Friday, May 13, 2011

Keghairahan Popular Di Dunia Maya | CM3

Tajuk Cabaran 30 Minggu kali ni macam serius. Aku cuba setakat yang mampu untuk mengolah entri ni.


Tajuk Minggu Ketiga :
Keghairahan Popular Di Dunia Maya



**********************************************

Zaman internet hujung jari ni buatkan manusia, khususnya remaja melebarkan jaringan sahabat dengan lebih mudah. Laman sosial macam FB, diikuti dengan blog dan seterusnya Twitter. Pasepa aku letak Twitter no.3? Sebab rasanya ramai yang tak pandai guna twitter lagi termasuklah yours truly.

FB pulak sekarang, adding strangers to friendlist is very common. Aku tengok yang ghairah (atau tergedik2) add-add orang ni selalunya kanak-kanak, remaja bawah umur dan orang yang lihat internet ni berpotensi buat duit bila dia ramai kawan. Ramai yang eksaited belajar search-search dan add orang daripada cara control privacy bila guna fb.

Ayat ni selalu kita dengar bila terjumpa kawan lama :
"Wei lama tak jumpa, anak dah berapa?"

Sekarang jadi :
"Wei lama tak jumpa, ada fb tak?"

Blog pulak. Rasanya bila menulis blog, lepas tu promote bagai nak rak, tu tandanya bloggers tu mahu penulisannya dibaca kan. Sebab kalau tak nak dibaca orang dah tentu dia privatekan blog. Then wujudla perasaan ingin popular segera agar penulisan dibaca selalu. Kadang-kadang sampah pun, masih harap orang lain baca. Sambil-sambil tu up earning dari iklan pemberat blog. Timbul pulak taktik-taktik kotor. Bila kantoi kena tegur, terus panas punggung dan transform jadi anonymous. Heheh.

Lastly Twitter. Aku kurang minat twitter. Twitter aku cuma sampahan iklan dan feeds blog saja. Tak pandai nak bersembang.

Sebelum aku disorientated tulis entri ni panjang2 jadi merapu, maka pendekkata orang-orang popular dalam alam maya ni sebenarnya loser di alam nyata. Bukan semua tapi memang ramai. Har3. Harap-harap dalam mengejar nama tu kita tak terlupa persediaan untuk ke alam barzakh pula.

**********************************************

Ok aku nak tag 2 kawan blogger :
a) Sharifatulhana
b) Lia3003

Kalau hangpa nak join jugak cabaran ni untuk memastikan blog sentiasa berupdate tiap minggu, baca dulu syarat2 simple kat sini :