• » Last Update Was 4 months ago With : Ayah..

Wednesday, August 10, 2011

Group Anonymous Nak Hack Facebook Pada 5 Nov.

Semakin menjadi-jadi kegiatan hack mengehack kebelakangan ni. Dan yang mengaku "hackers" tu promosikan diri macam hero masyarakat yang berniat murni. Terbaru pulak kisah satu group yang menamakan diri diorang Anonymous meletakkan target 5 Nov akan datang untuk melumpuhkan Facebook.

Alasan diorang :
"Everything you do on Facebook stays on Facebook regardless of your "privacy" settings, and deleting your account is impossible, even if you "delete" your account, all your personal info stays on Facebook and can be recovered at any time. Changing the privacy settings to make your Facebook account more "private" is also a delusion. Facebook knows more about you than your family. "

Jadi diorang gunakan alasan Facebook tak jaga privasi pengguna sebab tu la nak kasi ajar sikit.

Mesej dari anonymous :


Nice date anyway.

Macamanapun aku nak tekankan kat sini, privasi di facebook ialah tanggungjawab kita sendiri. Berapa banyak information yang kita nak reveal maka kita kenala tanggung consequences dari situ.

Perhaps facebook kena buat official punya tutorial yang lengkap untuk semua pengguna. Yang ajar step by step dalam privacy settings dll. Ni info pun merata-rata susah la orang baru nak ikut.

Secara general dari aspek hek mengehek ni, aku kata biaq pi lah. Yang aku tak suka ialah cara hackers tu nak umum-umum diri tapi buat-buat pemalu. Apa la. Tengok saja kes web Nuffnang baru-baru ni. Apa salahnya contact NN dan bagitau "SEKURITI WEB AWAK BERLUBANG, KALAU TAK EJAS DALAM MASA SEMINGGU AWAK AKAN DIHACK". Bagi notice dan peluang kat mangsa-mangsa dulu. Ni tak, sedap2 hack lepas tu announce la kat semua orang untuk cari peminat.

Teringat aku pernah nasehat kat sorang kawan ni. Sekitar 2005 camtu. Asal lepak skali ja hingaq bagitau dia hack itu ini. Last-last aku bagitau, TRUE HACKER NEVER SPEAKS.

Mende la cari publisiti malu-malu tapi mau ni. Ish.

5 Nov. Kita tunggu dan lihat.