
Berikut 6 contoh komen yang menjengkelkan, dan patut dikurangkan. Lebih elok kalau elakkan terus buat macam ni lagi.
1) Komen Yang Fancy
Ada hiasan-hiasan yang tak penting diselitkan dalam komen, semata-mata mahu kelihatan 'lain dari yang lain'
![]() |
Contoh hiasan berbaris-baris diikuti dengan komen yang semestinya hanya sebaris dua. Klik utk zoom |
2) Lebih Dari Satu Link
Cukuplah untuk hangpa tinggalkan komen dengan 1 link ke entri terbaru/popular saja. Bila letakkan sekali lebih dari satu link dah dikira macam cubaan spamming. Tambah teruk lagi kalau blog yang hangpa komen tu ada plugin CommentLuv yang semestinya dah auto detect feed dari blog hangpa.
Letak 2 link + 1 auto sedut link Comluv = 3 links dalam komen??!
3) Komen Tanpa Baca Artikel
Elakkan tinggal komen kalau hangpa tak baca langsung apa penulis blog tu cerita dalam entri dia. Ada juga blogger yang serta merta tinggalkan komen di blog-blog popular dengan "1st" atau "2nd", dan seterusnya.
Lebih menjengkelkan apabila hangpa cuma baca tajuk yang bergimik tanpa cuba memahami isi kandungan entri tersebut. Sebagai contoh boleh dilihat di post aku bertajuk "Jom Bunuh Diri". Tengok saja pengomen pertama yang tak beretika tu, selain berselindung dengan nama Anonymous.
4) Komen Satu Baris
Demi menyelitkan link ke entri terbaru, hangpa terpaksa jugak tinggalkan komen walaupun terasa speechless dan blank. Hasilnya komen seperti ini dapat dilihat :
Hahahaha..
Nice entry
Thanks
Sekurang-kurangnya tunjukkan effort hangpa untuk meninggalkan komen berkualiti. Entertain sikit penulis entri tu sebagai balasan dia dah entertain hangpa. Kalau tak dak idea, tinggalkan dulu desakan perasaan nak komen tu sebentar, blogwalking dulu ke blog lain.
5) Tunjuk Lagak
Level knowledge seseorang tak boleh diukur dengan hanya membaca penulisannya. Mungkin hangpa dah tau info ataupun dah pernah siarkan konsep entri yang serupa di blog hangpa sendiri. Serta merta hangpa rasa jengkel dan tanpa fikir panjang mungkin komen seperti ini akan terpacul :
a) Ala yang ni aku pun tau
b) aku dah pernah tulis pasal ni dulu, baca kat sini.. [sekian sekian link]
Untuk a), sapa yang tak kecik hati terima komen macam ni? Pernah dua tiga blog aku tengok dapat komen berlagak ni. Kesian. Kalaulah entri tu dikarang sendiri (bukan copy paste), maka komen sebegini cuma memperlekehkan usaha penulis tu. Elakkan sikap macam ni.
Untuk b), pun dikira annoying dan dilihat macam cubaan 'mencuri' pembaca dari blog tersebut. Percayalah hangpa takkan dapat hasil yang diharapkan dari cara komen macam ni.
Seelok-eloknya, hangpa buat 'point tambahan' untuk support mana-mana aspek yang tertinggal dalam entri tersebut.
6) Cari Pasal
Bila hangpa tak setuju dengan penulis, mulalah tak dapat kawal kemarahan. Penulis tu pun hangpa cerca dan maki.
Sedangkan yang hangpa tak setuju cumalah isi dalam entrinya, tapi hangpa serang penulis tu terus.
Kat sini dapat tengok yang hangpa sendiri tak professional. Eloklah berhenti blogging. Bila komen tak diapprove, hangpa kutuk pulak kat blog hangpa, kata penulis tu tak boleh terima teguran la, tak berfikiran terbuka dan sebagainya.
Sedangkan hangpa jugak akan terasa kalau orang lain serang hangpa kan?
Seelok-eloknya hangpa tegur penulis dengan bahasa yang tersusun dan baik walaupun entrinya mengundang kemarahan. Biarkan dia dengan kebodohannya kalau tak mahu terima teguran hangpa, jangan hangpa pulak yang membusukkan nama sendiri.
Inilah saja points yang aku dapat bagi kat hangpa. Kalau ada lagi please feel free to add kat bahagian komen di bawah. Do not plagiarize this entry. Link back or share.
eszol · 723 weeks ago
My recent post Ekspedisi Gua Rafhanah dan eszol
mytafa · 723 weeks ago
AdamXis · 723 weeks ago
My recent post ►Tips - SEO Alexa Traffic Rank
Scarlett O'hara · 722 weeks ago
My recent post Di neraka lagi panas kak! Debukk!!!
amry · 722 weeks ago
1. tinggal komen tanpa baca entry.....Boleh tau la kalau kita baca tak baca entry tu pas tu tinggal komen...boleh bau der....komen pon memang menyakitkan mata aku....pernah gak rasa nak buat entry pasal ni...nak buat ker tak nak buat ker tak?? rasa macam nak buat......
2. tinggal komen banyak kali, ada 2 orang blogger kat blog aku buat macam ni....untuk apa erk? untuk menjadi top pengomen??? rasa kalau komen sekali panjang dalam 1 kotak komen ok gak kot. kan kan kan... yang ni aku tak kisah sangat, sekurang2 nya diorang ada baca entry aku,
yang lain2 ko senaraikan tu aku tak pernah alami lagi lah... :)
My recent post Drama Yang Benar2 Mencuri Hati Aku
PakarBuahPinggang · 720 weeks ago
Saya setuju sangat dengan artikel di atas. Elakkanlah dari meninggalkan komen berbentuk spam, pastinya tidak akan mendapat perhatian dari tuan punya blog dan juga para pembaca lain.
Ini pernah berlaku pada saya. Bila saya tengok ada komen dalam folder spam di dashboard WP saya, tanpa berfikir panjang terus saya padam tanpa ada keinginan untuk membaca.
Ali ridha · 718 weeks ago
buat.malu juga ada orang tegur aku.
TheGirlNamedNoor · 710 weeks ago
My recent post Budak Dulu vs Budak Sekarang :: Versi Puasa dan Raya