Showing posts with label Koleksi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Boleh Bikin Harta Pusaka

Nak buang sayang, nak jual tak patut, nak simpan menyakitkan hati tapi terpaksa simpan jugak. Ni yang susah jadi seseorang yang tak boleh nak let-go, maupun barang, or kenangan. Sangat sentimentol.

Memangla reta tak boleh bawak masuk kubur. Tapi macam aku kata tadi la, nak buang sayang pulak.

Ni hah aku cakap pasal 2 benda mainan aku yang masih elok dalam jagaan. Tamagotchi yang aku baru beli around 2004. Waktu tu kerja kilang. Hah, beli guna duit gaji la. Bukan cam budak-budak zaman sekarang mak bapak taboq duit ja. Dah lama sebenarnya mengidam tamagotchi ni. Penah sorang classmate dulu bawak waktu kelas Agama. Skali pet dia bising nak mintak makan, uztazah pun rampas tamagotchi tu. Haa tu lah bawak lagi masuk kelas.



Sunday, February 13, 2011

BUKU : Perjalanan Yang Tidak Direstui by Mohd Farid Ariffin

Sebelum ni aku ada tulis pasal buku Kisah-Kisah Seram oleh penulis Singapura, Othman Wok. Hari ni aku nk kongsi pula satu lagi buku yang jadi kemestian utk aku baca every 5 years.
Terbitan Utusan Publications & Distributions, cetakan pertama : 1979
Perjalanan Yang Tidak Direstui ni berkisarkan satu keluarga consists of 5 org - bapak, mak, kakak umur 10 dan 6 tahun dan anak bongsu lelaki yang berumur 2 tahun. Keluarga ni mengambil keputusan pada 15 November 1977 untuk memulakan perjalanan dari London ke Malaysia melalui jalan darat. Ya, dengan sebijik kereta VW Beetle 1300 buatan tahun 1969.


Tuesday, January 11, 2011

BUKU : Kisah-Kisah Seram by Othman Wok

Terdetik di hati aku nak taip dan publish balik keseluruhan buku Kisah-Kisah Seram ni tapi aku masih menimbangkan soal copyright dan kebenaran publish.

Maka aku cuba mencari info tentang penerbit buku ni, Heinneman Asia Pte. Ltd. dan setakat ini belum ada cara macamana aku nak kontek pihak depa bertanyakan soal dan prosedur semua benda alah ni. Berdasarkan ISBN buku ni yang aku cari dari direktori kampeni induk pun tak ada result positip.

So masih dalam keadaan serba salah.

Biar aku review sikit tentang buku ni dan penulisnya Othman Wok.


Monday, December 06, 2010

Tabung Bersamaku @hatitupai

Aku perlu funds untuk beli another almari buku. Kapasiti almari sekarang sangat menyedihkan. 1 shelf sampai kongsi 2 rows. Abis buku2 yang tak dapat display depan.

Sorry aku bukan pembaca yang intelek. Tak banyak buku2 bacaan orang dewasa ada dalam simpanan since I stop buying books years ago. Banyak buku dalam koleksi aku bermula dari darjah 2 iaitu xx years ago. Some of them disambung dari koleksi kakak2 aku dan mostly collection datang dari peak time aku buying fictional books waktu remaja dulu.

Klik gambaq utk zoom
So that explained why tahap vocab aku tersentot di level menengah saja. Apart of not much reading matang/dewasa materials, aku jugak sudah stop practising to write properly. Pernah di awal millennia ni aku gila menulis (waktu tu zine Contagious dan Confidential) tapi taim tu biasalah rebellious dan ada motivasi untuk menulis - jual zine dapat RM. Muakakaka.


Tuesday, November 03, 2009

~KEMBALIKAN KENANGAN MANIS ANDA

Ada dikalangan kita yang kini mewarisi banyak koleksi piring hitam dari ibubapa, abang, kakak, pak cik, mak cik dan sedara mara kita. Tak kiralah piring hitam 12 inci (dikenali sebagai LP) atau 7 inci (dikenali sebagai EP). Walaubagaimanapun, koleksi-koleksi piring hitam tersebut tidak dapat didengar lagi kerana pelbagai faktor seperti berikut :-

1. Tiada pemain piring hitam (turntable).
2. Ada pemain piring hitam (turntable) tetapi sudah rosak.
3. Tak tahu langsung apa rupa benda pemain piring hitam.

Mungkin ada diantara koleksi-koleksi piring hitam tersebut, terdapat lagu-lagu yang kita dengar semasa kecil sewaktu piring hitam tersebut dimainkan. Banyak lagu-lagu yang pernah dikeluarkan dari piring hitam tersebut tiada lagi dijual di pasaran dan sukar diperolehi lagi. Yang menakjubnya, lagu-lagu tersebut terselit dalam piring hitam yang kita warisi/miliki tetapi malangnya tak dapat pula kita mendengarnya memandangkan beberapa faktor tersebut.

Kini, tak perlu bimbang lagi kerana saya dapat membantu anda mengembalikan kenangan manis anda melalui penghasilan semula lagu-lagu tersebut ke versi digital (audio cd) melalui bantuan alat dan teknologi terkini. Semua piring hitam dapat saya kembalikan mutu suara kualitinya ke versi digital tidak mengira genre lagu-lagu seperti klasik, pop yeh yeh, pop, hindi, english, rock, rap, metal dan sebagainya. Dengan syarat, piring hitam mestilah sekurang-kurangnya 60% dalam keadaan sempurna.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengembalikan semula kenangan manis anda melalui penghasilan semula versi digital dari piring hitam boleh menghubungi saya melalui email nordin_mppp@yahoo.com atau sms kepada 016 - 432 7872 (din) untuk mendapatkan butiran dan alamat lengkap. Kos untuk penghasilan semula piring hitam adalah sebanyak RM 25 sekeping. Walaubagaimanapun, harga masih boleh dirunding sekiranya anda ingin menghantar sebanyak mungkin piring hitam untuk didigitalkan. Proses dan manual prosedur kerja yang ditawarkan oleh saya adalah seperti berikut:

1. Terima pesanan dari anda (well concealed cash/wangpos beserta piring hitam)
2. Memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah diterima (via sms)
3. Membuat semakan kualiti piring hitam anda
4. Mencuci dan membersihkan piring hitam anda
5. Proses rakaman semula piring hitam anda melalui teknologi terkini
6. Membuat salinan ke audio cd (berbentuk piring hitam)
7. Menghantar piring hitam dan audio cd pesanan anda melalui pos berdaftar
8. Memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah dihantar (via sms)
(Proses kerja 1 hingga 8 adalah mengambil masa 3 hari sahaja)

Melalui penghasilan semula lagu-lagu dari piring hitam ke versi digital, maka terubatlah kerinduan anda untuk mendengarnya semula.

Related Post :
Koleksi Piring Hitam



Sunday, April 12, 2009

~KOLEKSI PIRING HITAM

Aku mula minat simpan piring hitam atau nama omputehnya vinyl sejak tahun 2000. Aku sebenarnya terpedaya dengan sekeping piring hitam Alleycats 'Penyanyi' yang aku beli dengan harga RM 2.00 sekeping. Masa tu player dia (turntable) pun aku belum ada lagi. Tiba-tiba Encik Marimuthu (peniaga barang lusuh ropewalk) telah membuat tawaran hebat yang aku rasa rugi jugak kalu aku nak tolak. RM 30.00 untuk seratus keping vinyl (LP dan EP). Aku pun tanpa fikir lagi terus terima tawaran ni.

Sekarang ni aku dah ada dalam lebih kurang 1000 keping vinyls 7", 10" dan 12". Semua jenis vinyl aku rembat tak kira apapa jenis genre muzik. Dari rock, pop, dangdut, joget, punk, metal, grind, drama radio, hindi, tamil, mandarin, omputeh, sentimental, OST filem dan macam-macam lagi.

Turntable yang aku ada sekarang ni pun dah ada 4. Dari jenis single set, extra amp, portable dan next time aku nak beli jenis digital plak. Minat ni aku develop dari hari ke hari. Dari semata-mata membeli, mendengar dan lani aku bleh convert audio dari vinyl ke mp3.

Koleksi-koleksi yang paling aku sayang macam Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Jamal Abdillah, Allahyarham Sudirman, Search, Gersang dan banyak lagi. Ada jugak yang aku dah jual vinyl aku ni kat kawan-kawan yang kemaruk sangat nak simpan vinyl.

Rasa-rasanya ramai lagi yang sama minat dengan aku. Kalu ada sapa-sapa yang minatnya sama blehla contact aku via emel atau reply blog ni untuk kita sama-sama omong kosong ceta pasal keistimewaan vinyl ni..

^ portable turntable jenis Philips (bleh bwk berkelah) & turntable Kenwood untuk convert audio ^
..
^ vinyls yang selalu aku spin ^
..
^ vinyls yang aku standby untuk convert ^


Tuesday, March 17, 2009

~MARI BERLAGAK


Aku memang gemar kumpul mengumpul ni. Kekadang benda2 yg tak der fungsi atau pun dikategorikan sbg sampah pun aku kutip.. Saje nak riak-

Gambar kat atas tuh gamba separuh je dari buku2 aku.. Banyak yg terpaksa menumpang ruang kat bawah katil sebab tak cukup dlm lemari nih.. Haiz...

Aku ingat pasnih nak sambung "meriak" ni ngan koleksi yg lain plak, termasuk le piring hitam & turntables, cds/vcds/dvds, majalah, and ader lg benda2 kecik yg tak munasabah dikumpul.. Ngeh3..

Kena tunggu Pakdin pinjam kamera opis lg skali.