku-buku yang aku minat. kalau boleh aku nak tabur2 buku lepas tu golek2 macam heroin hindustan. bahagia...

ataupun aku akan sembunyi dalam kedai alat muzik. terai test dram sampai patah stick. gedik doublepedal ala2 Beat The Bastard. takpun goreng gitar karen ikut suka layan prophecy buang sejam dua. lepas tu amek mic melalak BYOB ka.. biar sampai penuh kahak n air lioq kat mic baru aku stop.. nikmat..



takpun aku akan berstinggan dalam supermarket saja. nak barang apa semua dihujung jari. nak bawang? nak penyembur kaki? tak payah pening2 nak curi duit la, nak join MLM la, nak rompak la (eh bukan semua tu sama ka), nak apa amek je. Jangan kepala gajah sudahlah.


di sini aku nak berkongsi sikit ilmu yang belum aku praktikkan dengan hangpa yang berminat nak join the club.

1- tegakkan leher menghadap ke arah barat daya.
Mesti barat daya k. Jangan gatal nak tuju arah lain pulak.

2- muncungkan mulut dan chant wuuuwuuwuwuuwuwu dengan bilangan harkat dan dengung yang betul.
Jatuh satu semiton, mentera ni kira batal tau!

3- kepakkan kepak hgpa seperti dalam iklan Mekciken superim.
Kepak tau! Jangan silap anggota badan pulak.

4- Satu kaki dilangkah ke depan, satu kaki lagi langkah ke tepi.
Terpulang kat hangpa nak setting kaki mana. Ikut keselesaan. But aku nasihatkan supaya trial n error. Cuba sampai jadi.

5- Mengilai.
Ok stage ni kalau tak meremang bulu hidung tu memang something wrong somewhere. Bila hgpa mengilai ni pastikan ada fokus dan daya konsentrasi jitu. Once ada distraction, semua usaha hangpa sebanyak 4 stage awal tadi berkecai.

6- Still pastikan 1,2,3,4,5 masih berjalan (paling mencabar ialah combination 2+5 right?), hangpa kena angkat 1 kaki (guna kaki tepi) ke paras dada
I know ada di kalangan hangpa yang boroi, but try la ok. Sia2 beb, dah 6 stage dah - and it's the last one.

Congratulations, hangpa telah multitasking sebentar tadi.



Oh what?
Aku silap bagi ilmu kot? Oppsss sowiee


sebenarnya, aku dah selalu jadi halimunan ni. Ini gambar latest sekali ketika aku menjelma err men-nyahjelma.

aku yang kat tepi skali, pegang beg plastik biru

so beware. kalau hangpa dapat berita ada kedai yang bersepah tu, ha, bukan aku la tu. Gilo ko apo!

Kalau hangpa jadi halimunan? Apa benda yang akan hangpa buat? Tolong jangan jawab 3 benda ni ok
1) curi duit
2) mengendap
3) membunuh/merogol/mencabul/balas dendam

Other than that, you're free to share with me.

p/S : maaf, aku emo hari ni. 2 hari tak tidoq akibat demam. and yes, no editing for tanda bacaan n hurup besaq all those tahix.