Sunday, April 03, 2011

Jom Bunuh Diri

Sebenarnya tak susah pun nak bunuh diri. Buat apalah yang nak terjun-terjun bangunan. Jatuh atas kereta orang, kesian tuanpunya kereta. Jatuh atas pavement, susah nanti nak kutip otak, daging, isi perut terburai semua. Menyusahkan orang nak cuci lepas tu. Buat apalah nak tikam-tikam nak kelar-kelar. Kalau mampus terus takpa, kalau nyawa liat? Suffer tak terkata.


Tapi jangan risau, sini ada tips macamana nak go on with your life, tapi fokus kepada matlamat nak bunuh diri. Cara ni kawan-kawan dan sedara mara tak perasan sangat, jadi tak dak la rimas orang dok tanya khabar.


1. Makan ikot suka


Apa perlu pantang? Nikmat makan dah diberi, sental ja mana yang buleh.

a) masa
perlulah mengabaikan masa makan. Sapa la pandai2 tetapkan breakfast kena makan waktu pagi? Lunch waktu tengahari? Dinner awal malam? Amalkan breakfast pada pukul 9 malam, lunch pada keesokan pagi, dinner malam ni carry forward ke minggu depan.

b) keseimbangan
banyakkan garam dan gula, jauhi sayur-sayuran dan ulam-ulaman, banyakkan satu kelompok makanan, misalnya karbohidrat semata-mata. Katakan tidak kepada buah-buahan segar, pilihlah jeruk yang over peram dan yang berkaitan.

2. Jauhi aktiviti fizikal


Minimakan pergerakan anda. Habiskan masa dengan menggedikkan mouse komputer saja atau menonton tv. [Refer tips #8 di bawah]
Sekiranya ada rakan mengajak bersukan seperti badminton, futsal dll, demi menjaga hati bawaklah beliau bersukan di kedai game bersama anda. Untuk mengongker satu mesin game perlukan skill tau? Pastikan ada modal untuk ditukar kepada token.

3. Jangan hepi


Cari peluang untuk memurungkan diri. Kalau sedang bahagia, cipta jalan untuk merosakkan kesentosaan tersebut. Hati kena sentiasa resah dan kacau. Sentiasalah mengenang peristiwa-peristiwa pahit sebagai motivasi. Takde bad memories? Cari pasal. Busukkan perut dengan fitnah dan melaga-lagakan kawan, lepas tu sila rasa bersalah. Tak rasa jugak? Pegi tonyoh muka kat jalan tar.

4. Tidoq ikot suka


Seperti makan, tidoq jugak la ikot suka

a) masa
bila pukul 12 tengahmalam, jangan tidoq lagi! kenalah sentiasa online supaya dapat mematikan rasa mengantuk. Bagi penulis-penulis blog pula, inilah masanya untuk mem-ping blog di gengblogger, innit dan sebagainya agar tersenarai sebagai popular post. Untuk para sosial people, pegi klabing puas-puas. Buat apa peluk bantai sedangkan boleh peluk orang? Yang tak muhrim pulak tu. Thrill siot. Agak-agak bila azan Subuh berkumandang, barulah beransur balik ke tempat tidoq (rumah sendiri/rumah org lain) menarik selimut dan tutup telinga dengan bantal. Tidurlah sampai petang.

b) keseimbangan
Hari ni tidoq 4 jam, esok atau lusa tidoq la dalam 3-4 jam jugak. Jangan sesekali mendekati 6 atau LAPAN jam kerana tidoq yang cukup boleh membuatkan badan fresh. Kalau nak jahanamkan diri, badan tak buleh fresh faham. Ini penting untuk kemandoman diri dan stamina yang menurun.

5. Minuman


Jauhi jus buah-buahan. Banyakkan minum kopi beracun, minuman sejuk berais ketoi (pastikan suhu boleh membrain-freezekan anda). Jangan minum air kosong. Mesti yang manis-manis gitu supaya senyuman pun sentiasa manis. Kalau ada modal lebih boleh la togok arak, barulah rasa cam omputeh skit.

6. Rokok


Lambang gaya mutu dan keunggulan. Langkah ni tak boleh skip. Compulsory. Bagi yang tidak merokok, katakan "NAK TAK?" dan mulakan belajar menghisap rokok. Dari cuba-cuba, harapan cerah anda akan menjadi perokok tegar. Pelajari skill naga, O besaq O kecik, double sip dan banyak lagi. Bila dah jadi perokok tegar, bertukar-tukarlah brand selalu.

7. Ubat


Untuk kesihatan kena makan ubat kan? Ubat serbuk ada, ubat bijik ada, pilih ja variasi macamana nak. Stail kampung ada, stail moden ada. Kawan-kawan pun ramai dah jadi tokan. Ramai ada kilang sendiri. So bekalan di hujung jari - picit mana2 nombot dalam henpon dan sila berurusniaga.

8. Abaikan kewajiban yang dituntut


Terus-teruskan online dan berfacebook berblog. Capai kebahagiaan dan kemasyuran dunia virtual daripada mengumpul bekalan akhirat. Penting untuk belajar SEO, kejar trafik, printscreen analytics, buat duit online dan offline. Jangan berganjak dari apa yang anda lakukan bila mendengar azan dari masjid berdekatan. Teruskan melagho. [Refer tips #2 di atas]



Lakukan semua perkara di atas secara konsisten dan penuh komitmen, maka bolehlah merosakkan diri dengan perlahan-lahan. Takdak la mendadak kan? Kira dah multi tasking jugak ni. Live but dying.  Matikan diri secara berperingkat, fizikal mahupun rohani.
[Penulis @hatitupai tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang cubaan praktikal yang mana tips-tips di atas dirujuk sebagai panduan. Artikel tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik melainkan sindiran kepada umum sahaja. Semoga pembaca dapat menilaikan yang buruk dan baik dari artikel di atas. Membunuh diri adalah satu kesalahan di sisi agama dan undang-undang.

diriwayatkan dari Tsabit bin Al Dhahhak ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "siapa pun yang secara sengaja bersumpah palsu bahwa agamanya bukanlah Islam, maka ia adalah sebagaimana yang ia katakan. dan siapapun yang membunuh dirinya sendiri dengan sepotong besi, di neraka ia akan diazab dengan benda yang sama".

diriwayatkan dari Jundab ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "seorang lelaki terluka dan bunuh diri, maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri maka Aku haramkan surga untuknya"".

diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "ia yang bunuh diri dengan mencekik dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus mencekik dirinya sendiri dan ia yang bunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus menikam dirinya sendiri".]
Agree?