• » Last Update Was 5 months ago With : Ayah..

Wednesday, May 11, 2011

Aku Jadi Pengarah Filem! | CM2

Artikel ni aku taip pada 31 Oct 2007. Simpan dalam notepad ja xpublish. Untuk geli sendiri baca taim boring. Memandangkan topik kedua untuk Cabaran 30 Minggu ni macam kena ja, so aku pun korek balik la artikel nih..


Tajuk Minggu Kedua :
Kalau saya seorang pengarah filem..

**********************************************
Ciri-ciri ni mesti diadakan kalau aku nak buat filem seram:



-watak gagging / retching sebab 'terbau' kehadiran benda busuk. Sepatutnya mayat/hantu mesti bau busuk tapi dalam filem seram melayu tak dak semua ni

-watak tersedar bulu roma dia naik baru dia saspen. Ni tak, asal terdengar bunyi pelik ja, dah berpeluh la apa la. Exaggerate ja.

-watak cursing / menyuarakan expresi bila tersedar dia menakutkan diri sendiri dengan perasaan takut yang belum pasti : like 'kwajaq' or 'hish apa pulak ni'

-tengok hantu jadi kaku, bukannya menjerit tak tentu hala.

-kondisi hantu yang xstereotype : aku tak mau buat filem hantu rambut panjang tutup muka n kain berkecai. Like idea gambaq POCONG tu ok coz mayat melayu dibalut macamtu

-tak dak buat hantu nak menunjuk dalam kamera, means kamera x fokus kat kehadiran depa. Selalunya filem seram mesti nak buat hantu melintas kat belakang watak so penonton boleh nampak. Boring. Aku nak buat gambaq hantu yang hantunya hanya boleh nampak kalau penonton observant dengan keseluruhan screen bukan fokus bijik mata kat tengah ja. Contoh gambaq seram indon tajuk apantah aku dah lupa, tunjuk hantu tu sat ada kat cermin n sat xdak, menyebabkan penonton yang tak perasan means xnampak la.

-suara hantu bukan rakaman digital tapi real on the spot of the babak.

-tunjukkan kehidupan watak yang sederhana, bukan yang dok kat rumah besaq n ada keta besaq. Aku nak buat yang wataknya dok umah flat macam orang kebanyakan yang akan p tonton gambaq tu nanti. Contoh gambaq telemovie CHAMPION saiful apek yang dok dalam umah flat sempit dengan adik2 ramai tidoq kat lantai. Normal kan.

-filem chatty : means setiap watak banyak dialog bukan waktu2 tertentu saja. Filem melayu tempatan selalunya lemah hat ni. Dialog yang berfakta tak banyak, n kalau nak buat pun nampak tak seswai n kaku, terlalu bersungguh2 pulak.

-kedudukan n cara pergerakan hantu mesti yang logik n lain dari yang selalu tunjuk dalam filem sedia ada. Good example: PHSM tunjuk maya karin kat atas tiang palang umah, or gambaq indon tu yang tunjuk hantu kat penjuru siling dan gerak mengengsot, or gambaq nangnak yg tunjuk hantu upside down di tengah siling. Stail gerak merangkak dah x best la since THE RING dah buat macam tu.

Satu lagi ciri2 yang membuat penonton tak leh duga:-

katakan di mana pelakon sorang2 mati secara bergilir. Jangan difokuskan sangat orang yang akan mati next sebab penonton mesti kata "ha tak tau dia ni mati satgi". Kalau adegan tu tunjuk watak2 sedang bergaduh sesama sendiri beberapa saat sebelum kejadian malang menimpa salah sorang, tunjuk kat semua orang, jangan terlalu fokus kat sorang saja. Tunjuk sipi2 then bila kejadian tu jadi baru tunjuk cemas / apa2 kat mangsa tu, tapi jangan diabaikan yang lain2.

watak tak boleh recover dari satu kejadian malang tu secara cepat. Semestinya kalau kita sendiri terwitness apa2 mesti menjadi topik yang tak boleh dimatikan saja dalam perbualan. Sesetengah orang akan mengalami shock / trauma yang amik masa nak recover. Ni tak, kawan baru jadi mayat, senang2 je lupa. Dah la xterfikir langsung nk kebumi ke, apa ke hehe..

**********************************************

Ok aku nak tag 2 kawan blogger :
a) Iza Teratak Usang
b) Cikpia

Kalau hangpa nak join jugak cabaran ni untuk memastikan blog sentiasa berupdate tiap minggu, baca dulu syarat2 simple kat sini :