Saturday, August 29, 2009

~WHEN WILL MY LONELINESS END?

Yeah, when????
Whatever, mati pun sorang jugak apa.



Friday, August 14, 2009

~SENAMAN MINDA

Entri kali ni khas untuk yang mau baca dan fikir saja. Yang selama ni jarang nak exercise guna otak tu dinasihatkan kembali ke aktiviti harian hangpa yang biasa - merintih tak dak marka, merungut karenah pasangan, tepuk dei pikiaq hutang, buat blog aktiviti harian, idea table talk MLM ber"E-dagang" dan sebagainya.

Aku nak tanya, kenapa masyarakat kita ni jumud sangat? Ok, maybe bab2 maksiat nafsu nafsi dan swindle2 (MLM lg.. hehe), plagiarisme dan pencabulan hak, orang msia mmg terer. Apa aku tengok ialah orang kita ni yang konon "kaya dengan adat ketimuran", fail bab pendidikan dan pembentukan minda anak2 dan keluarga. Cuma ingat bila dah antaq anak2 pi skola, ngaji, tuition, masuk U/kolej, konon dah berjaya dan cemerlang aar? Ye ke? Sejauh mana generasi yang kuaq U/Kolej tu boleh bentuk keturunan baru yang lebih baik? Mungkin ni semua imaginasi kita saja demi menyedapkan hati. Anak2 dapat keja bagus gaji besaq, dah boleh bantu keluarga. Kan? Tak caya cuba la tanya mana2 parents : "Apa harapan yang diletakkan untuk anak2 anda?" Kompom dpt jawapan : "Besaq nanti keja baguih boleh tolong pemeli". Tipikal.

Dan.. jangan pulak yang tak masuk U/kolej tu rasa terbela plak baca perenggan atas tadi. Rasa aku sama ja kita semua 2x5. Yang muda2 teruk, yang tua bangka...mencipta hidup bahagia dalam kepura2an..hak3.. Mungkin la kita ni ngidap penyakit malfunction parts of brain ;). Ok, kalau nak kata pendidikan negara ni silap pun ada gak la sikit. Nape tak diajar matapelajaran Sivik sekarang? Tak silap aku waktu zaman kakak2 aku (88/89), ada kot. Pengajian Am, sori aku tak penah p sampai form 6. Sekarang? Kalau nak diadakan baik diasuh dari darjah 1 lagi, daripada nak hegeh2 beban pelajar skola menengah untuk benda ASING semacam ni.. Heh.. asing ;). Hmm.. dan, waktu matrix dulu aku ingat lg ada subjek KEWARGANEGARAAN. Tp.. lebih kepada pendidikan patuh kepada kerajaan ja rasa aku, tak ditekankan kesedaran membantu masyarakat.

Rukunegara kita:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

Hmm.. Tengok. Kesopanan dan kesusilaan tp kita masing2 leh tengok, majlis2 berprotokol saja la yg ada sopan2 tak bersusila. Pendidikan masyarakat? Kesedaran sivik dan disiplin? Takdak penekanan sangat kan. Beb, aku bukan pertikai prinsip negara yg didukung selama ni tapi kita sendiri leh tengok la pangai masyarakat (yg termasuk diri kita sendiri) bangga dengan perpaduan kaum (hanya pura2? heh), bangga dengan pembangunan pesat (duniawi..hak3), bangga dengan politik (faedah tak sama rata..muehehe), bangga dengan keja menipu2 orang len sbb diri sendiri dah tertipu (rantaian MLM lagi lah ni..huhu), bangga dapat kuaq tivi (untung2 pastu banyak marka nak himpit.. hihi), bangga togok arak dan berlaga badan jantan betina (terangsang kan otak yang selama ni simpan celah kangkang.. lalala), dan bangga "ter"membuat jenayah mengambik hak orang len (usaha tangga kejayaan.. ngeh3).

So, pebende haku merepek ni? Sivik la, pendidikan la, masyarakat la. Apa? Ada banyak lagi aku nak kupas, tapi next entry. Cukup takat ni. Takut terpadat plak 'ruang yang tak seberapa luas' tu. Aii jangan marah. U and me, kita sama saja. Masing2 dah ditakdirkan lahir dalam masyarakat pincang ni. Kita hanya untung sebab malaysia ni 'maju'. Dan mungkin di luar lingkaran api Pasifik. Aman tiada peperangan. ?Hah.

*Anyway, boleh ka aktiviti plagiat ni kita buang? Benda yang dah sebati dalam jiwa? Zzzz kroih.......