• » Last Update Was 5 months ago With : Ayah..

Monday, May 09, 2011

Berikan Aku RM 100 | CM1

Amboi tajuk. Menagih simpati sungguh. Sebenarnya bukan apa, aku pun nak join jugak CABARAN 30 MINGGU LATIHAN MENULIS! yang dianjurkan oleh 100penulis.com, yang mana satu topik keluaq tiap minggu, selama 30 minggu. Takdelah blog ni bersawang lagi sebab malas nak menulih.

Tajuk minggu pertama ni :
Kalau saya diberi RM100 sekarang, saya akan..

Heheh.. Duit klasik ;)

**********************************************
So, kalau aku dapat RM 100 sekarang, tak kiralah baru cashout paypal ke, nuffnang ke, churp-churp ke atau orang bagi, maka :

1) Beli susu anak
Bekalan susu mesti kena replenish selalu. Nak beli yang mahal sekali skala buleh la kalau ada lebihan duit tu.
 Harga susu : 
RM 17.00
Baki : 
RM 83.00

2) Beli pampers anak
Hoho. Dah nama ada anak ni kenalah bagi keutamaan kat anak kan?
Harga pampers : 
RM 25.00
Baki : 
RM 58.00

3) Set makan simple untuk 2 orang x 2 sesi = 4 pinggan
Semestinya yang paling DIY, simple nak buat dan ketika tengah-tengah bulan. Jejejeng.. SADIN la apa lagi. Kena dengan teloq bawang dan ikan masin. Kalau yang setara dengan ni makan kat kedai sama dengan RM 3 X 4 pinggan = RM 12.
Penyediaan : 
RM 8.50
Baki : 
RM 49.50

4) Topap hempon
Walaupun aku dah tak guna hempon (salah satunya sebab dah hilang xtau anak aku sorok kat mana), tapi untuk kecemasan tentulah line mesti aktif.
Harga Topap : 
RM 10.00
Baki : 
RM 39.50

5) Kopok Kucing
Kucing-kucing tidak aku lupakan. Sekurang-kurangnya satu peket makanan kering (keropok) mesti beli untuk stok.
Harga sepeket : 
RM 6.00
Baki : 
RM 33.50

6) Pembiayaan Klinik
Ada je klinik panel yang FOC tapi untuk kecemasan jugak satu peruntukan mesti disediakan. Kos bayar ubat (yang pastinya balik tak makan! Huh)
Peruntukan : 
RM 20.00
Baki : 
RM 13.50

7) Tabung
Baki akan masuk tabung. Untuk simpanan kecemasan. Tak boleh nak belanja sewenang-wenangnya. Sebagai seorang yang berjimat dan kedekut macam aku,  duit kecik-kecik macam ni pun kira tau!
Tabung : 
RM 13.50
Baki Akhir : 
RM 0.00

Begitulah akan aku manfaatkan RM 100.00 :)
**********************************************

Ok aku nak tag 2 kawan blogger :
a) Padlie
b) Amry

Kalau hangpa nak join jugak cabaran ni untuk memastikan blog sentiasa berupdate tiap minggu, baca dulu syarat2 simple kat sini :