Tuesday, August 31, 2010

100 Orang Penulis Dicari

Baru tatsat aku dapat invitation untuk join blog 100penulis.blogspot.com. Well ekceli aku seniri la yg mintak.. Haha.. Sementara masih ada stok.. Sebab aku tgk tu blog baru.

Blog ni aku rasa macam tempat nak ping jugak la, tp ada access untuk sapa2 yg da jadi editor kat situ. Aku tertarik jugak dengan ayat ni:

"Jadi jika anda juga seorang yang tidak mempunyai masa untuk menyelenggara satu blog sendiri, maka blog 100penulis.blogspot.com inilah jawapannya."

Means, kalau hangpa ni malas nak buat blog sendiri, join la blog yang ni sebab nak promot/tulih apa pun xpa punya. Tambah kalu nak pomot bisnes online hgpa.

Dan aku rasa tertarik sebab, trafik. Yes. Sapa xnak kan. Blog tu target 100 editor, dan katakanlah satu editor leh bawak 5 org kawan untuk jengok blog tu, so potensi entry kita (as editor bersama) leh jadik 5x100=500 pelawat. Ok pa. Blog hatitupai ni nak cecah 200 unik visitors sehari pun merangkak..

Aku tak risau join blog tu, sebab aku rasa blog tu fresh dan bukan dari domain sesapa. Mungkin founder blog tu someone yg kita da kenai, tp stakat ni tak tau lagi sapa dia. Jadi kepentingan dikongsi bersama..

Ok aku promot macam baaaaik kan? Haks.. Join weh.. Antaq ja emel kat si 100penulis(at)gmail(dot)com tu, nanti dia reply invitation.


Sunday, August 29, 2010

Zikir Plus Dikir : Akibat Hilang Pertimbangan

Agak terlambat untuk diulas perihal video satu geng student perempuan berzikir remix dikir yang banyak tersebar dalam facebook dan blog-blog hiburan. Tapi tergerak juga hati ni nak diskas ngan hangpa jugak. Boleh?

1) Kita marah sebab depa yang terlibat semua bertudung
Automatik depa dikecam sebagai penambah rosak pada imej gadis/powmpwan bertudung keseluruhannya yang dah semakin rosak

2) Kita marah lihatkan air muka salah sorang depa tu yang pura² nak muntah dengar kawannya mula berzikir.
Kalau pada mata aku la, si muka pelik tu taklah sampai nak gelikan zikir tapi pura² menyampah dengar suara kawan je. Contohnya:
A: Maklumlah, aku ni hensem, kacak pula.
B: Wekk.. Nak terkeluaq isi perut dengan statement tu.. haha

3) Ibu bapa depa disalahkan
Nak kata pesalah² ni kanak² lagi, mungkin pada perangainya ya, tapi takkan mentaliti pun sampai nak diheret makbapak, kononnya tak cukup diajar (atau bahasa mudahnya: kojaqq).. Setengah manusia ni ada yang dah diberikan yang terbaik oleh parents, tapi akibat salah pergaulan dan hilang pertimbangan, jadi la macam² kes seangkatan dengan kes zikir+dikir ni.

TAPI KAN, KAT MANA PULAK PERTIMBANGAN KITA BILA :


Instant Blogging

Keputusan dah diambil. Aku nak berinstant blogging jugak. Taip ja apapa yg terlintas. Tak payah lagi nak susah taip draft dulu lepas tu baru paste sini.

Masalahnya aku tak percaya sangat dengan kelancangan tangan aku ni. Tengok tu. Satu benda negetip telah terbongkar.

Kalu sebelum ni aku publish benda² yang dah dipertimbangkan 2-3 kali, taktau lepas ni macamana pulak. Sebab aku tak mau blog ni alih² cerita benda personal dalam rumah. Ataupun buat ulasan sebaris dua dari berita terkini.

Lagipun ilmu hal semasa ni aku lembab skit. Ada tu ada tapi 'pelamas' yang amat nak taip. Ye, sapa nak baca? Nak diikutkan aku lagi puas edit dan tulis zine (majalah fotostat d.i.y), disebarkan di kalangan kawan2 seperjuangan serata negara, daripada menulis blog. Puas bila orang beli zine aku, dibaca dan disimpan elok². Kalau blog ni, org baca sekali ja. Tupun ada yang tak baca terus. Yang tau, singgah blog aku ni sekadar untuk jemput aku balas lawatannya.

Takut kalau aku terkerap pulak update blog. Kang ada yang rasa 'menyapu-sampah'. Hehe.

Well. Let's see what will happen.