Showing posts with label rage mode on. Show all posts
Showing posts with label rage mode on. Show all posts

Sunday, April 03, 2011

Jom Bunuh Diri

Sebenarnya tak susah pun nak bunuh diri. Buat apalah yang nak terjun-terjun bangunan. Jatuh atas kereta orang, kesian tuanpunya kereta. Jatuh atas pavement, susah nanti nak kutip otak, daging, isi perut terburai semua. Menyusahkan orang nak cuci lepas tu. Buat apalah nak tikam-tikam nak kelar-kelar. Kalau mampus terus takpa, kalau nyawa liat? Suffer tak terkata.


Tapi jangan risau, sini ada tips macamana nak go on with your life, tapi fokus kepada matlamat nak bunuh diri. Cara ni kawan-kawan dan sedara mara tak perasan sangat, jadi tak dak la rimas orang dok tanya khabar.


Monday, March 07, 2011

Mesti Baca : Status Updates FB Yang Teringin Kita Jawab

Ada kalanya bila kita melagho ngadap facebook, maka terbacalah macam-macam jenis status update kawan-kawan kita. Ada yang best, ada yang mentrigger kita untuk merespon, ada yang hmm tak larat nak baca dah, ada jugak yang memualkan.

Kat sini aku bagi 5 contoh status update yang gamaknya selalu kita terbaca dan kalau tak sedar mungkin diri sendiri ada terpublish camni. Macamana respons yang diexpect? Slalunya pro saja kan. Walaupun hati jengkel nak reply ikut dan ja tapi memandangkan tu kawan kita, tak sampai hati la kan.. Teringin tu memang teringin tapi sanggup ke reply camni? (Kalau rabun sila klik gambar utk zoom+/-)

CONTOH 1 :


Tuesday, February 15, 2011

Blogger Kanak-Kanak Kalau Melatah, Bahaya Woo!

Susah macam ni. Kalau dia terima A, maka A lah. Jangan kita nk cerita B atau C, awal-awal akan ditolak punya. Silap-silap kita boleh tengok orang muda melatah sampai lupa sopan santun dan diplomasi secara elok.

Alkisah. Ditakdirkan seorang sahabat ni betul-betul punya bengang dengan aku. Alasannya mudah, aku membongkarkan aktiviti blogging dia yang kurang beretika. Mula-mula pelik jugak dibuatnya. Kenal tidak apa pun tidak, tiba-tiba saja mencarut bagai nak rak. Orang lain yang makan cili, orang lain pulak yang rasa bahang pedas.

Oleh kerana kekurangan respons yang diharapkan dari aku, beliau cuba pula cara lain iaitu menjaja dan menyebarkan fitnah tentang aku. Sedih tak terkata sebab ramai pulak yang turut terjebak dengan permainan fitnah yang dia cuba buat. Masing-masing terima bulat-bulat tanpa kaji selidik lagi. Macam ni kah yang kita harapkan dari arena blogging kita?


Saturday, February 12, 2011

Tolonglah Jangan Kelirukan Orang Lain

Masih lagi membebel pasal isu blogosphere tempatan iaitu penggunaan iframe. Warning : Entri ni panjang dan takdak gambaq.

Let's see. Aku tak sangka selepas menulis pasal inline frame ni, ramai yang baca. Maklumlah blog kerdil yang kurang aktif macamni sapa la nk tengok. Selepas aku ping saja kat gengblogger pukul 12tghmlm, berduyun masuk utk baca apa yang aku nk sampaikan.

Petangnya seorang blogger menulis entri menjawab kepada entri aku. Ni disebabkan satu gambar yg aku tempek menunjukkan jelas-jelas kod 'backlink' yang dia distribute, yang mana terang2 ada hidden iframe dlm kod dia.


Monday, February 07, 2011

Semakin Ramai Blogger Gemar 'Curi' Trafik Blog Lain

Perhatian! Jangan jadi mangsa! Blogger kita semakin maju sekarang. Dah pandai manipulate kod-kod HTML simple untuk kepentingan blog. Nak glamer lebih, tektik kena la upgrade kan?

Let me tell you something about HIDDEN INLINE FRAMES.

Bila kamu letak kod ini di blog, dan frame ni memaparkan satu page, secara auto bila blog kamu dapat pelawat, page yang dalam frame itu juga dapat pelawat kamu.

Sorry for crappy illustration. No time to design properly

Contohnya frame kamu link ke page google.com.
Bila pelawat sampai blog kamu, visitor kamu +1, google.com pun dapat +1 (visitor yang sama).

Nampak tak google.com tak perlu dibuka tapi dapat pelawat jugak?

So macamana kalau dalam frame tu ialah blog orang lain?


Wednesday, January 12, 2011

Elok Ka Berblog Waktu Di Tempat Kerja?

Sekarang trend kan. Daripada 10 orang, 4 daripadanya mesti ada blog. Hah sukahati aku saja letak kajian yang tah dari mana-mana. Rekaan semata.

Tapi betoi apa. Mostly jugak yang ada blog (excluding students ya) adalah pekerja ofis yang makan gaji. Kalau orang yang ada bisnes sendiri dah tentu tak dak masa punyalah nak merumit cerita benda seharian kat strangers.
Photo taken from : here

Disebabkan kemudahan akses internet dibagi kat pekerja maka blogger2 yang datang dari kelompok ni pun wujud. Aku tak dak apa hal la dengan yang berblogging suka suka tu tapi yang gila trafik dan gila duit nuffnang ni macamana pulak?


Thursday, December 30, 2010

Kuasa Ju-On Kantoi?

Muakakaka.. Ketawa aku pagi2 ni. Inilah nk cakap sikit pasal penulis berbakat "Kuasa Ju-On".Mencipta nama dengan komen provokasi berbentuk makian dan carutan di blog2 lain.

So and so and so. Mesti ramai nak tau identiti si Ju-On ni kan?

As you all notice la kan, dia punya favourite word is : Stupid Dam Dam.

Macam yang tertera kat flash "Iklan Nangnuf" di sidebar dia :


Perkataan tu mesti dia sebut punya lah :


Wednesday, December 29, 2010

Kisah Nama Baru Profile Facebook Aku

Aku ni jarang nak tacap2 facebook. Profile pic pun dah tak berganti-ganti lagi, tak macam kawan-kawan len tiap2 hari ada idea nak pilih gambar apa. Nama profile aku Tupai Cavalera. Pun dah guna lama. Malas tukar dah. Yang tu pun dah dikatakan pelik oleh member2 skola rendah.

Tapi baru-baru ni aku enhance sikit nama : JanganTag TupaiCavalera.

Ni feedback positip yang diterima dari kawan aku, Kucing Kuyup. Klik gambaq utk zoom.

Tentu hangpa pun tau pasal isu tagging2 ni dan annoyance dari tag2 ni.


Thursday, December 02, 2010

Women In High Heels


Elegan. Cantik. Dewasa. Sophisticated. Berkeyakinan. Menyerlah.

Yalah. tu. Semua lah. Gambaran tepat untuk wanita2 berkasut tumit tinggi. but sometimes we forget this one : annoying as ph@rq!

Tentunya kamu juga macam ni. Asal pagi nak pi keja mesti keluaq rumah cun2 time lepas tu kalut keletuk kletak kletuk kletak lalu lalang depan rumah orang. Lepas tu boleh buat lupa tertinggal barang dan patah balik kletuk kletak kletuk kletak masuk rumah.


Monday, November 08, 2010

Baru satu komen contra sudah tersentap

Quick entry. Hari ni tiba2 datang mood nak blogwalking. Dan sampai ke satu blog. Dengan takde niat buruk ke hapa ka, aku tolong meninggalkan komen di entri blog tersebut. Eh skema plak. Ok la tu dari singgah setakat riuh2 kat shoutbox ja?

Ditakdirkan la komen aku tu tak menepati citarasa empunya blog. Terus dia buat entri baru dan PRINTSCREEN KOMEN AKU BESERTA EMAIL AKU. Aku tak kisah nak printscreen ka apa ka, tapi hairan saja sebab kat kotak komen tu dah tulih email adalah required dan tidak akan disiarkan. Apa dah jadi ni?


Thursday, November 04, 2010

What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

Sejak kebelakangan ni kalau aku pegi jalan2 blog memang sukar nak jumpa blog yang betul2 buat aku jatuh cinta sampai siku gatal klik follow. Serius bhai kalau bukan sebab widget berat berkati-kati babi dah tentunya content pulak yang pointless atau i've seen/read it elsewhere.

but shit today aku nak bising tentu pasal content la. Kenapa susah sangat nak tulis benda original sikit? tapi 'these people' cari jalan mudah dengan copy paste dari email or worst dari web/blog lain just to make sure blog depa sentiasa updated dan berada atas blogroll orang lain. sekarang pulak trend "sharing" dari facebook. nampak benda best ja, share. benda yang kunun hawt, share.


Friday, October 15, 2010

Cara-cara Nak Jadi Kera Sumbang

Ingat senang ka nak mengerasumbangkan diri? Susah oi. Perlukan dedikasi dan kesabaran melampau ok. Sedangkan di waktu rumaja saiya sangat gemar berkawan dengan ramai orang kerana profession saiya adalah badut jadian.

Namun sekarang segalanya dah berubah. Aku cuma jadi badut Nisa saja. Kalau berdepan dengan orang lain selain M+FIL, Encik Hasben, Nisa, Bibip, penyakit yang serang saraf self esteem aku muncul mendadak. Muka jadi tebai (memang tebai pun lani), mulut pun keluaq ayat gagap-gagap dan ayat2 bodoh macam2 dan pitching suara pun turun beberapa semiton ke bawah.

Memang tak senang nak jadi kera/gorilla sumbang macam aku. Tapi kalau nak, ini cara-caranya :


Wednesday, September 01, 2010

Patutlah Rajin Demonstrasi, Bisnes Rupanya

Tak cukup baling makanan ruji depa (tahicks), dan bakaq bendera yang jadi payung tempat depa berteduh, sekarang slogan GM bergema balik dengan segala benda demostrasi bodoh depa.

Tadi Buletin Utama ada bagitau, ada satu perkampungan ni yg khusus untuk hal2 berdemonstrasi. Bayaq saja, depa akan berkumpul beramai2.

Yup. Satu bisnes rupanya makhluk2 tak sedar dek untung ni. Lupa agaknya dengan saudara mara depa yang berpenat lelah merantau sini untuk mencari rejeki. Perbuatan depa ni tak ubah macam meludah ke langit saja. Crett ptuii tinggi-tinggi pun jatuh ke muka sendiri.

Gamaknya kalau diupah makan tahix pun depa memang sanggup. Takpa. Cergas minda kan? Itu rupanya jamu tradisional depa turun temurun.. Wqwqwqwq

Aku nak kata anti tu, memang pun. Hehe. Tapi anti aku bersebab. Kekorangajaran depa mencabar aku dan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Namun untuk membalas semula pembakaran bendera adalah satu benda sia-sia. Janganlah jatuhkan level kita ke standard taik piggy depa yg depa amalkan.

Tetiba aku teringatkan grup KPI/KGI (Kumpulan Penentang/Ganyang I***n) ketika berforum di Topix dulu.. Perjuangan kita sangat bererti... :)

p/s: aku google image 'bakar bendera malaysia' nak letak dgn entry ni sekali.. tp sebak rasa di hati nak paste sini..


Saturday, August 07, 2010

Hidup Berhutang Adalah Stylo

"Owh bang.. Banyaknye perabot-perabot baru ni. Aww bang ailebiu bang. Ni tivi beso yang perrii ni kita bagi kat jiran toksu yayang buleh ka.."
"Buleh yang.. Abang beli semua ni 30 hari tanpa bayaran dari Chords Mahmood yang.."

Respek kan? Beli tapi tak keluaq duit pun? Camna ye akad jualbeli dalam kes2 camni?

Kata Puan Shila Majdi pula,
"Keluarga saya minum air tapis yang terbaik. Bagi saya, BERLIAN WATER FILTER lah yang terbaik. Hanya bayar dua hingget sehari, anda dapat percuma."

Ni lagi super. Kalau guna sistem ni 5 tahun, so kena bayar RM3650 untuk dapat percuma ye? Menarik sangat. Apa ke neraka ni?

Sekarang baru aku paham hidup berhutang dan membayar ansur2 ini adalah sangat stylo untuk masyarakat kita. Biar papa asal bergaya dan mewah2 gitu. Bayar belakang cite.


Wednesday, August 04, 2010

Gantung Sampai Mati, Tahu?

Mentang-mentang hangpa belum tertangkap sebab isap syabu, ganja semua tu, telan itu ini, selama tu la hangpa nak jadi hamba dadah ye? Depan orang berlagak normal, bila malam, tergedik2 dah start calling2 cari kaki, cari tokan, cari port..

Semata-mata nak lepaskan ketagih hangpa dengan racun dan najis tu!
Najis = Tahicks

Kadang-kadang kata tobat, nak berenti? Lepas tu kena goda ngan setan2 lain yg sama 2x5 tak buleh berenti, so hangpa pun isap balik benda2 tu semua?

Tak rasa apa-apa ka? Buleh release tension ka? Rasanya tak kan? Sebab layan benda2 tu semua dalam takot2, line kena kaver2?

Kalau cakap pasal mati, buleh pulak kata tak bersedia. Sebab? Konon amalan tak cukup. Ilmu nipis lagi kat dada. Dah tau tu, apa sebab nak jadi hamba lagi? Pi la amek ayaq smayang, pi capai sejadah, semayang, lepas tu berdoalah.

Berdoalah mintak petunjuk dari Allah. Luahkanlah semua yang berat dalam hati dan jiwa. Mohonlah diberikan kawan-kawan yang baik dan membimbing. Bukan yang menjahamkan hangpa. Melingkopkan hangpa.

Kalau kena tangkap? Kawan2 nak kaver hangpa? Sori la. Tara tak kena tangkap pun mesti konflik barang jual tak fair la, duit tak bagi la, duit tak sampai la.. Beb, pasal duit, kawan buleh melayang la.

Nak pakai rantai leher macam ni? Tempah la sekarang.

Ooo so isap ais la pebenda ni xpa? Normal? Trend? Kawan2 baru kenal pun mengaku ada amek benda ni, so tak yah segan? Leh open sama2? Satu kepala? Sporting? Sempoi?

So isap benda2 ni semua only part time la? Depan still normal macam org lain? Cuma isap ja bukan jadi pusher pun?

Tau x dalam Akta Dadah Berbahaya, hangpa dah pun dikira MENGEDAR DADAH? Tanya awat pulak aihh tupai, aku beli isap sorang ja bkn aku joi kat org len.. Wei babun.. baca ni naa :

MELAKUKAN SALAH SATU DARI PERBUATAN-PERBUATAN BERIKUT DIANGGAP MENGEDAR DADAH BERBAHAYA
  • MENGILANG
  • MENYOROK
  • MENGIMPORT
  • MEMBELI
  • MENGEKSPORT
  • MENJUAL
  • MENYIMPAN
  • MEMBERI
  • MENERIMA
  • MENYETOR
  • MENGENDALIKAN
  • MENGANGKUT
  • MEMBAWA
  • MENGHANTAR
  • MENGEDAR DADAH
  • MEMBEKAL
  • BERUSAHA MENDAPATKAN <<< nih! ni apa? tak tau baca rumi kot?
  • MENGIRIM
  • CARA LAIN DI BAWAH PENGUATKUASAAN DAN PERATURAN AKTA INI

So kot2 la kalu hangpa lupa kan, ni aku nak habaq bagi la, 'rewards' yang bakal menunggu hangpa.

Denda.. dalam lingkungan RM 100,000 / RM 5,000 / RM 2,000. Pilih ja nak pakej apa. Platinum ka, bronze ka, gold ka, ultimate ka. Haha.. nak beli topap hempon pun pikir 10x..

Penjara 2 tahun / 5 tahun / 7 tahun / 13 tahun (yg da ada rekod) / Seumur Hidop.. Pegi daa.. nak dok diam2 berkurung dlm rumah pun susah, ni ada hati nak tempah tempat kat penjara pulak.

Sebat : 3 ke 10 sebatan.. Wow.. mandul terus. Elok jugak. Takdak masalah bayi mati kena buang.

Untuk kesalahan pengedaran bwh seksyen 39B, nih paling best :
hukuman mati mandatori.
Wohoho bayangkan sendiri rupa hangpa di saat2 akhir hidop hangpa. Mesti pathetic kan?

Hotel bertaraf 5 bintang ini akan menjadi destinasi hangpa yang paaaaling dekat. Klik gambaq utk zoom dan tataplah puas2 ;)

Jadi, usaha2lah berenti sekarang. Berenti terus! Bukan berenti seminggu dua pastu kawan open ja terus tergoda. Hanya hangpa yang buleh bantu diri hangpa sendiri. Tolong jugak nasihat2kan kawan lain ya. Please share this.





Thursday, July 29, 2010

~NASIK KANDAQ LINE CLEAR? EWW?!

Plek betuilah aku dengan sesetengah org penang yg skang bermaustatin luaq penang, kalau cerita pasal nak balik kampung ja, mula la keluaq senarai makanan mau sampai 21 perenggan. Awat? Nak kena tunjuk hangpa tu penang piau sangat ka? Cool sangat la makan gerai mamak dari makan kat gerai2 lain? Layan gila la pasemboq? Hantu gila la laksa penang? Tolongla.

Pastu nak kena bagitau rindu gila nak makan nasik kandaq la menda lg la. Ok aku paham, tempat lain, nasik kandaq pun lain tak sama macam kat penang ni.

Tapi aku slalu nak protes kalau terbaca luahan 'peminat2' yang rindukan Nasik Kandaq Line Clear (NKLC).

EwwWwww??!

Sebagai org yg dok kat sini, aku sendiri seingat aku makan kat situ adalah sekali dua kot seumur hidup. Lepas tu biarpun limablaih juta kali lalu depan jalan tu, selera aku akan mengatakan TIDAK pada NKLC. Sebab? Sendiri penah tengok keadaan gerai tersepit tu macamana dan dah tau kisah belakang tabir depa.

Memang la sekarang ni sempoi. Canggih. Ada sign-board. Tapi......

Ewww.

Dah la tepi jamban dan aroma2 nya. Rekod kesihatan pekerja pun.. hmm sila garu dagu ya dengan hint ni.

Tolong. Aku bukan nak jatuhkan nama+jualan NKLC yg obviously takdak kaitan biaq sehelai bulu idong pun ngan aku. It's just that... between people yg tahu isu2 kebersihan di sebalik NKLC tu, well seriously kami tak akan p dan tak menggalakkan kawan2 p sana. Banyak lagi tempat makan yang elok dan bersih.

Ewwwwwwww lagi sekali. Tak sangka selera hangpa sampai macam tu sekali..

Tunggu ja keluaq kenyataan official pasal isu kebersihan yg tersembunyi ni, taim tu barulah hgpa muntah sampai terkeluaq usus, tarik sedut ngan vacuum berkuasa kuda pun, da tak berguna lg. Yuck. Tuituituih

Femes camna pun aku tak hingin singgah sini.



Wednesday, July 07, 2010

~AYAT MLM YG SUSAH NAK DENGAQ


Tak mustahil kita dengar/baca :

"Aku ni kaya sangat dengan bisnes ni, sampaikan satu monumen kat angkasa dicipta untuk aku saja."

"Kekayaan aku buatkan Donald Trump menangis 12 hari 17 bulan sebab dia tak join Infinity Downline cam aku ni."

"Hah sejak aku join MLM dotdotdot ni, duit berkepuk2 aku susun buat bantal ngan tilam aje. Hangpa taknak join ke?"

"Sampai bila hg nak hidop susah tidoq bawah jambatan pakai cawat daun semalu camni? Mailah follow aku, aku ajar caranya nak kaya sampai mercedes leh tukar hari2 hanya sebab terpercik ayaq ikan sewaktu orang gaji bawak p pasar."




Wednesday, February 03, 2010

~KITA TERPAKSA MAKAN LAUK RECYCLE

Dah tentu tajuk tu merujuk kat lauk beli kat warung, gerai n kedai. Kalu lauk kat umah, tak abis makan arini kita perangat esok mkn lg no hal punya.

Tapi kalu lauk beli, ikan goreng yg nampak sah2 brp kali kena seksa mandi minyak pun jual dengan harga sama macam ikan fresh? Daging goreng kemarin tak abis jual, arini dibuat masak kicap (nak kaver), pun juai ngan harga lauk baru?

Banyak la kedai yang buat macam ni. Aku pun slalu terkena. Bila makan memang terkeluaq gak la sumpah seranah aku, sebab rasa teraniaya. Ye la, hangpa pun akan rasa camtu gak bila tengah semangat2 nak makan, then terrealise yang hgpa kena ripoff kering2.

Kalau la, kalau... Kalau pasni aku beratoq nk beli nasik + ternampak lauk2 yang ketara kerecylelannya, memang nak kata kuat2 camni biaq semua pelanggan kedai/warung/gerai tu dengaq :

"Makcik, ni lauk semalam ya? Awat rega dia sama cam lauk baru masak?"

Malangnya aku rasa aku tidaklah seberani yang disangkakan.


Friday, August 14, 2009

~SENAMAN MINDA

Entri kali ni khas untuk yang mau baca dan fikir saja. Yang selama ni jarang nak exercise guna otak tu dinasihatkan kembali ke aktiviti harian hangpa yang biasa - merintih tak dak marka, merungut karenah pasangan, tepuk dei pikiaq hutang, buat blog aktiviti harian, idea table talk MLM ber"E-dagang" dan sebagainya.

Aku nak tanya, kenapa masyarakat kita ni jumud sangat? Ok, maybe bab2 maksiat nafsu nafsi dan swindle2 (MLM lg.. hehe), plagiarisme dan pencabulan hak, orang msia mmg terer. Apa aku tengok ialah orang kita ni yang konon "kaya dengan adat ketimuran", fail bab pendidikan dan pembentukan minda anak2 dan keluarga. Cuma ingat bila dah antaq anak2 pi skola, ngaji, tuition, masuk U/kolej, konon dah berjaya dan cemerlang aar? Ye ke? Sejauh mana generasi yang kuaq U/Kolej tu boleh bentuk keturunan baru yang lebih baik? Mungkin ni semua imaginasi kita saja demi menyedapkan hati. Anak2 dapat keja bagus gaji besaq, dah boleh bantu keluarga. Kan? Tak caya cuba la tanya mana2 parents : "Apa harapan yang diletakkan untuk anak2 anda?" Kompom dpt jawapan : "Besaq nanti keja baguih boleh tolong pemeli". Tipikal.

Dan.. jangan pulak yang tak masuk U/kolej tu rasa terbela plak baca perenggan atas tadi. Rasa aku sama ja kita semua 2x5. Yang muda2 teruk, yang tua bangka...mencipta hidup bahagia dalam kepura2an..hak3.. Mungkin la kita ni ngidap penyakit malfunction parts of brain ;). Ok, kalau nak kata pendidikan negara ni silap pun ada gak la sikit. Nape tak diajar matapelajaran Sivik sekarang? Tak silap aku waktu zaman kakak2 aku (88/89), ada kot. Pengajian Am, sori aku tak penah p sampai form 6. Sekarang? Kalau nak diadakan baik diasuh dari darjah 1 lagi, daripada nak hegeh2 beban pelajar skola menengah untuk benda ASING semacam ni.. Heh.. asing ;). Hmm.. dan, waktu matrix dulu aku ingat lg ada subjek KEWARGANEGARAAN. Tp.. lebih kepada pendidikan patuh kepada kerajaan ja rasa aku, tak ditekankan kesedaran membantu masyarakat.

Rukunegara kita:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

Hmm.. Tengok. Kesopanan dan kesusilaan tp kita masing2 leh tengok, majlis2 berprotokol saja la yg ada sopan2 tak bersusila. Pendidikan masyarakat? Kesedaran sivik dan disiplin? Takdak penekanan sangat kan. Beb, aku bukan pertikai prinsip negara yg didukung selama ni tapi kita sendiri leh tengok la pangai masyarakat (yg termasuk diri kita sendiri) bangga dengan perpaduan kaum (hanya pura2? heh), bangga dengan pembangunan pesat (duniawi..hak3), bangga dengan politik (faedah tak sama rata..muehehe), bangga dengan keja menipu2 orang len sbb diri sendiri dah tertipu (rantaian MLM lagi lah ni..huhu), bangga dapat kuaq tivi (untung2 pastu banyak marka nak himpit.. hihi), bangga togok arak dan berlaga badan jantan betina (terangsang kan otak yang selama ni simpan celah kangkang.. lalala), dan bangga "ter"membuat jenayah mengambik hak orang len (usaha tangga kejayaan.. ngeh3).

So, pebende haku merepek ni? Sivik la, pendidikan la, masyarakat la. Apa? Ada banyak lagi aku nak kupas, tapi next entry. Cukup takat ni. Takut terpadat plak 'ruang yang tak seberapa luas' tu. Aii jangan marah. U and me, kita sama saja. Masing2 dah ditakdirkan lahir dalam masyarakat pincang ni. Kita hanya untung sebab malaysia ni 'maju'. Dan mungkin di luar lingkaran api Pasifik. Aman tiada peperangan. ?Hah.

*Anyway, boleh ka aktiviti plagiat ni kita buang? Benda yang dah sebati dalam jiwa? Zzzz kroih.......


Friday, May 29, 2009

~JANGAN DIPAKSA PAKSA

Benda yang aku benci buat masa sekarang : MLM dan sekutu2nya. Punya belambak2 la sana sini nak advertise, nak ceramah, nak promot.. Semak perut la! Aku tergolong dalam kelompok individu rilex : walaupun tak kaya tapi tak gemar menagih perhatian dan duit orang lain. Hahah. Beggars!

Satu lagi penah tak hangpa baca headlines jenih ni : "RAHSIA JADI KAYA" or "RAHSIA RM50K SEBULAN" dan hamjadah2 len lg. Come on.. rahsia? Wtf. Pengeluar2 headlines camni hidop depa penoh spamming, publisiti murahan, pengacau keamanan dan privasi, penyemak peti surat, pengotor dinding, hidop berpura2, obsesif, cakap besaq taknak jatuh.. Paling celaka ialah dengan cara meng-add kita (kat tagged/twitter etc) pastu nah... rupanya nak cari potential customers ja.. Murahnya maruah depa..ngeh3.

Stop la, stop.. ujarku kepada diri sendiri. Aku benci spam, benci headlines promosi dan sebagainya. Kalu iklan direct tak kona2 berpiramid tu leh la terima lg. Tapi takyah la.. buang masa promot apapa kat aku. Aku bukan ada duit pun nak dibazir2. Pangge la aku dangkal or bangang pun aku tak heran. Aku idop ni suami aku sapot sbg tanggungjawab dia, so watpa hgpa2 yg kaki advertise ni nak idop atas duit aku plak? Wakakaka..

P/S Ketiadaan mood utk berblog memaksaku menyepi. Cewah