Monday, March 19, 2007

~ALANG² SELUK PEKASAM...

...Biaq sampai berlengaih tangan --> tu la pepatah yang Budin PMPMTT penah kata dulu. Sampai sekarang aku still gunakan, because memang, apa-apa yang aku nak buat sekarang biaq la sampai abih. Tak mau sekerat jalan.

Misalnya, alang-alang hilang sorang kawan biaq hilang semua. Alang-alang jahat sekali biaq jahat teruih.

Kemarin kawan aku yang kenal sejak skolah mai melawat aku. Lama gile tak jumpa. Anak dua orang dah pun. Aku pun ada anak gak 3 ekoq tapi buat apa sejak bertahun Cuma tau melalak mengiau saja. Membuatkan aku terpikir kepentingan alom dalam hidup aku. Banyak kali aku hampakan dia. Kalau aku tak end my life dengan jadi binih dia ngan mak kepada anak dia, tak tau la apa guna aku hidup susah senang ngan dia slama ni. Heheheh..

Meanwhile, orang yang menggunakan aku sekarang dalam proses --deleted--

So don't mess with me. Skarang aku kejam, mau tau arr.

Kalau org baik kat aku, aku baik gak
keyos_CT a.k.a. tupaikaran


Sunday, February 25, 2007

~IDEA TERENDAM

Kat negara kita ni, satu benda yang takleh kurang ialah kemalangan jalanraya dan penceraian kan? Kenapa semakin advance satu negara, benda seremeh ni tak jugak drop2 dalam statistik.

Aku ngan alom selalu bincang benda ni dua orang. Ala macam expert2 padahal idea kami ni idea terendam, idea yang tak berpotensi dilaksanakan oleh kerajaan kalau datangnya dari mulut rakyat besa cam kami. Ataupun dengan sewenang2nya ada individu yang terdengaq idea ni atau terbaca idea ni (misalnya dalam monolog aku ni lah) mengaku dengan penuh bangga yang idea ni lahir dari otak depa. Memang palahot la kalau jadi macam tu. Lembu punya susu sapi dapat nama. But what am I feeling paranoid about huh? I don’t even think that anybody'll ever read these anyway.

Idea apa tu? Hah, kat kemalangan jalan raya, awat kementerian pengangkutan tidak menetapkan 5 tahun sekali SEMUA pemegang lesen memandu kena jalani ujian memandu. Untuk refresh balik undang2 jalanraya kat kapalahotak dan kapalalutut semua depa ni, yang paling utama sesetengah manusia yang dah bertahun2 memandu/menunggang secara reckless dan tak sedaq kerecklessan depa ni. Dengan cara ni, ada la jugak perkembangan ekonomi tempatan. Why I say that? Sebab takdakla berabuk ja sekolah2 memandu. Normalnya, setiap individu yang pass peksa jalanraya, Cuma p blajaq memandu sekali saja seumur hidop. Macamanala sekolah memandu nak maju. Orang mai sekali seumur hidop. Kalau idea aku dan alom ni terlaksana, dah pasti ramai orang yang fail balik peksa kena p blajaq memandu balik. Kan fair macam tu, daripada buang duit ribu2 untuk repair kenderaan accident lebih baik buang duit ribu2 untuk memandu secara berhemah. Tu la bangang jugak kerajaan kita ni. Nama saja menteri blajaq tinggi, benda macam ni simple pun tak boleh nak pikiaq.

Bab penceraian pun sama. Tapi benda ni kementerian masyarakat kejadah hapa tu kena kerjasama ngan majlis agama. Setiap 5 tahun semua pasangan kawen kena pi dengaq kaunseling dan jalani kursus rumahtangga. Benda ni pun dah tentu boleh sedarkan sesetengah kapel yang dah hopeless dalam perkahwinan depa. Yang celakanya, idea ni ada glitch sikit. Kalau idea #1 iaitu bab lesen memandu tu, bolehla ditarik balik untuk pemandu/penumpang yang ketegaq tak pi periksa. Tapi kalau idea #2 ni kapel berkahwin tu tak mau mai kursus dan kaunseling, takkan nak ceraikan depa <-- haha lawak saja. I mean takkan nak batalkan ikatan perkahwinan depa. Ah, mungkin boleh kaver dengan panggilan ke mahkhamah la jugak, serupa dengan calon PLKN yang tak nak pi course 3bulan tu. Ataupun dibuat macam MARA, blacklist keturunan sekali. So kesimpulannya aku dan alom betui2 yakin idea2 ni boleh kurangkan penceraian dan kemalangan. Manakala peluang pekerjaan dan perniagaan boleh bertambah (skolah memandu nak tambah kakitangan selalu, penganjur kursus kahwin dan kaunseling pun berlumba2 nak jadikan kursus depa sebest yang mungkin). Tapi sapalah kami dua ni. Maka tuan2 dan puan2, inilah yang kita namakan idea terendam. Sekian terima kasih.

Expert kadang2 ja
Tatak Siti


~KAWAN KETAWA VS. KAWAN MENANGIS

Marilah berkenalan dengan aku, seorang tupai yang boleh dibuat kawan ketawa dan kawan menangis. Kenalilah aku lagi, seorang tupai yang tak dak kawan menangis sorangpun.

Pasaipa yang aku kata macam ni? Hangpa bayangkan, dalam sempit2 sesak2 aku, aku masih lagi boleh pinjamkan orang duit. Paham dak erti sempit dan sesak? Dan bayangkan la, orang yang aku pinjamkan duit tu tiap2 bulan ada gaji sedangkan aku TIDAK BERGAJI DAN TIDAK BEKERJA. Mungkin tanggapan semua orang terhadap aku ni ialah aku ni tak kerja means AKU KAYA, marilah kita mengikis tupai.

Tapi bila aku sesak, aku sempit, apa yang aku boleh buat? Nak mintak pinjam dengan orang jauh sekali boleh dapat punya. Sebab apa, sebab ye la, tupai kan senang. Tiap2 ari boleh pi main game. Sesak apa camtu? Jadi apa yang terdaya aku lakukan ialah menadah tangan mintak orang tolong bayaq balik duit aku. Apa aku dapat? Aku sms pun tak jawab, langsung takdak terlintas nak fon aku EXPLAIN nape tak leh bayaq lagi. Bukan sebulan. Tapi dah dua bulan. Takkan duit gaji sikitpun takleh nak diperuntukkan untuk bayaq balik kat aku. Tak 100%, 50% pun jadi la. Terhenanya aku. Kalau orang lain, tiap2 minggu mesti nak tuntut. Tapi aku siap bagi berbulan2 lagi, aku tak kacau pun. Bila aku dah kering sangat kena la aku mintak jugak. Apa yang orang kata? Aku ni berkira la, kedekut la. Pungkoq ayam sungguh. Berkira ka aku bila aku ternyata lebih miskin dari semua orang yang mengikis duit ringgit aku.

Aku ni orang susah... Harta tak dak, simpanan tak dak, masa depan tak dak. Tapi aku masih boleh bagi orang lain lupakan masalah depa. Masalah aku, tak dak sapa yang peduli. Dan ayat tadi yang aku kata bukan la ayat common yang dipakai oleh semua manusia tapi kenyataan! Disebabkan tak dak orang yang cuba dekati aku, cuba kenali aku, jadi tak tau la betapa aku susah hati sentiasa. Aku keliru dengan dunia dan tak mampu nak raih simpati sesapa. Aku cuma ada alom dan adik aku ujang. Tapi ujang jauh nun di kuala pilah. Kalau depa dua ni ada dekat ngan aku dah tentu hidup aku ceria, tak payah la nak kena ngadap TEKKEN untuk lupakan masalah.

Jadi inilah aku. Sejak sekolah aku jadi barua orang dan hamba orang. Aku jadi scapegoat orang dan mangsa orang. Aku la kawan untuk dijadikan tempat menangis, dan aku la orang yang tak dak kawan.

Mungkin tahun depan aku nak jadi TUPAI YANG KEJAM. Aku tak mau lagi jadi badut untuk menceriakan orang lain. Hidop sorang, matipun sorang apa.

Orang Kaya
2pai