• » Last Update Was 7 months ago With : Ayah..

Friday, January 28, 2011

Bila Kawan Jadi Artis

Semua orang mesti ada sekurang-kurangnya sorang kawan atau sedara yang dah jadi artis atau femes. Semestinya ada dilema-dilema ni kan :

1) Nak mengaku kenal, takut dikatakan tumpang glemer
2) Nak mengaku kenal, walhal kenal sipi-sipi saja
3) Nak mengaku kenal, padahal bukan rapat pun dulu.

Cara mudah yang slalu orang buat ialah mengeji-ngeji kan?

"Alah dia tu bukan baik pun. Sombong, berlagak. Macamana orang buleh kata cantik tah?"

"Yelah lawa, otak phailed. Bukan pandai pun. Luck ja tu jadi artis."

"Chait bakat konon. Tengok tak dak sempoi tara mana pun."

Nilah dilema orang kita. Dalam ati tu sebenaqnya ada la rasa bangga sebab kenal. Tapi segan nak ngaku. Apa salahnya doakan/ucapkan kejayaan depa walaupun perangai depa tu da lain sebab dah jadi femes. Anggap saja depa tu ada kelebihan kat dunia ni. Hangpa pun tak kurang speselnya. Hangpa mungkin ada luck dalam perniagaan, stadi, marketing, programming, blogging dan sebagainya. Betui tak?

Ini adalah orang-orang yang aku kenal tapi depa tak kenal aku. Wohohoh.. Klik gambaq utk zoom in/zoom out

Datin Norjuma.
Senior waktu aku join persatuan Bahasa Melayu. Wakil pasukan pendebat skolah yang petah walaupun slalunya bukan sorang yang chatty.



Hannah Sarah Tan.
Ketua tingkatan yang tak pernah kedekut dengan senyuman, sentiasa ceria dan tak kedekut ilmu.

Annahita Bakavoli.
Junior waktu aku dalam pancaragam sekolah. Tak ingat instrument muzik dia tapi memang kenai nama, orang dan mukanya (yelah selalu sebelum latihan, semua orang kena sahut nama untuk tanda kehadiran).

Hangpa pulak camna ah? Ada kenal tak sesapa yang dah glemer?