• » Last Update Was 7 years ago With : Ayah..

Monday, February 07, 2011

Semakin Ramai Blogger Gemar 'Curi' Trafik Blog Lain

Perhatian! Jangan jadi mangsa! Blogger kita semakin maju sekarang. Dah pandai manipulate kod-kod HTML simple untuk kepentingan blog. Nak glamer lebih, tektik kena la upgrade kan?

Let me tell you something about HIDDEN INLINE FRAMES.

Bila kamu letak kod ini di blog, dan frame ni memaparkan satu page, secara auto bila blog kamu dapat pelawat, page yang dalam frame itu juga dapat pelawat kamu.

Sorry for crappy illustration. No time to design properly

Contohnya frame kamu link ke page google.com.
Bila pelawat sampai blog kamu, visitor kamu +1, google.com pun dapat +1 (visitor yang sama).

Nampak tak google.com tak perlu dibuka tapi dapat pelawat jugak?

So macamana kalau dalam frame tu ialah blog orang lain?

Konsep inline frames ni dah banyak digunakan sekarang secara meluas di kalangan blogger kita. Satu contohnya ialah bloglarian.blogspot.com. Blog ni nampaknya takdak salahnya sebab frames semua jelas dan besar. Maksudnya pelawat bloglarian boleh nampak isi dalam frame.

Para "blogwalkers" penipu pun gemarkan inline frames ni. Mereka akan kumpul semua frames shoutbox untuk kegunaan peribadi.

Tapi macamana dengan blogger yang terang-terang mengumpan kamu "free backlinks" atau "free traffic" sedangkan yang free tu untuk blog dia bukannya blog kamu? Mungkin jugakla dia akan letak frame blog kamu dalam blog dia, tapi pada masa yang sama blog dia terima beratus-ratus trafik lagi yang ditumpang dari blog2 lain yang dah terpengaruh untuk pasang kodnya.

Senang saja kalau nak check ada blog lain tumpang trafik dari blog kamu :

Search source code blog kamu, dan cari kod yang kelihatan seperti ini :
<iframe height="0" src="URL" width="0">


URL dalam kod tu tentulah menuju ke blognya. Height dan width diletakkan "0" sebab framenya disembunyikan dalam blog kamu. Jadi orang tak nampak dan tak tau!


So lepas ni hati-hatilah. Jangan cepat terpedaya dengan umpan "blog kamu akan dapat trafik dengan cara/projek saya ni", sedangkan itu cumalah cara untuk pujuk kamu saja. Fikir dulu sebelum ambil apa-apa kod dari orang lain!

Senang cakap, bila ada kod ni,
SEBAGAI EMPUNYA BLOG, kamu mesti tahu :
Ada blog lain menumpang trafik dari kamu

SEBAGAI PELAWAT BLOG, kamu mesti tahu :
Kamu sedang melawat 2 blog dalam satu window tapi yang satu lagi tersembunyi.

Loading page :
Blog yang ada kod ni akan load 2 blog sekaligus, maksudnya penambahan loading time. Kalau blog tumpangan dalam frame tu loadingnya berat, automatik blog yang pasang kod tu akan bertambah loading time.

Contoh dalam bentuk kiraan :
3 Blog mangsa, A, B dan C.
Blog penumpang trafik D.
A, B, C pasang kod inline frame blog D.
Blog A sedang ada 13 pelawat.
Blog B sedang ada 14 pelawat.
Blog C sedang ada 12 pelawat.
Maka blog D sekarang ada 13+14+12=39 orang pelawat (yang ditumpang dari A,B dan C)

Kalau ada soalan / tak paham sila tanya kat comment section.