Friday, February 24, 2017

Ayah..

Aku sempat bersama ayah sampai umur 7 tahun saja. Kemudian kami terpisah, kerana konflik. Sekali sekala dia mai, tapi tak bawa suasana ceria. Aku membesar tanpa tau macamana dikasihi insan bergelar bapa.

Waktu sekolah dulu, tengok rakan2 sebaya mesra dengan ayah depa. Cemburu, di hati sangat terasa. Kakak2 pun sempat la jugak merasa adanya bapak. Aku yg kecik ni jugak x bernasib baik. Tapi last2 jadi biasa dah dengan absence dia. Masa berlalu, kita dengan haluan masing-masing. Macam dah set subconsciously yang 'ayah aku ada.. but somewhere'.

Setiap lawatan rasa janggal dan asing. Penuh benci, tapi tak berani nak bagitau ada rasa rindu gak. Benci pun sebab marah tak dapat bermanja.

Kini hampir dua tahun dia pergi selamanya.
Kesal dan rindu ini takdapat nak bagitau macamana.

Dan tiada lagi peluang menumpang kasihmu, berbakti padamu, mengenalimu..

Al Fatihah untukmu ayah. Kita pasti bertemu lagi di sana nanti.