• » Last Update Was 5 months ago With : Ayah..

Sunday, April 24, 2011

Jangan Encourage Kawan Kaki Maki, Kelak Kau Juga Dimakinya

Bila dah guna face-lagho-book ni kira dah blh tengok gelagat orang TANPA PERLU KELUAR RUMAH. Dok ja depan monitor dan baca satu2 status updates. Biasalah stalker. Eh, observer la.

Dengan kemudahan prompt box mengumpan 'What's on your mind?', maka kepantasan menyuarakan suara hati pun blh share serta-merta. Emosi tengah terganggu maka dalam kotak ni la tempat luah perasaan.


Macam SMS jugak, teknologi dalam komunikasi ni aku tengok makin hari makin menjerat. Kalau taip takdenye nak fikir baik buruk. Sikap impulsive act tu slowly ditanam dalam diri kita kalau hangpa tak sedaq lagi.


Dulu zaman surat menyurat, selalunya lepas tulis, kita baca2, edit2, baru hantar. Kalau tulis tengah emosi tak stabil, boleh check baca balik n pebetoi. Skang ni takdak - taip merapu semua pun nak habaq satu dunia.

Tak terlepas dalam friend list hangpa mesti ada at least sorang kawan kaki maki. Setiap kali dia on fb, dia mesti update maki2, tak puas hati, orang ni salah la, perangai org tu tak best la. Mesti ada saja yang tak kena kat mata dia.

Lepas tu mesti hangpa akan sapok emosi bisikan syaiton kawan ni. Dalam tak sedar mesti jadi batu api. Tiap kali kawan update maki2, hangpa akan jadi earliest commentators yang pro.

Firestoning in progress

Macamana kalau satu hari ditakdirkan hangpa ada konflik dengan kawan kaki maki tu? Dah tentunya hangpa juga akan jadi bahan kutukan dia, lepas tu orang lain pulak support dia?

Dah nama manusia tu. Kalau sikap buruk tu dah jadi makanan tiap hari, susah nak ubah dah. Tambah pulak respons yang diterima positif dan menggalakkan.

Jadi eloklah hangpa elak saja dari terlibat sama. Kawan tu kawan jugak. Tapi agak2 la.