Wednesday, January 12, 2011

Elok Ka Berblog Waktu Di Tempat Kerja?

Sekarang trend kan. Daripada 10 orang, 4 daripadanya mesti ada blog. Hah sukahati aku saja letak kajian yang tah dari mana-mana. Rekaan semata.

Tapi betoi apa. Mostly jugak yang ada blog (excluding students ya) adalah pekerja ofis yang makan gaji. Kalau orang yang ada bisnes sendiri dah tentu tak dak masa punyalah nak merumit cerita benda seharian kat strangers.
Photo taken from : here

Disebabkan kemudahan akses internet dibagi kat pekerja maka blogger2 yang datang dari kelompok ni pun wujud. Aku tak dak apa hal la dengan yang berblogging suka suka tu tapi yang gila trafik dan gila duit nuffnang ni macamana pulak?

Rasa macam gaji tak pernah cukup kan? Sebab tu pilih alternatif nak buat duit dengan blogging. Masalahnya berapa juta sangat la pun duit yang boleh dapat pun. Macamana dengan reward kecik yang perlu dikongsi ramai (churp2). Pun nak kena rebut jugak? Berapa kupang sangat yang boleh kaut.

Ini satu bukti ketamakan yang nyata. Daripada nak berebut rebut dengan orang lain, nak menayang trafik, nak menayang kejayaan keyword bermain SEO la pa jadah lagi tu, baik simpan saja la. Hangpa pi buat kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh company dan majikan hangpa lagi la baguih. Elok sangat ka dok curi tulang taim kerja? Jadi dah cukup berkatlah duit gaji hangpa dapat? Jangan macam tu, taim kerja, kerja. Nak blogging, tunggu lepas waktu kerja. Apatah lagi berfacebook ye tak.

Tingkatkan la hangpa punya produktiviti. Nak melagho pun ada masanya. Tak perlu terkejar-kejar populariti alam maya. Tentang rezeki masing-masing pulak, ya betul. Cuma fikirkan beri peluang kepada yang betul-betul memerlukan. Yang terpaksa tidak bekerja dan tak ada pilihan lain selain mengharap sedikit pulangan dari blogging dan jadi publisher iklan nih.

Erm tiba-tiba pulak rasa macam entri ni berat sebelah ja kan. Haha. Rihihihihiiieally. Kalau aku sendiri ada kampeni, pekerja-pekerja curi tulang macam ni dah lama aku pecat saja. Pegilah kawww. Nak blogging sangat kan. Nak keluar entri 74 bijik sehari pun pegi lah. Asalkan jangan guna internet dan komputer opis aku apatah lagi guna masa bekerja yang aku dah bagi. Owh guna broadband dan laptop sendiri? Bagus tu, sangat indipendent. Sila berindipendent dengan gaji terakhir ya. Haks.